Friday, November 27, 2009

Kehilangan..

Saya seorang wanita yang biasa yang tiada kecantikan,kelembutan,keistimewaan..hari ini ingin sekali saya menulis tentang kehilangan..

Dalam kehidupan ini,kita pasti akan merasai kehilangan..kadang-kadang untuk mengelak daripada kehilangan sesuatu yang kita sayang kita sanggup berkorban..bukan kadang-kadang tetapi sememangnya itulah tindakan kita..

Seperti seorang ibu yang tidak mahu kehilangan anaknya,seorang anak yang tidak mahu kehilangan ibu dan ayahnya..

Terima kasih ibuku yang mengorbankan nyawanya untukku,sewaktu ibu saya mengandung ada ketumbuhan di rahimnya,maka,doctor kata saya perlu digugurkan..namun,kerana dia tidak mahu kehilangan saya..dia sanggup mengambil risiko..dan dia meninggal dunia ketika melahirkan saya..namun,tetap rasa kehilangan,saya kehilangan seorang ibu..

Abang dan kakak saya yang mengalami tekanan hidup..mereka dijaga oleh pak cik saya di Australia..dan saya kehilangan abang dan kakak..saya Cuma ada seorang ayah..hanya dia sahaja..Ayah saya bernikah lagi..dan saya ada seorang ibu tiri..saya menghargainya..

Saya seorang anak yang manja..dibesarkan dalam kemewahan hidup..ketika saya berumur 12 tahun,saya kehilangan nenek saya..yang paling saya sayang..tetapi hidup saya diceriakan dengan kehadiran seorang adik lelaki...namanya Ariff..ayah saya mengambilnya sebagai anak angkat..

Namun kehidupan sentiasa diuji..perniagaan ayah saya kerugian besar..kerana ada pecah amanah dalam syarikat..dan saya kehilangan kemewahan kehidupan...betapa susahnya saya nak sesuaikan diri..maka,kami berhijrah daripada Kuala Lumpur ke Kulai,Johor..sebuah Bandar yang sangat simple..

Maka,saya kehilangan sahabat baik saya..Anisa Izwin,Erin Adlina,Amira Lukman,Eda Fazlida,Naufal Aizat,Zahreen Hasnor,Hazrin Abdullah,Shahirah Najla dan Ariff Shazrel..they are my brothers and sisters..

Selepas berpindah..saya banyak menyendiri..culture shock hidup di Johor..sahabat baik saya di sekolah Bandar Putra Kulai..Nurizayu Zakaria,Nurfatiha,Lukman,Fadzli,Fizi..perpindahan di Johor membuat saya lebih matang..saya meminati pidato dan debat..

Dahulu saya adalah atlet sukan,sewaktu di Kuala Lumpur..saya suka bermain basketball,hoki,bola jarring,berenang..saya akan berjogging setiap petang..apabila saya pindah ke Johor saya kehilangan Team Mates saya..malah di Johor tiada sukan..hanya akademik..

Apabila kita kehilangan kita kena belajar menerima..menerima benda baru..saya cuba sesuaikan diri..Tanpa saya sedar..diri saya sememangnya berubah..cara hidup saya..saya mula memerhatikan keadaan sekeliling..saya sudah boleh menerima kehilangan dengan mudah..if i can cope before,i can cope it again..learn from experience..

Saya memasuki Universiti Sains Malaysia..tiba-tiba saya mendapat panggilan telefon..waktu itu bulan puasa..lagi seminggu kita akan beraya..ayah saya kata,adik dah tiada..adik dah meninggal dunia..saya terkedu..tetapi saya redha..selepas kehilangan adik saya..saya jarang balik ke rumah..kerana rumah dah tidak ceria..ayah saya banyak outstation dengan bisnesnya,ibu tiri saya juga berubah..mengalami kemurungan..tak tahu nak buat apa..saya hanya focus belajar..dan banyak bersabar..

Teringin sekali saya untuk bernikah..namun,saya takut nak menyayangi orang lagi..kerana saya tak nak rasa kehilangan..teramat pedih rasanya..

Kesimpulannya..sepanjang perjalanan hidup ini..hanya pencipta kita sahaja yang akan kekal bersama kita pada setiap masa..sewaktu kita senang atau susah..Allah Yang Maha Kekal..Dia akan sentiasa bersama kita dalam keadaan kita lalai ataupun dalam keadaan kita ingat padaNya..tidak pernah Allah melupakan kita..Kasih sayang-Nya juga sentiasa mengalir seperti sungai yang tidak berhenti mengalir..Allah akan melindungi kita..Yang paling penting kita tidak akan kehilangan Allah..kerana Allah sentiada ada untuk kita..

Saya bukanlah wanita yang sempurna..saya akan usaha supaya tidak kehilangan perkara yang kita sayang..tetapi inilah kehidupan..saya bersedia ditinggalkan dan meninggalkan..kerana hidup ini bukan paksaan tetapi kerelaan..saya redha..kerana saya yakin Allah akan member yang terbaik..sentiasa yang lebih baik..