Al-Manhaj
Assignment Aqidah Islamiyyah,
Ummu Syauqina Nurharyati Husna
Islam terbahagi kepada empat iaitu al-aqidah,al-syari’ah,al-akhlaq dan al-manhaj.Al-Manhaj adalah metodologi untuk memahami al-aqidah,al-syari’ah dan al-akhlaq.Manhaj kita adalah mengikuti Rasulullah,para sahabat,tabien,tabiut tabien.Al-aqidah,al-syaria’h dan al-akhlaq harus difahamkan dengan kefahaman Rasulullah,para sahabat,tabien,tabiut dan tabien kerana mereka adalah golongan terdahulu golongan awal yang memasuki Islam.Dalilnya,firman Allah Ta’ala,
Surah at-Taubah ayat 100,
والسبون الاولون من المهجرين والانصا ر والذين اتبعوهم باحسن رضي الله عنهم عنهف واعد لهم حنت تجرى تحتها الانهر خلد ين فيها ابدا ذالك الفور الحظيم
Assabiqun al-awwalun(orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama) masuk Islam di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik(ihsan),Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menjadikan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya,mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.Itulah kemenangan yang besar.
Hadith Rasulullah saw memperjelaskan makna ayat ini dan sabdanya :
‘Telah berpecah kaum yahudi menjadi 71 kelompok,Nasrani pun telah berpecah menjadi 72 golongan.Demi yang jiwaku di Tangan-Nya,sungguh pasti berpecah umatku menjadi 73 golongan.Satu yang masuk sementara 72 lainnya masuk neraka.Ditanya ‘Siapakah mereka wahai Rasulullah?’Jawab beliau,Siapa yang mengikuti dengan apa yang hari ini ada padaku dan sahabatku.Dalam riwayat lain:`Dialah al-Jama’ah’
Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Islam Ibnu Taimiyah dan Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani.(1)
Para ulama’ berpendapat bahawa terpecahnya umat menjadi 73 golongan adalah kerana bida’ah.Imam al-Syathibi berkata,`Para sahabat adalah orang yang paling mengikuti al-Kitab dan al-Sunnah,maka semua orang yang mengikuti para sahabat termasuk golongan yang selamat,yang akan masuk syurga dengan kurnia Allah.
(1)Vol.iv/No 6,Pustaka at Turots,Majalah Fatawa,Mendekatkan Ummat kepada Ulama’,muka surat 5
Kajian tentang kesesatan dalam beraqidah.
Penyelewengan aqidah dan kemunculan ajaran sesat hasil daripada kajian yang dilakukan oleh JAKIM(1) ,antara kemunculan ajaran sesat adalah tasawwuf falsafah,syiah,syirik,amalan khurafat dan menggunakan akal tanpa batas.
Juga penyelewengan aqidah Islam adalah disebabkan oleh bida’ah(2).Bida’ah ertinya sesuatu yang baru dan yang dibuat(yang tidak ada sebelumnya) yang merupakan hal agama setelah agama itu telah disempurnakan,sedangkan badi’ adalah salah satu asma’ Allah kerana Allah yang menciptakan segala sesuatu(membuat untuk yang pertama kali)Dalilnya,firman Allah Ta’ala,
Surah al-Baqarah ayat 117:
بد يع السمو ت والا رض
`Allah Pencipta langit dan bumi.’
Tidak diragukan lagi bahawa ilmu kalam termasuk bida’ah dalam agama kerana mereka mengikut kehendak mereka bukan dengan kefahaman yang difahami Salafush Shalih.Ringkasan daripada ucapan al-Baihaqi,yang tercela ialah ilmu kalam daripada pelaku bida’ah yang jauh daripada al-Quran dan Sunnah.Mereka adalah kelompok muktazilah yang muncul pada zaman Khalifah Harun ar-Rashid dan sesudahnya,juga kelompok Rafidhah(syiah) dan Qadariyah(3).
(1)http://www.islam.gov.my/ppi/profil.html
(2) Dr Muhammad bin A.W al-‘Aqil,Pustaka Imam Asy-Syafi’i(2006 M),Manhaj ‘Aqidah Imam Asy-Syafi’I muka surat 164.
(3) Dr Muhammad bin A.W al-‘Aqil,Pustaka Imam Asy-Syafi’i(2006 M),Manhaj ‘Aqidah Imam Asy-Syafi’I muka surat 177.