Wednesday, February 3, 2010

Pupuklah Cintamu...

Penulis:Ummu Syauqina Nurharyati Husna
Rujukan:Kitab Riyadhus Solihin(Imam an-Nawawi)

Wahai Ukhti saudaraku…

Marilah kita belajar memupuk hati kita untuk bercinta..bercinta dan mempunyai kasih sayang kepada Allah Yang Maha Cinta.Cinta juga kepada Rasul-rasulnya,kepada kitab al-Quran dan ghairah mengamalkannya..Memahami Sunnahnya dan merasa ringan mengamalkannya,sentiasa kehausan terhadap Ilmu-ilmu syar’i..dan juga ilmu-ilmu yang mendekatkan diri kita pada Kekuasaan Allah Ta’ala.

Dalilnya,firman Allah Ta’ala:
Surah al-Fath,ayat 29

Muhammad adalah utusan Allah,dan orang-orang yang bersama dengan dia bersikap keras terhadap orang-orang kafir,tetapi berkasih saying sesame mereka.Kamu melihat mereka rukuk dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaan-Nya.Pada wajah mereka tampak tanda-tanda bekas sujud.Demikianlah sifat-sifat mereka(yang diungkapkan)dalam Taurat dan sifat-sifat mereka(yang diungkapkan) dalam injil,iaitu seperti benih yang mengeluarkan tunasnya,kemudian tunas itu semakin kuat,lalu menjadi besar dan tegak lurus di atas batangnya;tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak mengjengkelkan hati orang-orang kafir(dengan kekuatan orang-orang mukmin).Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan di antara mereka,ampunan dan pahala yang besar.

Ukhti saudaraku…

MasyaAllah(dengan kehendak Allah),sungguh hebat kata-kata motivasi Allah kepada kita,di saat kita mentaddabur kata-kata Allah ini,kita akan diberi motivasi…kekuatan…inilah Cinta Allah kepada kita…Allah menasihati kita supaya bersabar dan Allah sememangnya akan beri kita kekuatan..Kerana kekuatan ini mendatangkan ketidak kesenangan hati terhadap orang kafir(mereka sakit hati terhadap kekuatan kita).

Dari Anas ra dari Nabi saw,beliau bersabda:`Ada tiga perkara di mana orang yang memilikinya akan merasakan manisnya iman iaitu,Mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi segala-galanya,mencintai seseorang hanya kerana Allah,dan enggan untuk kembali kafir setelah diselamatkan oleh Allah daripadanya sebagaimana kalau dilemparkan ke dalam api’(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Uhkti saudaraku…

Mari kita memupuk perasaan cinta ini…cinta kepada Allah,cinta kepada Rasul-Nya,cinta kepada ibu bapa dan semua orang mukmin kerana Allah Ta’ala.Juga kita saling berdakwah dan menasihati,juga membantu sahabat-sahabat kita yang sedang mencari-cari kebenaran,mencari fitrah dalam dirinya iaitu kembali kepada Allah Ta’ala.

Ukhti saudaraku…

Mari kita juga memupuk perasaan cinta kepada suami dan anak-anak kita..kerana tanggungjawab kita dan amanah kita adalah menjaga dan menguruskan suami dan anak-anak..dengan perasaan cinta yang ada..kita akan semakin bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab ini terhadap mereka..janganlah abaikan suamimu dan anak-anakmu..kerana mereka memerlukan kasih saying seorang isteri dan ibu..

Ukhti saudaraku..

Jangan kita meninggalkan majlis-majlis ilmu..kerana ilmu itu harus sentiasa ditambah dalam diri untuk memudahkan kita memahami amanah dan tanggungjawab kita..Jangan kita lalaikan diri dengan (bershopping,bergossip) tetapi penuhi masa dengan menambahkan ilmu..

MAHAR SI DIA



Jom Pi..Memang gerenti best...Pensyarah USM yang paling kelakar..DR JASNI..aduh..kuliah dia memang kami rasa terhibur,dan ilmu juga sangat baik..Dr Hasanah juga pensyarah yang suka Berceloteh...hehe...