Saturday, December 19, 2009

Saya Sangat Kecewa dan Sedih..

Assalmo alaikum..saya dah tidak dapat menahan perasaan kecewa dan sedih saya terhadap orang sekeliling yang menilai saya.Mereka menilai saya dengan melihat Latar Belakang keluarga saya dan menilai saya daripada keluarga saya..adakah itu adil??

Iya saya mengakui saya ini tidak dilahirkan dalam keluarga yang ada didikan agama.Tetapi adakah adil bagi antum mengatakan saya mengetahui latar belakang enti..jadi?Adakah itu bermakna saya sama dengan mereka?Adakah antum tahu betapa susahnya dan tersepitnya diri saya..adakah antum pernah berkongsi penderitaan yang saya alami?

Perkataan yang menyakiti saya..ala dia dari keluarga ada darah Kafir..jadi masih ada sisa kekafiran dalam diri dia..Abang saya yang Christian Romawi sangat menghormati Islam..mengapa orang sanggup kata begitu pada saya..saya Islam,bukan kafir..

Walaupun saya tidak dididik dengan Islam dari kecil tetapi adakah menganggap saya ini jahil..saya berusaha untuk menjadi hamba yang disayangi Allah...saya amat tegas dalam Aqidah..dan saya memilih Manhaj Salafussoleh kerana apabila saya memasuki Masturat(Tabligh),hati saya tidak tenang..apabila saya memasuki Jemaah Kampus juga tidak tenang..setelah saya pergi ke kuliah Riyadhus Solihin hati saya sangat tenang..saya Istikharah..

Kemudian Allah membawa saya lagi..saya menjadi pengedar kitab-kitab daripada Ulamak-ulamak Islam yang bermanhajkan Salafussoleh...ini membuatkan saya dapat membaca sendiri kitab-kitab,mengenali Ulamak-ulamak Hadith...

Saya juga menuntut ilmu di Institusi al-Qoyyim..juga dapat bertanya pada ustaz-ustaz..Saya juga mengambil minor dalam pengajian Islam..Jadi adil kah antum membangkitkan latar belakang keluarga saya??

Iya dahulu saya tak bertudung,saya juga pakai jeans...tetapi saya sekarang sudah berjubah,berjilbab dan berniqob...jadi adilkah antum kata ala dia dulu teruk sekarang je baik,ekstreme pula..siap nak tutup muka..

Iya saya dulu aktif bersukan,saya kasar..cakap pun kasar...tapi sekarang saya dah tak turun padang..saya juga tidak menjerit-jerit seperti dahulu..adil ke nilai saya??

Janganlah melihat kesempurnaan tetapi lihat kepada perubahan..bukan senang nak ubah sesuatu yang dah dididik dari kecil..kena transform ZAHIR dan BATIN..

Saya nak bernikah kerana saya rasa berseorangan dalam perjuangan..Namun,kerana menghormati keinginan ayah saya yang menyuruh saya habiskan DEGREE saya..saya sabar sahaja lah dalam perjuangan..saya terpaksa menolak semua lamaran..sedangkan ingin sekali saya bernikah..namun,tidak apalah..saya kena bersabar..

Kalau nak kritik saya..kritiklah..tapi jangan lah nilai saya daripada latar belakang keluarga saya..saya tidak sama dengan mereka..saya sangat kecewa..sedih..