Wednesday, April 14, 2010

Buhul Cinta,Ikatan Cinta...


Penulis:Husna Ummu Jauharah at-Taqqiyah
Reference:Audio Sunnah(Ustaz Armen Halim Naro Rahimahullah)

Buhul cinta..apa itu buhul cinta?Buhul adalah ikatan..ikatan yang kukuh…cinta adalah mawaddah dan rahmah…Rasulullah pernah barkata,tidak aku melihat sebaiknya cinta pasangan lelaki dan perempuan iaitu cinta atas pernikahan….MasyaAllah,bahagianya jika kita ada buhul cinta…..ikatan cinta…

Membangunkan rumahtangga untuk senyum bukan untuk berkerut kening,membangunkan rumahtangga untuk bahagia dalam ketaatan..sudahkah anda bahagiakan rumahtangga anda?

Baiti Jannati..rumahku syurgaku…bahagianya melihat wajah suami,bahagianya melihat wajah isteri…namun mengapa rumahtangga kini terlalu banyak yang bermasalah?Marilah kita bermusahabah diri…

Buhul cinta…ikatan cinta…pasangan suami isteri…harus dipayungi dengan cinta yang agung dan mulia…dengan syariat yang ditetapkan oleh Islam..dengan mengetahui peranan masing-masing…

Takutlah dengan Allah SWT,kerana apabila kita takut kepada Allah kita dapat mengatasi permasalahan rumahtangga…Perlulah mempunyai ilmu..jangan malu untuk menuntut ilmu…untuk bertanya…Kesabaran perlu diselubungi dalam diri…tanpa putus asa..jangan putus asa untuk membangunkan rumahtangga…hingga rumahtangga anda memiliki mawaddah dan rahmah…cinta adalah suci..dengan mahabbah kepada Allah…cinta itu meriah…cinta itu bertahan..teguh dan tidak berpindah,cinta itu penuh tidak mampu dipenuhi dengan yang lain lagi..cinta mulanya adalah gurauan dan akhirnya adalah keseriusan…cinta itu tidak terlarang..kerana hati ini adalah milik Allah..

Cinta kepada Allah adalah cinta teragung..dengan cinta semua kesalahan akan diampunkan,semua kelalaian akan diampunkan…semua jenis cinta yang membawa kepada Allah,itulah cinta yang jernih…

Cinta akan membuatkan kita mudah mengampunkan kesalahan…jika Allah mengampunkan hambanya…mengapa sang pasangan suami isteri tidak memupuk perasaan bermaaf-maafan?Jika kita mengatakan kita ada cinta…kita dapat mengampuni kesalahan pasangan kita kerana pasangan kita bukanlah sempurna…pasti melakukan kesilapan…

Namun…cinta atas dasar berpacaran yakni sebelum bernikah amat sukar mencapai mawwadah dan rahmah..sungguh cinta sebelum nikah ini lebih banyak permasalahan..kerana tiada ikatan yang menyakinkan…masing-masing sering ada keraguan dan kerisauan…kerana mereka belum ada ikatan yang menyakinkan iaitu pernikahan… Begitu banyak kes dimana cinta sebelum bernikah ini tidak sampai ke pelaminan…kerana tiadanya mawaddah dan rahmah..hanya keperitan dan kesengsaraan…bagi wanita,harus kita membezakan yang emas atau loyang,benang kapas atau sutera,mutiara atau manik-manik…pilihlah ingin jadi sepertimana…

Bercakap mengenai hal cinta…saya juga ada cinta…terlalu mendalam cintanya…namun cinta saya ini belum sampai ke tahap mendapat mawaddah dan rahmah..malah sering diragui…kerana belum adanya ikatan yang halal…saya masih menunggu saat-saat itu…saat-saat bahagia…harus saya akui sekarang ini saya amat sengsara dengan cinta…

Atas permasalahan ini…ingin saya membuka minda para pembaca…terutamanya kita yang bakal menjadi ibu dan bapa…harusnya kita berpegang dengan Islam dan sunnah…yang tepat dengan fitrah…jangan kamu menghalangi anak perempuan kamu untuk bernikah jika dia meminta..kerana perasaan itu datangnya daripada Allah,jangan terpedaya dengan pemikiran liberalism dan modernasasi yang menganggap pernikahan itu satu kemusnahan…kerana amat sengsara rasanya…Bolehkah harta membahagiakan saya?Kejayaan sijil-sijil..anugerah-anugerah dapat membahagiakan saya?

Banyak hadith-hadith,coretan sirah yang menceritakan bahwasanya Allah akan menurunkan mawaddah dan rahmah dengan buhul cinta atas pernikahan dengan mahabbah kepada Allah…sejujurnya..saya juga tersepit,fitrah saya dengan pemikiran liberal ini…namun..harus saya bersabar…

Suami adalah tempat berteduh bagi isteri,isteri adalah penenang jiwa kepada suami…deen..islam diturunkan kepada kita…adalah untuk kita bahagia,jika kita tidak bahagia pasti ada kesilapan…perbaiki kesilapan itu…Ramai yang menjadi muslim hanya terbatas dengan solat,puasa..tetapi tidak mengetahui akhlak dan bermuamalat,maka harus mengambil berat,menuntut ilmu dan diperbaiki…

Janganlah melihat yang haram,hargailah pasangan kamu…janganlah mengeluh dengan pasangan kamu…banyakkan berdoa…berharap akan kepada Allah…jangan mencela pasangan kamu…lihatlah bagaimana cinta Rasulullah saw juga cinta para sahabat dan sahabiyyah…cinta abu thalhah dan ummu sulaim…dimana mahar cinta mereka adalah Islam…Hebat cinta mereka…Subhanallah...