Saturday, August 7, 2010

Sekolah Convent vs Sekolah Agama

Ok...saya dulu bersekolah di sekolah Kebangsaan jenis biasa,cuma masa form 4 dengan 5 tue saya masuk sekolah elit sains Tulen,hanya yang dapat cemerlang PMR je dapat enter sekolah tue...alhamdulillah diberi rezeki...dan sekolah tue mmg best la..Smk Bandar Putra,Kulai,Johor..

Topik nak bincang kat sini bukanlah tentang sekolah saya ni...tetapi nak bincangkan sekolah jenis Convent atau Saint dengan Sekolah jenis Agama(SmkA)...erm....beza benar nie...sekolah convent/saint dengan sekolah agama,nama pun dah beza ni,apatah lagi isikandungan sekolah ni...namun,anak-anak Islam dihantar di kedua-dua jenis sekolah ini...hasilnya?sangat-sangat berbeza..

Berbeza dari segi apa?Banyak segi...pemikiran yang utama...kemudian gaya hidup,pergaulan dan budaya...pembelajaran,cara adaptasi pada masyarakat memang ada jurang yang besar...

Saya pergi pada Convent dahulu...saya ada ramai kawan-kawan sekolah convent...budak-budak convent ni sangat-sangat happening,mereka ni suka bersosial,bermasyarakat...mereka memang pandai berkomunikasi terutamanya bahasa Inggeris...sangat-sangat mesra,mudah adaptasi dengan persekitaran mereka,suka akan perkenalan dan pergaulan antara mereka bebas...maknanya tidak terbatas dengan lelaki di luar sekolah...juga pemakaian...mengikuti fesyan dan trend terkini...mereka memang pandai bergaya...dari segi akademik...bergantung pada individu,ada yang hebat,yang memasuki Universiti,yang berkejaya baik...dari segi hubungan dengan keluarga...mereka memang rapat dengan parents..anak-anak manja...memang manja,minta je apa-apa dapat lah tue...

Saya pergi pada sekolah agama pula,saya juga ramai kawan-kawan sekolah agama...budak-budak sekolah agama ni pemalu...banyak yang pendiam....kurang bersosial,tetapi tetap bersosial dengan batasan-batasan tertentu...tidak pandai berkomunikasi...kurang mahir berbahasa Inggeris,namun ada yang hebat...sukar adaptasi pada persekitaran baru,namun boleh dengan masa...pergaulan antara lelaki dan perempuan dijaga dan batas...pemakaian tidak mengikuti trend dan fesyen...tetapi memakai pakaian Islami...tudung labuh,berstokin...walaupun ada antara mereka ni yang nakal,namun mereka masih ada perasaan jaga dan malu...kebanyakannya cerdik...sebab mereka fokus dengan belajar dan mereka tidak menghabiskan masa di luar...mereka juga rapat dengan parents,ada yang manja namun emosi lebih stabil kerana kerohaniaan yang tinggi...juga ramai yang daripada keluarga yang miskin atau tidak mewah hidup mereka,lebih menghargai erti kehidupan dan pemikiran lebih kepada tuhan..

Apabila pelajar convent bersama masyarakat:Apabila budak-budak convent bergaul dengan masyarakat luar,mereka akan menjejaskan kerohaniaan masyarakat kerana budak-budak convent kebanyakannya suka enjoy(tidak semua)...ini menjejaskan akhlak Islam juga seperti pemakaian yang berfesyen tanpa mengikuti syariat,apa yang saya perhatikan,budak-budak convent lebih outstanding berbanding budak-budak sekolah biasa dan lebih berani berpakaian seksi...ini adalah kerana budaya dalam sekolah tersebut yang tidak menekankan aspek keagamaan secara keseluruhan dan tidak membudayakan..

Apabila pelajar agama bersama masyarakat:Wah...indahnya dan sangat-sangat mengalu-alukan,kerana mereka ni macam role model...akhlak Islam diamalkan,saya memang menghormati la,dan kagum dengan budak-budak sekolah agama ni,pemikiran yang matang,kerohaniaan yang tinggi...sangat-sangat dekat dengan Tuhan...subhanallah...dan mereka je yang muda-muda pakai tudung labuh,berjubah,berstokin...macam pelajar Darul Quran misalnya...aduh...memang jaga akhlak,jaga pergaulan,jaga pemakaian...dan apabila mereka dilepaskan ke masyarakat,ramai yang dapat memahami Islam dan cinta akan Islam...

Apa motif saya tulis ni...saya nak habaq...yang setiap manusia itu adalah hasil daripada persekitaran...sebagai seorang pendakwah...jika kita nak sampaikan kebenaran,kita nak sampaikan dalil-dalil al-Quran dan Hadith,kita kena tengok persekitaran hidupnya dahulu...

Jika hendak sampaikan kebenaran kepada budak-budak sekolah agama ni lebih mudah,boleh berbincang...kerana dapat menerima,namun dengan budak-budak sekolah convent nie,sukar untuk mereka menerima kerana budaya hidup mereka,persekitaran hidup mereka yang tidak biasa dengan penjagaan pergaulan,yang memakai hijab...maka,kita kna bijak menilai mad'u dan jangan tergesa-gesa...sedikit-sedikit...nanti mereka akan rasa tertekan...itu lah motifnya tulis begini...semoga bermanfaat...memahami cara orang berfikir...wallahu'alam...

Sikapku yang suka menentang dan degil...

Ingin saya berkongsi sikap saya yang suka menentang dan degil....sewaktu zaman persekolah di Kuala Lumpur di smk Wangsa Melawati saya adalah student yang nakal...suka cari pasal...mana tak nya...waktu belajar saya ke kantin makan,memang suka melanggar peraturan...

Ingat lagi sewaktu ada kelas tambahan,saya tak nak pakai tudung ke sekolah,saya kata saya tak suka jangan paksa...saya percaya semua anak-anak remaja kini juga seperti itu,mereka rasa dipaksa untuk pakai...tidak memahami keistimewaan hijab atau bertudung...

Namun,apabila Hidayah Allah itu memasuki dalam hati maka tiada sesiapa yang dapat menghalanginya...entah kenapa?saya benar-benar ingin bertudung...sewaktu di sekolah saya memang suka berkawan dengan semua orang termasuklah kawan-kawan lelaki...yelah,sekolah campur,di Kuala Lumpur pula kawan-kawan macam adik beradik rasanya,sangat rapat...jadi rapat dengan kawan-kawan lelaki juga...tetapi setelah belajar agama ni,sedikit demi sedikit saya kurangkan bergaul dengan lelaki...namun,saya tetap open minded...ni lah diri saya...saya berkawan dengan semua namun setelah diberi kefahaman,saya cuba berubah...

Saya adalah orang yang berfikiran positif...setiap yang saya buat,saya tidak akan memikirkan kesan negatif,saya hanya akan fikir positif sahaja...mungkin ada yang tidak suka dengan cara saya...namun,sebenarnya saya nak sampaikan sesuatu yang orang lain dapat ambil manfaat dan iktibar...sebab Kita insan Biasa,manusia,buat kesilapan...bukannya perfect...saya bukanlah sempurna...saya juga buat dosa..yang penting kita usaha mengurangkannya...yang penting kita minta maaf pada Allah dan minta Allah beri kita kekuatan....usaha itu penting...alhamdulillah,ada manfaatnya apa yang saya buat..please jangan jumud,jangan sempitkan saya...saya tidak suka...

Saya nak belajar Universiti,saya nak bekerja...jangan sempitkan kebolehan saya...ini jugalah sikap saya...saya nak memberi manfaat pada orang,jangan sempitkan....

Walaupun saya suka menentang pada tahap awalnya,saya memerlukan masa untuk menerima yang baru...sesuatu yang baru itu sukar untuk saya terima,jadi saya akan menentang....jangan paksa...begitulah sikap kita pada Non-Islam juga...jangan terlalu memaksa jika Islam itu baru untuk mereka,berikan mereka masa...

Itulah sahaja...ingin berehat untuk berbakti pada esok hari...

Kisah pencariaanku(2)

Eem...sambungannya...ok..bila di Matrik...ni yang best nie...di sana,kawan-kawan semuanya baik-baik...boleh dikatakan kawan-kawan yang saya rapat semuanya pelajar dari sekolah agama(Smka)...saya suka kawan dengan mereka sebab pelik...dulu saya sekolah biasa je,sekolah sains tulen,jadi kawan dengan budak-budak dari sekolah agama ni best...sebab mereka rajin..kawan saya wani,lina,fiza,mimi...fuh...semuanya 4 flat atau 3.7 students...alhamdulillah,semuanya dari sekolah agama...gempak la rasanya...tengok mereka tutup aurat bagus sangat...jadi sejuk mata memandang...tengok mereka rajin ke masjid...tengok mereka rajin membaca al-Quran dan berusrah...dan mereka ajak saya ke Kuliah siswi...jadi hati tu rasa tenang,happy...rasa nak berubah la...

Apa saya buat?saya pun try la beli tudung labuh pastu buat jubah...pastu beli sock kaki dengan tangan dan pakai...saya rasa selesa pakai macam ni...masa balik rumah,papa dengan mama terkejut..badan kurus tapi beli baju besar sangat-sangat?pakai stokin kaki ni buat apa?ni stokin tangan ni nak buat apa?ee...ekstrim...saya senyum je..

Waktu itu dah mula suka baca al-Quran dengan terjemah,setiap masa kat rumah baca dan taddabur...papa dengan mama tak selesa...yela perubahan ni pelik...dulu suka tengok MTV...Suka tengok movie DVD..suka baca magazines remaja,galaxie,mangga,URTV..tibe-tibe baca al-Quran...tapi apa peduli...saya teruskan je...

Tiba-tiba Lina kawan saya bagi novel Tautan hati...buku apa ni Lina?dia kata,ala yat..baca je..best tau..dia senyum...tQ Lina...aku baca ye...Subhanallah..banyak benda yang saya kagum dalam novel itu...bahasa pun banyak 'Arab...selepas baca buku itu,ada kekuatan untuk terus belajar menjadi Muslimah...Fiza pula ayahnya Tabligh...kami sembang-sembang...cerita tentang Purdah...

Yat,mak aku pakai purdah tau,kata Fiza...aku jawab,Yeke?menariknya...leh aku tahu mak ko kerja ke duk rumah?Mak aku cikgu,bila dia mengajar dia tak pakai purdah,bila dia dah keluar sekolah,dia nak pi jalan-jalan dia pakai...saya pun jawab:Eh,boleh ke pakai pastu bukak?Macam tu senang la...bila kerja bukak,bila jalan-jalan pakai...dia kata,boleh je,kan purdah ni sunat bukannya wajib,pakai bila boleh pakai bukak bila kena bukak..

Aduh Fiza,ko bagi aku inspirasi nak pakai...Fiza kata,pakai jela...aku tengok mak aku,aku kagum,sejuk mata memandang...insyaALLAH aku akan pakai...aku kena usaha perbaiki diri la mcm ni...sekali,waktu itu pula hangat Novel ayat-ayat cinta...bila saya baca,memang menghayati keistimewaan Hijab dan purdah ni...baru faham..owh menutup wajah dan hanya tunjukkan kepada yang tertentu sahaja...masyaAllah,indahnya Islam ni...

Dalam masa yang sama,Muslim(tunang saya),waktu itu kami berkawan bagitahu saya...sume pelajar Maahad Tahfiz Klang berpurdah,sejuk hati...erm..saya kata,ala...budak hafizah je ke leh pakai?yang belajar kat tahfiz je ke?yang belajar kat Universiti ni tak boleh?Budak sains tak boleh ke?Dia kata,boleh..apa salahnya..kan Islam untuk semua...bukan yang hafizah je...

Walaupun saya ni nakal sebab saya bukan dari sekolah agama,bukan juga hafizah...tetapi saya usaha nak jadi Muslimah yang berhijab,yang solat,yang berbuat baik,yang tahu al-Quran dan hadith...rasa seperti tercabar pula ye...hehe..

Pencarianku diteruskan...akan bersambung...


Friday, August 6, 2010

Kisah pencarianku...

Sewaktu saya remaja di alam persekolahan,saya sangat suka akan muzik...saya belajar main muzik seperti Keyboard,saya suka Koir,kemudian saya suka pula bidang lukisan..saya suka melukis,saya suka warna kerana menceriakan hidup saya,kemudian saya suka pula bermain sukan,saya suka berenang,main bola jaring,basketball,hoki,lari jarak jauh...inilah Passion saya...muzik,melukis dan permainan..

Apabila saya semakin dewasa,saya suka akan bidang teater...saya suka dengan costume dan probes teater,juga skrip dan pementasan...kemudian,saya beralih pula kepada berpidato dan debat bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris...kemudian saya beralih pula kepada bidang sejarah,semua kuiz sejarah dan politik saya akan sertai,kemudian saya suka akan sains,dan mendalami sains..

Semakin saya bertambah umur...waktu itu 17 tahun,saya suka akan agama...saya mula mencari-cari...saya mula membaca al-Quran...sewaktu di PLKN saya sengajakan diri untuk berkawan dengan perempuan-perempuan tudung labuh waktu itu saya masih free hair,tibe-tibe terdetik nak memakai tudung...nak pakai tudung,ye...

Keluar PLKN maknanya keluar result SPM,dapat tawaran ke Matrikulasi Johor..waktu itu,saya mencari-cari apa yang saya nak buat?Nak main muzik?nak berkoir?nak jadi atlet?nak jadi Majlis perwakilan pelajar?nak jadi pemidato>nak jadi pendebat?atau nak jadi full student yang menguasai bidang sains?

Saya tetap bersukan namun tidak masuk pertandingan...hari-hari jogging KMJ tanpa berhenti 2 pusingan,saya memasuki Koir ketika kemerdekaan,main bola jaring mewakili praktikum 42,dan fokus dengan lab repot,tutorial dan belajar...

Dalam masa yang sama berjinak-jinak dengan Masjid...masa inilah berkawan dengan kawan-kawan sekolah dari sekolah agama,yang ibu ayah mereka ada kefahaman Islam...masa inilah faham apa itu Hijab,apa itu ikhtilat,apa itu halal dan haram dengan lebih jelas...dan masa itulah baru tahu isikandungan al-Quran...

Pencarianku tidak pernah berhenti,sehingga kini...ok,dah penat nak berehat...

Saturday, July 17, 2010

Kunci ke Syurga...


Ibarat sebuah pintu, syurga memerlukan sebuah kunci untuk membuka pintu-pintunya. Namun, tahukah Anda apakah kunci syurga itu ? Bagi yang merindukan syurga, tentu akan berusaha mencari kuncinya walaupun harus mengorbankan nyawa. Tetapi anda tidak perlu gelisah, Nabi Muhammad Sholallahu ‘alaihi wa sallam telah menunjukkan pada umatnya apakah kunci syurga itu, sebagaimana tersebut dalam sebuah hadits yang mulia, beliau bersabda (yang artinya): “Barang siapa mengucapkan kalimat Laa ilaaha illalloh dengan penuh keikhlasan, maka dia akan masuk syurga. “ (HR. Imam Ahmad dengan sanad yang shohih).

Ternyata, kunci syurga itu adalah Laa ilaahaa illalloh, kalimat Tauhid yang begitu sering kita ucapkan. Namun semudah itukah pintu syurga kita buka ? Bukankah banyak orang yang siang malam mengucapkan kalimat Laa ilaaha illalloh, tetapi mereka masih meminta-minta (berdo’a dan beribadah) kepada selain Allah, percaya kepada dukun-dukun dan melakukan perbuatan syirik lainnya ? Akankah mereka ini juga boleh membuka pintu syurga ?

Tidak mungkin !
Dan ketahuilah, yang namanya kunci pasti bergerigi. Begitu pula kunci syurga yang berupa Laa ilaaha illalloh itu, ia pun memiliki gerigi. Jadi, pintu syurga itu hanya boleh dibuka oleh orang yang memiliki kunci yang bergerigi.

Al-Iman Al-Bukhori meriwayatkan dalam Shohih-nya (3/109), bahawa seseorang pernah bertanya kepada Al-Imam Wahab bin Munabbih (seorang Tabi’in terpercaya dari Shon’a yang hidup pada tahun 34-110 H) : “Bukankah Laa ilaaha illalloh itu kunci syurga ? “Wahab menjawab : “Benar, akan tetapi setiap kunci yang bergerigi. Jika engkau membawa kunci yang bergerigi, maka pintu syurga itu akan di bukakan untukmu !”.
Lalu, apa gerangan gerigi kunci itu Laa ilaaha illalloh itu ? Ketahuilah, gerigi kunci Laa ilaaha illalloh itu adalah syarat-syarat Laa ilaaha illalloh ! Syaikh Abdurrahman bin Muhammad bin Qoshim Al-Hambali An-Najdi rahimahullah, penyusun kitab Hasyiyyah Tsalatsatil Ushul, pada halaman 52 kitab tersebut menyatakan, syarat-syarat Laa ilaaha illalloh itu ada delapan, iaitu :

Pertama : Al-‘Ilmu (mengetahui), maksudnya adalah Anda harus mengetahui erti (makna) Laa ilaaha illalloh secara benar. Adapun artinya adalah : “Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah”. Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang ertinya):
“Barang siapa mati dalam keadaan mengetahui bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, niscaya dia akan masuk surga.” (HR. Muslim). Seandainya Anda mengucapkan kalimat tersebut, tetapi anda tidak mengerti maknanya, maka ucapan atau persaksian tersebut tidak sah dan tidak ada faedahnya.

Kedua : Al-Yaqiinu (meyakini), maksudnya adalah anda harus menyakini secara pasti kebenaran kalimat Laa ilaaha illalloh tanpa ragu dan tanpa bimbang sedikitpun. Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang ertinya): “Aku bersaksi bahwa tidak ada tuhan yang berhak di sembah kecuali Allah dan aku adalah utusan Allah. Tidaklah seorang hamba bertemu dengan Allah sambil membawa dua kalimat syahadat tersebut tanpa ragu kecuali pasti dia akan masuk surga.
(HR. Muslim).

Ketiga : Al-Qobulu (manerima), maksudnya Anda harus menerima segala tuntunan Laa ilaaha illalloh dengan senang hati, lisan dan perbuatan, tanpa menolak sedikitpun. Anda tidak boleh seperti orang-orang musyirik yang di gambarkan oleh Allah dalam Al-Qur’an (yang ertinya):
“Orang-orang yang musyrik itu apabila di katakan kepada mereka : (ucapkanlah) Laa ilaaha illalloh, mereka menyombongkan diri seraya berkata : Apakah kita harus meninggalkan sesembahan-sesembahan kita hanya kerana ucapan penyair yang gila ini ? “ (QS. As-Shoffat : 35-36).

Keempat : Al-Inqiyaadu (tunduk atau patuh), maksudnya Anda harus tunduk dan patuh melaksanakan tuntunan Laa ilaaha illalloh dalam amal-amal nyata. Allah subhanahu wa Ta’ala (yang artinya):
“Kembalilah ke jalan Tuhanmua, dan tunduklah kepada-Nya. “ (QS. Az-Zumar : 54). Allah Ta’ala juga berfirman (yang ertinya): “Dan barang siapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang pada buhul (ikatan) tali yang amat kokoh (yakni kalimat Laa ilaaha illalloh). “(QS. Luqman : 22). Makna “menyerahkan dirinya kepada Allah” yaitu tunduk, patuh dan pasrah kepada-Nya (ed.).

Kelima : Ash-Shidqu (jujur atau benar), maksudnya Anda harus jujur dalam melaksanakan tuntutan Laa ilaaha illalloh, yakni sesuai antara keyakinan hati dan amal nyata, tanpa di sertai kebohongan sedikitpun. Nabi Sholallahu ‘alahi wa sallam bersabda (yang ertinya) : “Tidaklah seseorang itu bersaksi bahwa tidak ada tuhan yang berhak di sembah kecuali Allah dan Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya, dia mengucapkannya dengan jujur dari lubuk hatinya, melainkan pasti Allah mengharamkan neraka atasnya. “ (HR. Imam Bukhori dan Muslim).

Keenam : Al-Ikhlas (ikhlas atau murni), maksudnya Anda harus membersihkan amalan Anda dari noda-noda riya’ (amalan ingin di lihat dan dipuji oleh orang lain), dan berbagai amalan kesyirikan lainnya. Nabi sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya Allah mengharamkan neraka bagi orang yang mengucapkan Laa ilaaha illalloh semata-mata hanya untuk mengharapkan wajah Allah Azza wa Jalla. “(HR. Imam Bukhori dan Muslim).


Ketujuh : Al-Mahabbah (mencintai), maksudnya anda harus mencintai kalimat tauhid, tuntunannya, dan mencintai juga kepada orang-orang yang bertauhid dengan sepenuh hati, serta membenci segala perkara yang merusak tauhid itu. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (yang artinya): “Dan di antara manusia ada yang menbuat tandingan-tandingan (sekutu) selain Allah yang di cintai layaknya mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman, sangat mencintai Allah diatas segala-galanya). “ (QS. Al-Baqarah : 165). Dari sini kita tahu, Ahlut Tauhid mencintai Allah dengan cinta yang tulus bersih. Sedangkan Ahlus Syirik mencintai Allah dan mencintai tuhan-tuhan yang lainnya. Hal ini tentu sangat bertentangan dengan isi kandungan Laa ilaaha illalloh.(ed,).

Ke-lapan : Al-Kufru bimaa siwaahu (mengingkari sesembahan yang lainnya), maksudnya Anda harus mengingkari segala sesembahan selain Allah, yakni tidak mempercayainya dan tidak menyembahnya, dan juga Anda harus yakin bahwa seluruh sesembahan selain Allah itu batil dan tidak pantas disembah-sembah. Allah Subhanahu wa Ta’ala menyatakan (yang ertinya): “Maka barang siapa mengingkari thoghut (sesembahan selain Allah) dan hanya beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang teguh pada ikatan tali yang amat kukuh (yakni kalimat Laa ilaaha illalloh), yang tidak akan putus….”(QS. Al-Baqoroh : 256).


Saudaraku kaum muslimin dari sini dapatlah anda ketahui, bahwa orang yang mengucapkan kalimat Laa ilaaha illalloh hanya dengan lisannya tanpa memenuhi syarat-syaratnya, dia bagaikan orang yang memegang kunci tak bergerigi, sehingga mustahil baginya untuk membuka pintu syurga, walaupun dia mengucapkannya lebih dari sejuta banyaknya. Kerana itu perhatikanlah ! Wallahu a’lamu bish showwab !.


Dinukil dari bulletin Dakwah Al-Bayyinah, edisi 07/02/20, diolah dan disusun kembali oleh Abu Abdirrahman. (BULETIN DAKWAH AT-TASHFIYYAH, Surabaya Edisi : 13 / Shafar / 1425)

Seminar Intensif Aqidah

Monday, June 28, 2010

Membiacarakan Lautan yang dikhabarkan Allah swt dalam al-Quran.

Penulis:Nurharyati Husna Ummu Jauharah,Mahasiswi Universiti Sains Malaysia,Major Aquatic Biology,Minor Pengajian Islam.

Assalamu'alaikum,disini ingin saya berkongsi satu ayat daripada al-Quran,Surah an-Nahl:14,Firman Allah swt,

Dan Dialah yang menundukkan lautan(untukmu),agar kamu dapat memakan daging yang segar(ikan) darinya,dan (dari lautan itu) kamu mengeluarkan perhiasan yang kamu pakai.Kamu(juga) melihat perahu belayar padanya dan agar kamu mencari sebahagian kurnia-Nya dan agar kamu bersyukur.

Huraian ayat ini saya memilih Buku Tafsir al-Quran yang ditulis oleh Prof Hamka sebagai rujukan,ayat ini adalah berkisar Lautan...

Dan Dialah yang menyediakan lautan supaya kamu makan daripadanya daging yang segar.Di ayat ini menarik perhatian kita tentang ilmu lautan dan terlebih dahulu soal ikan.Disebut keistimewaan ikan iaitu daging ikan laut ini segar,empuk,tidak keras atau kejang mahupun liat.Sememangnya ikan-ikan mempunyai pelbagai jenis nutrisi,omega-3,lemak ikan yang membantu perkembangan otak manusia,Allah memberi kita ikan untuk kita mengambil khasiat darinya.Oleh itu,banyak saintis-saintis membuat kajian tentang ikan untuk merawat pelbagai penyakit antaranya gamat,ikan haruan dan banyak lagi.

Dan supaya kamu keluarkan daripadanya perhiasan yang kamu pakai.Antara perhiasan yang sungguh cantik dan berkilau adalah mutiara yang berwarna putih,juga kekuningan(pelbagai warna),yang halus permukaannya,bersinar,bentuknya halus bulat,juga ada marjan,giwang dari lokan dan karab.Allah swt meletakkan perhiasan untuk manusia pakai dalam lautan.Kenapa bukan di daratan?Kerana Allah swt mahu kita membaca ayat-ayat-Nya yang dikhabarkan dalam kitab-Nya(al-Quran) dan menyuruh kita mencari-cari perhiasan itu,untuk kita memakainya kemudian kita akan semakin bertambah iman dan keyakinan terhadap kebenaran al-Quran dan semakin bertambah iman terhadap Allah swt sebagai Pencipta sekalian 'alam.

Dan Engkau lihat kapal mengharungi padanya.Sememangnya,Allah swt menjadikan lautan mempunyai campuran Udara(air adalah daripada komponen Hydrogen dan Oksigen),membolehkan Kapal-kapal terapung dan belayar,juga ketumpatan air membolehkan kapal-kapal belayar.Alat pengangkutan penting telah ada di dunia sejak beribu-ribu tahun yang telah lalu,mengharungi lautan menghubungkan benua dengan benua,pulau dengan pulau.

Untuk apa kesemua ini?Jawapannya:

Dan supaya kamu mencari kurnia-Nya dan supaya kamu bersyukur.

Dalam membicarakan lautan dan ikannya,hidupannya,mutiara,marjan serta membicarakan kepentingan kapal,Tuhan di akhir ayat ini telah menganjurkan kita untuk mencari kurniaan Tuhan dengan mempergunakan kapal itu.Ayat ini menyuruh Muslim heruslah mempunyai keaktifan hidup,memimba Ilmu Sains,mengembaralah,belayarlah,berniagalah,membuat kajian juga menjadi nelayan menangkap hasil lautan untuk dimanfaatkan.

Untuk apa?Agar kita bersyukur kepada Tuhan dengan kurniaan-Nya kepada kita,Allah swt bukan sahaja menciptakan kita,namun Allah swt juga mengurniaakan makanan yang enak,perhiasan,pengangkutan(kebolehan bergerak) agar mencukupkan keperluaan kita.

Kemudiaan,barulah timbul syukur setelah apa yang diusahakan berhasil.Nyata sekali dalam ayat ini bahawasanya orang yang malas,yang tidak suka mengkaji hanya terbenam dalam daerah tempat tinggalnya,tidak merasakan kurnia Ilahi itu.

Allah swt telah mentakdirkan bahawasanya tanah daratan adalah 1/5 dari bumi,sedangkan 4/5 adalah lautan.Dengan ketangkasan dan kecerdasan maka bukalah pintu kehidupan,berhubunglah manusia dengan manusia.Dengan demikian timbullah syukur kepada Tuhan.