Saturday, October 10, 2009

Arus Perubahan

Arus tajdid(perubahan),wahai saudaraku mari kita renungi seketika..

Tidak ada siapa yang dapat menafikan sumbangan gerakan Islam dalam memberikan kesedaran umat dalam bidang-bidang yang mereka fokuskan.Sumbangan itu tidak hanya bersumberkan sebuah gerakan tertentu semata.Bahkan ia datang dari keperbagaian gerakan,organisasi mendakwa hanya mereka yang berfungsi menyedarkan umat dan penyelesai segala krisis,lantas menafikan peranan gerakan atau yang lain.

Arus tajdid berterima kasih kepada semua gerakan yang menyelusuri perjalanan mereka bermanhajkan al-Quran dan sunnah dan bersendikan kefahaman salafussoleh.Arus tajdid wajar menghargai apa yang telah mereka sumbangkan selama ini,selagimana sumbangan itu positif untuk umat.

Arus tajdid meolak sikap ekstrimis yang menganggap jemaah dan kumpulan mereka sahaja yang syar’I,manakala selain mereka secara langsung atau tidak,dianggap tertolak.Jemaah atau organisasi yang ditubuhkan hanyalah wasilah(jalan) bukan ghayah(matlamat) bagi Islam itu sendiri.Matlamat Islam lebih agung dan syumuldari sebarang jemaah atau harakah.Fikrah Islam yang tulen merentasi kesempitan jemaah.Melebar luas menyeberangi pagar sebarang organisasi.

Arus tajdid juga harus berterima kasih kepada individu-individu yang memberikan sumbangan kepada kesedaran Islam,sama ada mereka terlibat dengan mana-mana jemaah,organisasi atau tidak terlibat.Bukan syarat sah sesuatu amalan soleh atau dakwah kepada al-Kitab dan al-Sunnah seseorang mesti terlibat dengan organisasi atau jemaah tertentu.

Bahkan amalan soleh itu sah apabila memenuhi rukun dan syarat seperti yang dijelaskan oleh nas-nas Islam,iaitu aqidah yang murni,niat yang ikhlas dan menepati petunjuk al-Sunnah dalam mempraktikkan amalan tersebut.Maka dakwaan sesetengah kelompok yang menganggap sesiapa yang tidak menyertai organisasi organisasi atau jemaah dengan istilah ‘tidak masuk jemaah’ sebagai tidak berpendirian dan tidak diiktirafkan,adalah lambing suatu sikap ghulu atau melampau.

Terima kasih ini merangkumi individu atau tokoh yang berada di setiap pelosok dan penjuru,yang bergerak menyumbangkan kepada umat ini.Sama ada mereka berada di dalam organisasi kerajaan atau di luar dari daerah percaturan politik.Selagi mereka menyumbang kepada umat ini dan memperlihatkan kejujuran mereka,maka mereka berada dalam perjuangan umat.

Dakwaan yang menganggap golongan agama yang mendekati pemerintah kesemuanya mencari kepentingan dunia adalah dakwaan yang tidak seimbang mencari kepentingan dunia adalah dakwaan yang tidak seimbang dan bersikap tidak adil.Walaupun ramai bersikap demikian,tapi bukan kesemuanya.Menghukum mereka secara keseluruhan bercanggahan dengan sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw terhadap Najasyi,Raja Habsyah yang menganut Islam pada zaman baginda.Baginda percaya kepada keadilannya dan menghantar para sahabat berhijrah ke negaranya.
Apabila Najasyi menganut Islam,Nabi saw tidak memerintahkan Najasyi meninggalkan kedudukannya sebagai Raja Habshah,sekalipun kerajaan yang dipimpinnya bukan kerajaan Islam dan beliau tidak berhijrah mendapatkan Rasulullah saw.Namun Rasulullah pula tidak memerintahkan hal itu kepadanya.Kedudukan Najasyi sebagai raja membolehkan dia melindungi para sahabat yang berhijrah ke negaranya dan melaksanakan keadilan dengan ruang kemampuan yang dimilikinya.

Apabila Najasyi meninggal,Rasulullah saw bersabda:
Maksudnya,
Daripada Jabir r.a Nabi saw bersabda-ketika kematian Najasyi,Telah mati pada hari ini seorang lelaki soleh.Bangunlah dan bersolatlah ke atas saudara kamu Ashamah(Nama Najashi)

Riwayat al-Bukhari,Kitab al-Manaqib,Muslim,Kitab al-Janaiz.

Baginda menyifatkan Najasyi sebagai seorang yang soleh.Baginda menyebut ungkapan ‘akhukum’(saudara kamu) yang bermaksud saudara seislam kamu.Bahkan baginda menyuruh para sahabat mengadakan solat ghaib untuk jenazah tanda persaudaraan sekalipun berjauhan.Baginda tidak mengatakan Najasyi berkepentingan,enggan menyertai gerakan Islam atau tidak berprinsip.Bahkan baginda menghargainya kerana telah zahir dari dirinya iman,keikhlasan dan keadilan sikap.

Maka kita wajar mencontohi hal ini.Sesiapa yang menyatakan pendirian menyokong usaha kembali kepada al-Quran dan sunnah seperti yang difahami oleh generasi awal Islam,kurun-kurun yang diberkati,golongan salafussoleh serta berusaha memperbaharui pendekatan al-Din dalam wajah kemodenan yang ada bertunjangkan prinsip salaf,maka kita menganggapnya berjuang bersama dengan arus tajdid ini.Sama ada dia berada dalam kerajaan atau pembangkang,sama ada dia berjemaah atau bersendirian.

Arus tajdid dengan ini menyeru dijauhi sikap ghulu atau melampaui batasan dalam beragama termasuk dalam urusan dakwah.

Firman Allah swt:
Maksudnya,
Katakanlah:Wahai ahli kitab!janganlah kamu melampau dalam agama kamu secara yang tidak benar dan janganlah kamu menurut hawa nafsu yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia serta (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul-Surah al-Maidah;77.

Dalam sebuah hadith:
Maksudnya:Daripada Ibn Abbas,katanya:Pada pagi Hari ‘Aqabah(musim haji) Rasulullah saw bersabda kepadaku ketika baginda berada di atas kenderaannya:Kutipkan untukku (batu-batu kecil untuk melontar jamrah al-Aqabah).Aku pun mengutip batu-batu kecil untuk baginda yang semuanya sebesar biji kacang.Apabila aku meletaknya ke dalam tangan baginda,baginda pun bersabda:

Ya!sebesar ini!Jauhilah kamu melampau dalam agama(al-Ghulu) kerana sesungguhnya al-Ghulu telah membinasakan mereka yang sebelum kamu.
Riwayat al-Nasaai,Ibn Majah dan Ahmad.Disahihkan oleh Ibn Khuzaimah (Sahih Ibn Khuzaimah jil:4,ms 276,Beirut:al-Maktab al-Islami).Al-Albani turut mensahihkannya dalam al-Silsilaj al-Sahuhah(jil:3,ms:278).

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah (w.728H) berkata:

Sesungguhnya agama Allah ini adalah pertengahan antara yang melampau dan yang meninggalkannya.Allah Ta’ala tidak memerintahkan hamba-hambaNya sesuatu melainkan syaitan akan mengganggunya dengan 2 cara.Syaitan tidak kisah yang mana sati dia berjaya.Iaitu sama ada secara ifrat(melampaui batasan yang sepatutnya dalam beragama) atau tafrit (cuai terhadap agama).

Justeru,Islam adalah agama Allah yang tidak boleh diambil ajarannya daripada sesiapapun selainNya.Maka syaitan menggangu kebanyakan mereka yang mengaku mengikut ajaran Islam.Sehingga syaitan berjaya mengeluarkan mereka daripada syariat.

Malah,syaitan berjaya mengeluarkan banyak puak umat ini yang terdiri daripada mereka yang kuat beribadah dan warak.Sehingga menjadikan mereka keluar daripada agama seperti mana melurunya anak panah daripada busarnya.
(Ibn Taimiyah,Majmu’at al-Fatawa,jil 2,ms:236,Riyadh:Maktabah al-‘Abikan)

Ditulis oleh Abu Talhah.