Wednesday, January 27, 2010

Thoharah Wanita

Disediakan oleh: Mohamad Abdul Kadir bin Sahak
Rujukan utama: Qawa’id wa Masa’il fi Toharah al-Mar’ah al-Muslimah
Oleh: Syeikhah binti Muhammad al-Qasim.
Penyemak: Dr. Abdullah bin Nasir al-Salami. Ustaz Fiqh al-Muqaran, Ma’had al-‘Aliy li al-Qadha’
*** Nota ini dibentang di dalam slot kuliah toharah wanita, Daurah Siswi USM di Institut al-Qayyim, Pulau Pinang, pada 22 Januari 2010.

-----------------------

Pertama: Kaedah dan Permasalahan Haid

Haid: Darah tabi’e yang keluar disebabkan oleh sifat-sifat yang selamat (normal) yang keluar dari pangkal rahim wanita selepas baligh dengan cara yang betul dan pada waktu yang tertentu.[1]

Pengertian lain disebut: Haid adalah darah yang berlaku kepada kaun wanita dengan tuntutan penciptaannya tanpa sebab dan berlaku pada masa yang diketahui, ia berupa darah normal yang keluar bukan disebabkan sakit, luka, terjatuh atau bersalin.[2]

Allah s.w.t. berfirman: (maksudnya): “Mereka bertanya kepada engkau tentang haid, katakan kepada mereka ia berupa kotoran, maka kamu semua jauhilah wanita ketika mereka haid dan jangan mendekati mereka (jangan menyetubuhi) ketika mereka haid sehinggalah mereka bersuci, apabila mereka bersuci dan datangilah mereka dalam bentuk yang disuruh oleh Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang bersuci.” (al-Baqarah: 222)

Permasaalahan Berkaitan Haid

1. Haid yang keluar lebih dari tempoh biasa. Yang lebih itu dikira haid.
Contoh: tempoh biasa selama lima hari, kemudian dia keluar lebih dari tempoh biasa kepada tujuh hari. Dalam keadaan ini tempoh lebih itu dikira sebagai haid. jadilah haidnya tujuh hari.

2. Haid yang keluar kurang dari tempoh biasa. Ia dikira berdasarkan tempoh yang kurang itu. Contoh: kebiasaannya lima hari, kemudian ia berkurang kepada empat hari. Maka haidnya dikira selama empat hari sahaja.

3. Haid keluar lebih dari tempoh biasa disebabkan suatu penghalang. Contoh: seorang wanita menggunakan Intra-Uterine Device (IUDs - Alat Kawalan Kehamilan). Kemudian tempoh haidnya bertambah dari lima hari ke lapan hari selepas menggunakannya. Tempoh haidnya dikira selama lapan hari. Tambahan tempoh keluar darah itu dikira sebagai haid, dalam masa yang sama dia perlu melakukan pemeriksaan doktor untuk kepastian IUD nya berada dalam kedudukan yang betul, dan tidak menyebabkan luka dan pendarahan.

4. Haid datang awal dari biasa. Contoh: kebiasaannya haid datang pada akhir bulan. Kemudian datang awal seminggu atau sepuluh hari sebagai contoh. Maka ia dikira sebagai haid.

5. Haid datang lewat dari biasa. Contoh: kebiasanya dia datang pada pertengahan bulan, kemudian dia datang pada akhir bulan. Maka haid dikira pada akhir bulan apabila dia datang.

Kaedah dalam persoalan di atas:

متى رأت الدم فهي حائض ومتى طهرت منه فهي طاهر سواء زادت عن عادتها أم نقصت وسواء تقدمت أو تأخرت

“Apabila kelihatan darah, ia dikira haid. Apabila bersih daripada darah, ia dikira suci samaada lebih dari tempoh kebiasaan atau kurang, samaada terawal atau terlewat.”

6. Kadang-kadang darah haid keluar mengalir berterusan dalam tempoh haid. (ini merupakan keadaan kebanyakan wanita) Contoh: tompoh haidnya lima hari dan darahnya keluar mengalir berterusan setelah itu bersih.

7. Haid keluar terpisah-pisah dan berhenti-henti dalam tempoh kebiasaannya. Maka apabila ada darah dikira haid. Apabila tidak ada darah dan kering dikira suci. Contoh: tempoh biasa haid selama lapan hari, datang dalam sesuatu bulan selama empat hari kemudian berhenti dua hari, kemudian datang semula selama dua hari. Maka empat hari pertama dikira haid, dua hari pertengahan yang bersih dan kering dikira suci (perlu solat dan puasa) dan dua hari berikutnya bersama darah dikira haid. Ini kerana kebiasaan haidnya adalah lapan hari. Ini kerana asal hukum darah yang keluar dari kemaluan wanita dikira sebagai darah haid, selama tidak dipastikan darah itu bukan darah haid. Inilah pandangan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah.

8. Asalnya, darah yang dikira haid adalah yang datang sehari semalam[3], kerana Nabi s.a.w. mengaitkannya berdasarkan kebiasaan wanita. Sabda baginda:

تَحَيَّضِيْ فِيْ عِلْمِ اللهِ سِتًا أوْ سَبْعًا كَمَا تَحِيْضُ النِّسَاءُ وَيَطْهُرْنَ

Maksudnya: “Kiralah haid seperti dalam ilmu Allah, enam hari atau tujuh hari, sama seperti haidnya para wanita.”[4]

Tidak ada kebiasaan haid yang berlaku kurang dari sehari semalam. Oleh itu darah yang keluar kurang dari sehari semalam tidak dikira sebagai haid.

Kaedah yang digunakan:

إذا انقطع الدم يوما وليلة فأكثر بين أيام الحيض فهذا طهر, وإن انقطع أقل من يوم وليلة فالدم في حكم الحيض

Maksudnya: “Apabila darah berhenti sehari semalam atau lebih diantara hari-hari haid, ia dikira suci. Jika berhenti kurang dari sehari semalam, maka darah yang keluar dikira darah haid.”

Contoh lain:

1. Tempoh biasa haid seseorang itu tujuh hari. Pada hari kelima darah berhenti bermula dari subuh hingga hujung malam, dimana jika disentuh dia tidak mendapati sebarang kesan. Kemudian haid itu datang semula pada hari keenam dan ketujuh. Maka hari kelima dikira hari yang bersih dari haid, kerana bersih dari haid dikira dengan kering darah pada kebiasaannya dan kadang-kadang dengan keluar cecair bewarna jernih (الْقَصَّةُ الْبَيْضَاءُ).

2. Tempoh biasa haid tujuh hari. Pada hari kelima darah berhenti bermula dari subuh hingga ke waktu asar. Ini dikira hukum haid kerana kurang dari sehari semalam.

9. Darah datang selepas tempoh biasa dan setelah mandi dua hari atau lebih sebagai contoh. Asalnya darah yang datang selama sehari semalam dikira darah haid seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, selagi tidak dapat dipastikan ia bukan disebabkan luka atau pendarahan. Contoh: Tempoh biasa haid yang sedia diketahui oleh seseorang wanita itu adalah empat hari. Kemudian bersih kemudian darah kembali semula pada hari keenam dan ketujuh. Maka darah pada hari keenam dan ketujuh itu dikira darah haid.

10. Sekiranya tempoh haid bertambah dari tempoh kebiasaan haidnya dalam salah satu bulan. Tambahan itu dikira sebagai haid. contoh: sekira tempoh haidnya lima hari. Tetapi dalam salah satu bulan, darah keluar berterusan sehingga sebelas hari, kemudian bersih. Ini bermakna darah haidnya bagi bulan tersebut ialah sebelas hari.
Sekiranya darah berterusan. Dia boleh tunggu sehingga tempoh paling lama haid iaitulah selama lima belas hari[5].

Jika darah itu keluar hingga ke tempoh ini, setelah selesai tempoh dia perlu mandi dan dia dikira suci. Sekalipun darah terus keluar. Dia perlu berwudhu setiap kali solat dan membasuh kesan darah jika terkena pakaian. Darah yang keluar itu dikira darah istihadhah. Inilah mazhab jumhur ulama.

Adapun jika darah tersebut berterusan keluar sehingga bulan berikutnya. Ia dikira seorang yang mustahadah. Orang yang mustahadhah yang dimaksudkan di sini ialah orang yang mendapati darah keluar sebulan penuh atau kebanyakan hari, darah itu tidak berhenti melainkan sehari atau dua hari sahaja. Maka hukum-hakamnya adalah seperti berikut:

Keadaan pertama: seorang wanita yang sedia ketahui kebiasaan haidnya sebelum ditimpa Istihadah. yang mana kebiasaannya sebelum ditimpa istihadhah, haidnya selama lima atau lapan hari di awal bulan atau dipertengahannya. Maka dia mengetahui waktu dan bilangan harinya. Maka wanita ini selama tempoh dan waktu itu dia dikira haid. Setelah tamat tempoh kebiasaan haidnya, dia perlu mandi dan menunaikan solat. Darah yang tinggal itu dikira darah istihadah. Dia perlu berwudhu setiap kali solat. Jika keadaan ini menyukarkan, dia boleh berwudhu dan melakukan jama’ antara zohor dengan asar dan maghrib dan isyak.

Keadaan kedua: Jika kebiasaan darah haidnya tidak dapat dikenal pasti. Akan tetapi darahnya (istihadhahnya) pada beberapa hari berbeza dan memiliki sifat darah haid: lebih hitam, pekat dan berbau darah haid. Sedangkan pada hari-hari yang lain darah yang keluar tidak memiliki cirri-ciri darah haid. Warnanya merah, tidak pekat dan tidak berbau seperti darah haid. Maka dalam keadaan ini darah yang keluar dan mempunyai ciri-ciri haid dikira sebagai darah haid. adapun yang tidak mempunyai ciri-ciri darah haid dikira darah istihadah.

Keadaan ketiga: Jika darah haid yang keluar bukan dari kebiasaan yang dikenali. Darah itu juga tidak memiliki ciri-ciri yang dapat membezakan antara darah haid dan yang lainnya. Maka darah itu dikira sebagai darah haid dalam tempoh kebiasaan selama enam atau tujuh hari pada setiap bulan. Kerana tempoh ini adalah kebiasaan yang terjadi kepada kebanyakan wanita. Ini bukan bermakna dia boleh pilih hari ikut suka dia. Sebaliknya dia hendaklah bertanya kepada ahli keluarga perempuannya. Seperti emak, adik beradik dan emak saudara. Sebagai contoh kebanyakan mereka darah haidnya adalah lima hari. Maka dia mengira darah haidnya sama seperti mereka. Demikianlah cara dia kiaskan keadaannya dengan kebiasaan wanita ahli keluarganya sehingga Allah sembuhkan dia daripada istihadah.

Hasilnya: Yang dipegang itu dirujuk kepada kebiasaan (jika diketahui kebiasaan itu), atau melalui perbezaan dengan cara mengenal pasti (ciri-ciri yang ada), dan jika dua cara ini tidak dapat dilakukan, haid dikira enam atau tujuh hari berdasarkan kebiasaan ahli keluarga wanita yang berada di sekelilingnya.

Cecair Kekuningan (الصفرة) dan Keruh (الكدرة)

Cecair kekuningan (الصفرة) adalah cecair yang keluar seperti nanah dan kekuningan. Cecair keruh pula seperti air kotor, bukan seperti warna darah.

Soalan: Bagaimana seorang wanita boleh mengetahui kesuciannya?

Jawapan:

1. Kebersiahannya diketahui dengan cecair jernih yang keluar dari rahim ketika berhentinya darah haid.

2. Dengan keringnya faraj. Jika diletakkan sapu tangan, ia dikeluarkan dalam keadaan kering. Maksud kering di sini ialah kering daripada cecair seperti darah, kekuningan dan kekeruhan. Ini kerana kemaluan wanita kebiasaannya tidak sunyi dari keadaan basah.

Kaedah danpersoalan kekuningan dan kekeruhan ini ialah:

1. Kekuningan dan kekeruhan yang keluar pada masa haid dikira sebagai haid. contoh: kebiasaan haid selama lima hari. Dalam salah satu bulan, darah haid datang selama dua hari, kemudian pada hari ketiga datang kekuningan dan kekeruhan, kemudian dua hari yang akhir datang semula darah haid. semua hari-hari ini dikira haid.

2. Kekuningan dan kekeruhan jika bersambung dengan hari-hari haid sebelum bersih darinya, dikira sebagai haid. contoh: darah haid datang selama lima hari. Selepas itu datang kekuningan dan kekeruhan selama dua hari, kemudian datang cecair jernih. Maka haid dikira selama tujuh hari.

3. Kekuningan dan kekeruhan yang datang setelah bersih dari haid tidak dikira. Contoh: tempoh darah haid telah selesai, dan seseorang mendapati dirinya telah bersih dari haid. Selepas itu kelihatan ada cecair kekuningan dan kekeruhan. Cecair ini tidak dikira sebagai haid. sebaliknya dikira sebagai cecair kekuningan dan kekeruhan ini sebagai Istihadah. Hukumnya sama seperti hukum istihadah. Perlu wudhu bila masuk waktu solat, dan perlu basuh kesannya yang kena pakaian. *Perlu beristinjak darinya. Dia tidak dikira haid apabila ada pemisahan antara keduanya dengan jelas.

Kaedah:

الصفرة والكدرة إذا كانت في أثناء زمن الحيض أو متصلة به قبل الطهر تكون حيضا

“Kekuningan dan kekeruhan jika datang ketika masa haid atau bersambungan dengan masa haid sebelum suci ia dikira sebagai haid.”
Ummu ‘Atiyyah r.a. berkata:

كنا لا نعد الصفرة والكدرة بعد الطهر شيئا

Maksudnya: “Kami tidak mengira kekuningan dan kekeruhan yang datang selepas suci daripada haid itu sebagai haid.”[6]

4. Kekuningan dan kekeruhan sebelum keluarnya darah haid atau ia datang ketika masa haid bersama rasa sakit haid atau datang berterusan sebelum darah haid, dikira sebagai darah haid. perinciannya seperti di bawah:

- Kekuningan dan kekeruhan sebelum haid, jika ia terputus-putus bersama rasa sakit haid dikira sebagai haid. contoh: jika kelihatan kekuningan atau kekeruhan dalam tempoh sehari, dua hari atau tiga hari, bersama dengan rasa sakit haid, kemudian datang darah haid, maka tiga hari yang awal sebeluh haid dikira sebagai haid.

- Kekuningan atau kekeruhan sebelum haid jika datang secara terputus-putus tanpa rasa sakit haid dikira sebagai istihadhah.

- Kekuningan dan kekeruhan sebelum haid, jika datang secara berterusan dikira sebagai haid. contoh: jika kelihatan kekuningan atau kekeruhan selama tiga hari secara berterusan, kemudian pada hari keempat datang darah haid. maka tiga hari tersebut dikira sebagai haid.

- Kekuningan dan kekeruhan pada hari pertama haid bersama rasa sakit haid dikira sebagai haid.

5. Keluar lendir bertali nipis dan kehitaman atau kekeruhan pada hari pertama haid bersama dengan rasa sakit haid, dikira sebagai haid dengan syarat ia berterusan tanpa kering. Adapun jika lendir itu datang, kemudian berhenti, ia tidak dikira sebagai haid. ini kerana haid tidak datang kurang dari sehari semalam.

6. Sekiranya telah bersih seperti keluar cecair jernih selepas haid, kemudian datang pula kekuningan dan kekeruhan, kemudian cecair jernih sekali lagi, kemudian datang pula kekuningan dan kekeruhan. Maka cecair jenih yang pertama itu tanda habisnya haid.

7. Jika warna kekuningan dan kekeruhan yang bersambung dengan haid beransur-ansur bertukar warna kepada warna kuning, dia pula berterusan, maka perlu menunggu sehingga keluar cecair jernih dan kering. Adapun kalau perubahan warna ke kuning itu terputus-putus. Tidak dilihat melainkan sekali sahaja dalam sehari contohnya. Cecair jernih pula lewat keluar sehingga tiga hari contohnya. Maka suci dikira ketika melihat pertama kali warna kuning yang terputus itu.

Tambahan:

1. Jika seseorang wanita didatangi haid ketika sudah masuk waktu solat dan dia masih belum menunaikan solat tersebut. Dia perlu mengqadhakan solat itu apabila suci. Demikian juga dia suci, dan waktu solat ketika itu masih berbaki dalam kadar satu rakaat atau lebih. Dia kena tunaikan solat itu berdasarkan hadith:

مَنْ أَدْرَكَ مِنْ الصُّبْحِ رَكْعَةً قَبْلَ أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فَقَدْ أَدْرَكَ الصُّبْحَ ، وَمَنْ أَدْرَكَ رَكْعَةً مِنْ الْعَصْرِ قَبْلَ أَنْ تَغْرُبَ الشَّمْسُ فَقَدْ أَدْرَكَ الْعَصْرَ

Maksudnya: “Sesiapa yang mendapat satu rakaat dari solat subuh, sebelum terbitnya matahari, dia telah mendapat waktu Subuh tersebut, dan sesiapa yang mendapat satu rakaat dari waktu ‘Asar sebelum tenggelamnya matahari, maka dia telah mendapat waktu ‘Asar tersebut.”[7]

2. Seorang suami yang melakukan hubungan jenis dengan isterinya yang dalam keadaan haid dengan sengaja telah melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t. berdasarkan firmanNya di dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 222. Orang yang melakukannya hendaklah beristighfar dan bertaubat kepada Allah s.w.t.. Dia juga hendaklah bersedekah sebanyak satu dinar atau setengah dinar sebagai kafarah daripadanya. Perkara ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan pemilik kitab sunan dengan sanad yang baik daripada Ibn ‘Abbas r.a. Nabi s.a.w. bersabda:

فَيْمَنْ يَأتِي امْرَأَتَهُ وَهِيَ حَائِضٍ : ( يَتَصَدَّقُ بِدِيْنَارٍ أوْ بِنِصْفِ دِيْنَارٍ )

Maksudnya: “Sesiapa yang mendatangi isterinya, sedang isterinya dalam keadaan haid: Hendaklah dia bersedekah satu dinar atau setengah dinar.”

3. Termasuk dalam kepercayaan khurafat wanita yang beranggapan kain tuala wanita yang dipenuhi darah haid, hendaklah terlebih dahulu dibersihkan sebelum dibuang. Kononnya untuk mengelak dari dimakan syaitan dan seumpamanya. Kepercayaan ini adalah karut dan bertentangan dengan apa yang dilakukan di kalangan para wanita di zaman Nabi s.a.w. Abu Sa’id al-Khudriy r.a. bekata:

قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُلْقَى فِيهَا الْحِيَضُ وَلُحُومُ الْكِلَابِ وَالنَّتْنُ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِنَّ الْمَاءَ طَهُورٌ لا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ

Maksudnya: Pernah ditanya kepada Rasulullah s.a.w., apakah kami boleh berwudhu dengan air dari telagan Budha’ah, Iaitu telaga yang tempat dibuang kain tuala wanita (bekas haid), sisa anjing dan kotoran? Nabi s.a.w. menjawab: “Sesungguhnya air itu suci, tidak menajiskannya sesuatupun.”

Kalimah al-Hiyadhu (الحِيَضُ) ialah kalimah plural untuk حِيْضَةٌ ia bermaksud kain yang digunakan untuk menahan darah haid, seperti dijelaskan oleh al-MUbarakfuri ketika mensyarahkan hadith ini. Hadith ini menunjukkan para wanita di zaman Nabi s.a.w. membuang kain tuala wanita dalam keadaan dipenuhi darah, tanpa membasuhnya terlebih dahulu.

Istihadhah dan Perkara yang berkaitan dengannya.

Wanita yang beristihadhah hendaklah mengambil wudhu pada setiap kali waktu solat dan memberisihkan pakaian yang terkenanya.

Permasalahan:

1. Wanita yang menyusukan anak, jika keluar darinya darah yang sedikit, kurang dari sehari semalam. Darah itu adalah darah istihadhah.

2. Seorang wanita yang mengambil pil perancang, dan terlupa untuk memakannya pada salah satu hari, lalu keluar darah kurang dari sehari semalam, atau keluar kekuningan atau kekeruhan, kemudian wanita tersebut ambil semula ubat tersebut, dan darah itu berhenti, maka darah itu adalah istihadhah. Adapun jika darah itu berterusan keluar selama sehari semalam atau lebih ia adalah darah haid.

3. Seorang wanita yang mengambil pil perancang. Selepas seminggu atau sepuluh hari dari hari mula mengambilnya, kemudian dia berhenti dari mengambil umat, lalu darah keluar, ia dikira darah haid.

4. Jika mengambil pil perancang atau pil elak datang haid untuk haji atau puasa, namun disebabkan cuaca yang terlalu panas atau seumpamanya seperti berjalan atau berada dalam suasana tertekan, keluar kekuningan atau kekeruhan, ia dikira istihadhah.

5. Jika dalam keadaan memaksa diri melakukan sesuatu, atau mengangkat sesuatu yang berat atau menaiki kenderaan yang tidak selesa dan menyukarkan, atau memakan sesuatu herba, kemudian keluar darah pada bukan waktu haid, dan darah itu tidak memiliki cirri-ciri darah haid samaada warna dan baunya, ia dikira istihadhah.

Perhatian:

1. Keputihan dan kekuningan yang keluar dari rahim bukan pada waktu haid adalah suci, tidak perlu wudhu dan basuk kesannya yang kena pada pakaian, ia sama seperti cecair atau kotoran telingan, hidung dan mata.

2. Angin yang keluar dari qubul wanita tidak membatalkan wudhu.
Nifas dan persoalan sekitarnya
Nifas ialah darah yang keluar setelah kosongnya rahim. Iaitu setelah anak yang dikandung dilahirkan.

1. Darah yang keluar beserta dengan rasa sakit hendak melahirkan anak (الْمَخَاض / الطَلْق) sebelum kelahiran sehari atau dua hari dikira sebagai darah nifas. Tak perlu solat dan puasa.

2. Keluar air jernih (putih) yang keluar sebelum kelahiran, samaada disertai dengan rasa sakit hendak bersalin ataupun tidak. Tidak dikira darah nifas. Sebaliknya hukumnya sama dengan hukum kekuningan dan kekeruhan. perlu wudhu dan basuh kesannya yang kena pakaian dan perlu solat sekadar yang mampu. Jika tak mampu berwudhu, boleh tayammum.

3. Jika berlaku keguguran:

1. Jika janin telah membentuk dan umurnya lapan puluh satu hari (81) atau lebih, maka darah yang keluar dikira nifas.

2. Jika janin kurang dari lapan puluh satu hari dan belum membentuk. Darah yang keluar dikira darah fasad yang sama hukumnya dengan istihadhah.

3. Jika seorang ibu keguguran dan timpuh hamilnya 81 hari. Akan tetapi janin telah mati di dalam kandungan semenjak dua minggu dan belum membentuk. Darah yang keluar adalah darah fasad. Hukumnya sama dengan istihadhah.

*yang dijadikan panduan ialah janin itu telah membentuk (setelah 81 hari). Iaitu setelah zahir tangannya atau bentuk kepalanya, atau tangannya telah membentuk dari darah yang telah berketul.

Tempoh suci daripada nifas:

1. Tempoh paling lama ialah 40 hari. Lebih dari itu dikira istihadhah. Ini adalah pandangan kebanyakan ulama terdiri: Mazhab Hanafi, Ahmad berdasarkan riwayat yang masyhur, al-Tirmizi mendakwa ini juga pandangan Sufyan, Ibn al-Mubarak, Ishak dan kebanyakan ulama.

Namun pandangan mazhab Malik, al-Syafie dan Ahmad dalam satu riwayat yang lain sebanyak 60 hari.

Al-Hasan al-Basri pula berkata antara 40 – 50 hari. Kalau lebih ia dikira Istihadhah.

Ada juga pandangan yang lain. Semua pandangan ini adalah ijtihad, tidak ada satupun dalil yang sahih dan jelas dalam masalah ini melainkan pandangan mazhab yang pertama. Dalil tersebut thabit dari Ibn ‘Abbas r.a.:

النُفَسَاءُ تَنْتَظِرُ نَحْواً مِنْ أرْبَعِيْنَ يَوْماً

Maksudnya: “Wanita yang mengalami darah nifas, menunggu sesehingga lebih kurang 40 hari.”[8]

Juga riwayat daripada Massah al-Azdiyyah daripada Ummu Slamah (isteri Nabi s.a.w.) katanya:

عَنْ عَلِيِّ بْنِ عَبْدِ الْأَعْلَى عَنْ أَبِي سَهْلٍ وَاسْمُهُ كَثِيرُ بْن زِيَادٍ عَنْ مَسَّةَ الْأَزْدِيَّةِ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ: كَانَتْ النُّفَسَاءُ تَجْلِسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا وَكُنَّا نَطْلِي وُجُوهَنَا بِالْوَرْسِ مِنْ الْكَلَفِ

Maksudnya: “Dahulunya wanita yang mengalami darah nifas di zaman Rasulullah s.a.w. menunggu selama 40 hari… [9]

2. Kalau darah kering sebelum 40 hari, kena mandi, kemudian solat dan puasa.

3. Kalau darah kering sebelum 40 hari, kemudian wanita itu mandi, solat dan puasa, kemudian darah datang semula sebelum sempurna 40 hari. Maka darah itu darah nifas. Ibadah yang dilakukan sebelum itu dikira sah.

4. Kalau kering sebelum 40 hari, kemudian dia mandi, solat dan puasa. Kemudian datang kekuningan dan kekeruhan, belum sempurna 40 hari. Hukumnya adalah istihadhah.

5. Jika didapati kekuningan dan kekeruhan bersambungan dengan darah nifas, dan belum sempurna 40 hari. Ia dikira nifas.

6. Jika selepas nifas 40 hari, keluar darah pada waktu haid, warna dan baunya haid. dikira darah haid.

7. Sempurna 40 hari malam dan siang. Contoh seorang wanita melahirkan anak pada pukul 12 tgh. Selepas 40 hari ketika jam 12 tgh dia dikira telah sempurna 40 hari dan dikira suci.

Tambahan:

1. Jika lahir tidak keluar darah. Ulama berbeza pandangan perlu mandi atau tidak.

- Mazhab Malikiah dan Hanabilah: tak perlu mandi kerana darah tak keluar.[10] Juga pandangan ‘Uthaimin. (al-Syarh al-Mumti’ 1/281)

- Mazhab al-syafi’iyah: wajib mandi. Juga al-lujnah al-Daimah lil ifta’ (5/421)

2. Nifas tidak ada had paling sedikit.

Darah yang keluar dari wanita yang berumur lebih 50 tahun:

1. Jika darah datang seperti kebiasaan dan setiap bulan ia dikira haid.

2. Jika wanita yang telah menjangkau umur 50, haidnya datang setiap dua atau tiga bulan, sehingga umurnya 55 tahun. Ia dikiran haid. selepas dari itu asalnya dikira haid akan tetapi perlu dilakukan pemeriksaan bimbang ada bengkakan (tumor) di dalam rahim.

3. Jika darah berhenti beberapa bulan atau setahun, kemudian datang semula seperti wanita yang berhaid. Ia dikiran haid.

4. Jika darah datang tidak teratur, datang dalam tempuh yang saling berjauhan, empat atau enam bulan sebagai contoh, dan warnanya berbeza dengan warna darah haid, Ia dikira istihadhah.

5. Jika darah tidak teratur, datang dalam tempuh yang saling berjauhan, empat atau enam bulan sebagai contoh, dan warna dan baunya sama dgn haid, ia dikira haid.

6. Jika darah berhenti dari seorang wanita yang berumur lebih 50 tahun. Kemudian wanita itu mengambil ubat sakit tulang, lalu darah keluar semula dalam bentuk teratur. Darah ini dikira darah fasad, sama dengan istihadha.

Mandi. Iaitu mandi janabah terbahagi kepada dua:

i. Mandi yang memadai (صفة واجب): Iaitu melakukan perkara-perkara wajib mandi sahaja tanpa melakukan perkara-perkara sunat mandi. Perkara wajib yang dimaksudkan ialah niat dan meratakan air keseluruh badan termasuk al-Isytinsyaq dan al-Madhmadhoh, sebagai mematuhi perintah Allah s.w.t.:

وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا

Maksudnya: “Dan jika kamu semua berada dalam keadaan junub, maka bersucilah.” (al-Maidah:6)

ii. Mandi yang sempurna (صفة كاملة): Mandi sepertimana yang dilakukan olen Nabi s.a.w. Memulakan mandian dengan membasuh kedua belah tangan, kemudian membasuh kemaluan dengan tangan kiri, kemudian mengambil wudhu sama seperti wudhu untuk menunaikan solat, kemudian membasuh kepala tiga kali, kemudian membasuh keseluruhan badan.[11]

Tidak ada perbezaan antara mandi janabah dan mandi disebabkan suci daripada Haid melainkan disunatkan berlebihan membersihkan rambut ketika mandi disebabkan Haid berbanding mandi janabah. Disunatkan juga menggunakan wangian di bahagian keluar darah untuk menghilangkan baunya. ‘Aisyah r.a. meriwayatkan:

أَنَّ أَسْمَاءَ رضي الله عنه سَأَلَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ غُسْلِ الْمَحِيضِ فَقَالَ : ( تَأْخُذُ إِحْدَاكُنَّ مَاءَهَا وَسِدْرَتَهَا ، فَتَطَهَّرُ فَتُحْسِنُ الطُّهُورَ ، ثُمَّ تَصُبُّ عَلَى رَأْسِهَا فَتَدْلُكُهُ دَلْكًا شَدِيدًا ، حَتَّى تَبْلُغَ شُؤُونَ رَأْسِهَا ، ثُمَّ تَصُبُّ عَلَيْهَا الْمَاءَ ، ثُمَّ تَأْخُذُ فِرْصَةً مُمَسَّكَةً فَتَطَهَّرُ بِهَا ، فَقَالَتْ أَسْمَاءُ : وَكَيْفَ تَطَهَّرُ بِهَا ؟ فَقَالَ : سُبْحَانَ اللَّهِ ! تَطَهَّرِينَ بِهَا ! فَقَالَتْ عَائِشَةُ كَأَنَّهَا تُخْفِي ذَلِكَ : تَتَبَّعِينَ أَثَرَ الدَّمِ وَسَأَلَتْهُ عَنْ غُسْلِ الْجَنَابَةِ ، فَقَالَ : تَأْخُذُ مَاءً فَتَطَهَّرُ فَتُحْسِنُ الطُّهُورَ ، ثُمَّ تَصُبُّ عَلَى رَأْسِهَا فَتَدْلُكُهُ حَتَّى تَبْلُغَ شُؤُونَ رَأْسِهَا، ثُمَّ تُفِيضُ عَلَيْهَا الْمَاءَ. فَقَالَتْ عَائِشَةُ : نِعْمَ النِّسَاءُ نِسَاءُ الْأَنْصَارِ ، لَمْ يَكُنْ يَمْنَعُهُنَّ الْحَيَاءُ أَنْ يَتَفَقَّهْنَ فِي الدِّينِ

Maksudnya: “Bahawa Asma r.a. pernah bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang mandi disebabkan Haid. Baginda menjawab: “Seseorang wanita menggunakan air dan daud bidara, lalu dia bersuci dan memperelokkan cucian, kemudian dia menuangkan air ke atas kepalanya dan menggosok kepalanya dengan gosokan yang bersungguh, sehingga basuhannya sampai ke pangkal rambutnya, kemudian dia menuangkan air (keseluruhan tubuhnya), kemudian dia menggunakan keratan kain yang diletakkan wangian dan dia bersuci dengannya.” Asma bertanya: “Bagaimana dia hendak bersuci dengannya keratan kain itu?” baginda menjawab: “Subhanallah!, dia bersucilah dengan kain itu.” Lalu ‘Aisyah menjelaskan dengan berbisik: “Bersihkan kain itu di tempat kesan darah (faraj). Kemudian Asma bertanya lagi tentang mandi janabah. Baginda menjawab: “Gunakan air untuk bersuci dan perelokkan cucian, kemudian tuangkan air di atas kepalanya dan menggosoknya sehingga sampai ke pangkal rambut, kemudian dia tuangkan air ke seluruh tubuh badannya.” ‘Aisyah berkata: “Sebaik-baik wanita adalah wanita Ansar, malu tidak menghalang mereka dari mempelajari agama.”[12]

Sunat membaca basmallah di permulaan wudhu dan mandian di sisi kebanyakan ulama. Sedang al-Hanabilah berpandangan wajib. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin berkata:

Maksudnya: “Membaca bismillah (untuk mandi janabah) berdasarkan mazhab (hambali) adalah wajib sama seperti wudhu, akan tetapi tidak ada nas yang menunjukkannya, akan tetapi para ulama Hambali berkata: Wajib membaca bismillah ketika wudhu, maka ketika mandi adalah lebih patut menjadi wajib disebabkan ia berupa toharah yang lebih besar.”[13]

Adapun al-Madmadhah dan al-Isytinsyaq adalah wajib di lakukan ketika mandi dan wudhu di sisi mazhab Ahmad bahkan keduanya merupakan syarat sah. Manakala mazhab al-Syafie berpandangan sunat ketika mandi dan wudhu. Mazhab Hanafi berpandangan wajib ketika mandi dan sunat ketika wudhu. Satu riwayat dari Imam Ahmad mengatakan al-Isytinsyaq itu wajib di dalam wudhu dan mandi, manakala al-Madmadhah tidak wajib.[14]

Wanita yang menderitai penyakit keguguran rambut. Dia perlu bertayammum dan mandi pada baki badan lainnya. Kalau boleh sapu rambut dia sapu dan tayammum.

Khitan Wanita:

Kata Ibn Qudamah:

فأما الختان فواجب على الرجال ومكرمة في حقّ النساء وليس بواجب عليهن ، هذا قول كثير من أهل العلم . قال ( الإمام ) أحمد : الرّجل أشدّ .. والمرأة أهون

Maksudnya: “Adapun khitan, wajib ke atas orang lelaki, suatu kemuliaan terhadap orang wanita, bukanlah wajib ke atas mereka (wanita). Inilah pandangan kebanyakan para ulama. Imam Ahmad berkata: “Bagi lelaki (khitan itu) lebih diberatkan… manakala wanita (hukumnya) lebih ringan.”[15]

ويكون ختان الأنثى بقطع شيء من الجلدة التي كعرف الديك فوق مخرج البول ، والسنّة أن لا تُقطع كلّها بل جزء منها.

Maksudnya: “Khitan untuk wanita adalah dengan memotong sedikit daripada kulit seperti jambul ayam jantan, yang berada di atas tempat keluar air kecil. Berdasarkan sunnah tidak dipotong keseluruhannya, sebaliknya sebahagian (kecil) sahaja.”[16]

Muntah/Muak Bayi

Ulama berbeza pandangan dalam masaalah muntah. Secara umumnya ulama berpendapat muntah yang telah berubah sifat bahan makanannya dikira sebagai najis. Bahkan al-Imam al-Nawawi mendakwa perkara ini sebagai ijmak. Jika tidak berubah, sebahagian ulama tetap menganggapnya sebagai najis, manakala al-Malikiyah membezakan muntah yang telah diproses oleh perut adalah najis, manakala yang masih belum diproses oleh perut tidak najis.[17]
Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata:

ريق المولود ولعابه من المسائل التي تعم بها البلوى ، وقد علم الشارع أن الطفل يقيء كثيراً ، ولا يمكن غسل فمه ، ولا يزال ريقه يسيل على من يربيه ، ولم يأمر الشارع بغسل الثياب من ذلك ، ولا منع من الصلاة فيها ، ولا أمر بالتحرز من ريق الطفل ، فقالت طائفة من الفقهاء : هذا من النجاسة التي يعفى عنها للمشقة والحاجة كطين الشوارع ، والنجاسة بعد الاستجمار ، ونجاسة أسفل الخف والحذاء بعد دلكهما بالأرض ... بل ريق الطفل يطهر فمه للحاجة ، كما كان ريق الهرة مطهراً لفمها ، ويستدل لذلك بما ورد عن أبي قتادة رضي الله عنه ( أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يصغي الإناء إلى الهر حتى يشرب ، ثم يتوضأ بفضله )

Maksudnya: “Muntah dan air liur bayi terdalam permasalahan yang dikategorikan sebagai Umum al-Balwa. Pembuat syariat mengetahui bahawa bayi sering muntah, perkara ini tidak memungkinkan kita membasuh mulutnya, dan air liurnya sentiasa mengalir dan kena kepada orang yang mengasuhnya. Oleh itu pembuat syariat tidak menyuruh membasuh pakaian dari perkara ini, dan tidak mengapa solat dengannya, dan tidak menyuruh membebaskan diri dari air liur bayi. Sekumpulan fuqaha berkata: “Ia termasuk najis yang dimaafkan disebabkan masyaqqah dan keperluan seperti tanah jalanan, demikian juga najis yang tidak dapat dibuang selepas istinjak dengan batu (atau seumpamanya), dan najis di bahagian bawah khuf dan kasut setelah digosok ke tanah.”[18]

Sentuh Mashaf bagi wanita yang haid

Ulama berbeza pandangan, Majority ulama melarang. Dan sebahagian yang lain membenarkan. Untuk keluar daripada khilaf dicadangkan wanita yang haid membaca al-Quran melalui kitab-kitab tafsir, atau menyentuhnya dengan berlapik. Wallahu a’lam.
Adapun membaca ayat al-Quran tanpa menyentuh mashaf, samaada dari hafalan atau telefon bimbit pandangan yang kuat adalah boleh.

[1] Al-Fiqh al-Manhaji
[2] Qawaid wa Masail fi
Toharah al-Marah al-Muslimah.
[3] Inilah juga pandangan Mazhab al-Syafie. Sila lihat Minhaj al-Tolibin, jld: 1, hal: 132
[4] H.R. Imam Ahmad. Khulasah al-Badr al-Munir 1/77. Darjah hadith: Hasan. http://www.dorar.net/

[5] Inilah juga pandangan Mazhab al-Syafie. lihat al-Minhaj, jid: 1, hal: 132
[6] H.R. al-Nasaie disahihkan oleh al-Albani di dalam sahih sunan al-Nasaie.
[7] H.R. al-Bukhari (579) dan Muslim (607). Lihat Majmu’ Fatawa wa Rasail oleh Ibn al-‘Uthaimin 11/276
[8] Riwayat Ibn al-Jarud di dalam al-Muntaqa.
[9] Riwayat al-Khamsah melainkan al-Nasaie. Al-Imam al-Bukhari berkata: “’Ali bin ‘Abd al-A’la seorang yang thiqah, dan Abu Sahl juga seorang yang thiqah.” Abu Sahl juga dithiqahkan oleh Ibn Ma’in. tetapi Massah al-Azdiyyah seorang yang Majhul al-Hal. Utk lebih terperrinci lihat Nail al-Awthar oleh al-Syaukani. Cet: Dar al-Hadith, thn: 1413H, jld: 1, hal: 351. Para ulama berbeza pandangan tentang sanad hadith ini. Ibn al-Qattan melemahkannya di dalam Bayan al-Wahm wa al-Iham. Akan tetapi disahihkan oleh al-Hakm dan di Hasankan oleh al-Nawawi. Ibn ‘Abd al-Barr r.h. di dalam al-Istizkar berkata: “Tidak ada dalam pesoalan paling lama nifas suatu yang boleh diikuti dan ditaklid meliankan yang berkata 40 hari. Ini kerana mereka adalah para sahabat Nabi s.a.w., dan tidak ada yang berbeza dengan pendapat ini sesiap dari kalangan mereka. Dan semua pendapat yang datang selain dari para sahabat, di sisi kami tidak boleh berbeza dengan mereka, kerana ijma’ sahabat adalah hujjah bagi generasi selepas mereka…”
[10] Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 15/41
[11] Lihat Fatawa Arkan al-Islam oleh al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin, hal: 248
[12] H.R. Muslim. Al-Qadhi berpandangan cucian pertama yang disebut oleh Nabi s.a.w. ialah cucian untuk menghilangkan najis yang ada di badan atau kesan darah haid yang masih melekat. Namun al-Nawawi berpandangan cucian pertama itu adalah mengambil wudhu. Sila lihat Syarh Muslim oleh al-Nawawi.
[13] Al-Syarh al-Mumti’
[14] Sila lihat al-Majmu’ oleh al-Nawawi, 1/400
[15] Al-Mughniy 1/70
[16] Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 19/28
[17] Fatwa laman islamweb.net/
[18] al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, jld: 39, hal: 350

Pentingnya Ilmu dalam Alam Pernikahan...

Penulis: Ida & Ummu Ishaq Zulfa Husein

Disunting oleh:Ummu Syauqina Nurharyati Husna

Pernikahan adalah hal yang fitrah….. didambakan oleh setiap orang yang normal, baik itu laki-laki maupun perempuan yang sudah baligh. Dan disyariatkan oleh Islam, sebagai amalan sunnah bagi yang melaksanakannya.

Allah Subhaanahu wa Ta’ala menciptakan manusia dengan rasa saling tertarik kepada lawan jenis dan saling membutuhkan, sehingga dengan itu saling mengasihi dan mencintai untuk mendapatkan ketenangan dan keturunan dalam kehidupannya. Bahkan pernikahan adalah merupakan rangkaian ibadah kepada Allah Subhaanahu wa Ta’ala yang di dalamnya banyak terdapat keutamaan dan pahala besar yang diraih oleh pasangan tersebut.

Walaupun demikian, banyak kita jumpai pada saudara-saudarai kita tealah salah menilai suatu pernikahan, bahkan di kalangan mereka tidak mengerti ilmu sekalipun.Langkah awal melakukan pernikahan didasari karena ingin lari dari suatu problem yang sedang dialami. Sebagai contoh kasus dibawah ini:

Fulanah adalah seorang muslimah, yang sudah mengkaji ilmu dien. Ia mempunyai konflik yang cukup berat dengan orang tuanya, mungkin dengan sedikitnya ilmu maka ia kurang bisa dalam bermuamalah dengan orang tuanya, atau mungkin juga karena kurang fahamnya tentang bagaimana pengalaman daripada Birrul-walidain (Berbakti kepada kedua orang tua-ed). Masalahnya ia akan dijodohkan dengan lelaki pilihan orang tuanya yang menurutnya tidak sepaham dalam hal manhaj (pemahaman).

Alasan ini adalah terpuji di dalam Islam, namun cara pendekatan dan cara menolak kepada orang tuanya yang mungkinkurang baik. Kedua orang tuanya mendesak terus agar dia menerima lelaki yang dianggap tepat untuk pasangan hidup anaknya. Fulanah sangat bingung, apalagi orangtuanya mulai mengancam dengan berbagai ancaman. Kebingungannya itu, ia kemukakan kepada salah seorang teman perempuannya sepengajian yang sudah nikah. Temannya itu pun dengan spontan menyarankan supaya dia menikah dengan teman suaminya. Fulanah dengan senang hati menerima usulan tersebut, sejuta harapan yang indah …. bayangkan !

Ia akan terbebas dari problem yang sedang ia hadapi dan dapat menjadi isteri seseorang yang sefaham dengannya nanti … boleh mengaji sama-sama,boleh mengamalkan ilmu sama-sama. Lelaki yang dimaksudpun akhirnya merasa hiba setelah mendengar cerita tentang keistiqomahan Fulanah. Dia beranggapan bahwa Fulanah lebih perlu ditolong, sekalipun cita-citanya yang menjadi taruhannya. Sebenarnya ia belum siap untuk menikah, karena sedang menimba ilmu dien bahkan baru mulai merasakan lazatnya menimba ilmu.

Singkat cerita akhirnya dengan izin Allah menikahlah mereka. Orang tuanya yang tadinya bersikap keras, mengizinkan dengan ketulusan hati seorang bapak kepada puerinya, demi kebaikan anaknya. Pernikahan berlangsung dengan disaksikan oleh kedua orangtua Fulanah dan teman-temannya.

Mulanya pasangan ini kelihatan bahagia. Dengan seribu cita-cita dan angan-angan. Fulanah ingin membentuk rumah tangga yang Islami bersama suami yang akan selalu membimbing dia dan akan selalu bersama disampingnya.

Hari-hari terus berjalan sebulan-dua bulan…, mereka mulai mengetahui kelemahan masing-masing, dan mulailah timbul perasaan kecewa di hati mereka, harapan dan cita-cita tidak sesuai dengan kenyataan. Si isteri kurang mengetahui tentang hal-hal yang harus dia lakukan, misalnya ketika suami pulang dari luar rumah; dia berpenampilan seadanya, bahkan terkesan kusut dan tidak menarik.

Mungkin dia menganggap suaminya orang baik yang tidak perlu memandang wanita yang berpenampilan indah dan menarik. Ini hanya satu contoh dan masih banyak hal lagi yang membuat suami kecewa. Sang suami yang sudah pernah merasakan lazatnya menimba ilmu, ingin kembali sibuk dalam majlis ilmu. Baginya duduk bersama teman-teman semajlis ilmu lebih mengasyikkan dari pada duduk bersama isteri yang “menjenuhkan”.

Fulanah yang masih kurang ilmu diennya, menilai bahwa suaminya telah menelantarkannya. Fulanah merasa tertekan melihat tingkah laku suaminya yang demikian. Tak tahu harus berbuat apa.Dia memang kurang mempunyai bekal ilmu untuk menghadapi pernikahan. Konflik rumah tangga pun terjadi. Ternyata konflik dengan orang tuanya yang dulu, lebih ringan rasanya dibanding dengan konfliknya yang sekarang. Kalau sudah seperti ini …. apa yang ingin ia lakukan? Cerai … dan kembali ke orang tua ? …. wal’iyadzubillah, bukan hal yang mudah !

Sesungguhnya kes yang terjadi di atas banyak kita jumpai di kalangan muslim dan muslimah yang tanpa pikir panjang dan tanpa persiapan apa-apa dalam langkahnya menuju nikah. Bahkan ada problem rumah tangga yang lebih parah lagi akibat dari pernikahan yang tanpa dilandasi oleh ilmu dien, amalan dan ketaqwaan.

Misalnya ada kemaksiatan yang terjadi di dalam rumah tangga tersebut ; suami menyeleweng atau sebaliknya, yang membuat rumah tangga menjadi sering bermasalah. Nikah yang katanya untuk mendapatkan kebahagiaan dan ketenangan serta untuk mewujudkan cita-cita yang indah dan mulia, menjadi sebaliknya. Akhirnya keluarga dan anak-anak yang akan jadi korban kecerobohan kerana faktor ketergesaan.

Memang untuk mendapatkan keluarga sakinah seperti yang dicita-citakan setiap muslim dan muslimah, tidak semudah yang dibayangkan. Ternyata pemahaman ilmu dien yang cukup dari masing-masing pihak memegang peran penting untuk mewujudkan cita-cita tersebut, mengingat dalam rumah tangga banyak permasalahan yang akan timbul. Seperti bagaimana memenuhi hak dan kewajiban suami-istri, apa tugas masing-masing dan bagaimana cara mendidik anak. Bagaimana mungkin jika tidak kita persiapkan sebelumnya? Disinilah salah satu hikmah diwajibkannya bagi setiap muslim untuk mencari ilmu.

Pentingnya Ilmu

Menuntut ilmu wajib bagi setiap muslim. Hal ini sesuai dengan hadits Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh sekelompok shahabat di antaranya Anas bin Malik radiyallahu ‘anhu :

“Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim”
(HR. Ahmad dalam Al’Ilal, berkata Al Hafidz Al Mizzi; hadits hasan. Lihat Jami’ Bayan Al-Ilmi wa Fadhlihi, ta’lif Ibnu Abdil Baar, tahqiq Abi Al Asybal Az Zuhri, yang membahas panjang lebar tentang derajat hadits ini)

Ilmu yang demaksud di atas adalah ilmu dien yaitu pengenalan petunjuk dengan dalilnya yang memberi manfaat bagi siapa pun yang mengenalnya.

Kita harus berilmu agar selamat hidup di dunia dan di akhirat. Karena dengan berilmu kita akan tahu mana yang diperintahkan oleh Allah Shallallaahu ‘alaihi wasallam dan mana yang dilarang, atau mana yang disunnahkan oleh Rasul-Nya dan mana yang tidak sesuai dengan sunnah (bid’ah).

Dengan ilmu kita tahu tentang hukum halal dan haram, kita mengetahui makna kehidupan dunia ini dan kehidupan setelah kematian yaitu alam kubur, kita tahu kedahsyatan Mahsyar dan keadaan hari kiamat serta kenikmatan jannah dan kengerian neraka, dan lain sebagainya.

Dengan ilmu dapat mendatangkan rasa takut kepada Allah Ta’ala, karena sungguh Dia Yang Maha Mulia telah berfirman :

“Sesungghnya yang paling takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya adalah orang yang berilmu (ulama).” (QS. Fathir : 28)

Dengan rasa takut kepada Allah ta’ala amalan yang kita lakukan ada pengawalnya, dibenci atau diridhai oleh Allah ta’ala.

Imam Ahmad berkata :
“Asalnya ilmu adalah takut (takwa) kepada Allah Ta’ala” (Lihat Hilyah Thalibul ‘Ilmi, ta’lif Bakr bin Abdillah Abu Zaid, hal. 13)

Orang yang berilmu akan tahu betapa berat siksa Allah sehingga ia takut berbuat maksiat kepada Allah. Ilmu juga membuat orang tahu betapa besar rahmat Allah Ta’ala sehingga dalam beramal ia selalu mengharap ridha-Nya semata.

Perlu diingat bahwa bukanlah yang dimaksud dengan orang berilmu itu adalah orang yang memiliki banyak kitab atau riwayat yang diketahui, tapi yang dinamakan berilmu apabila orang tersebut memahami apa yang disampaikan kepadanya dari ilmu-ilmu tersebut dan mengamalkannya. (Lihat Syarhus Sunnah oleh Al Imam Al Barbahari)

Ilmu merupakan ubat bagi hati yang sakit dan merupakan hal yang paling penting bagi setiap manusia setelah mengenal diennya. Sehingga dengan mengenal ilmu dan mengamalkannya akan menjadi sebab bagi setiap hamba untuk masuk jannah-Nya Allah Ta’ala dan bila jahil terhadap ilmu bisa menyebabkan ia masuk neraka.

Ilmu adalah warisan dari para Nabi dan merupakan cahaya hati, setinggi-tinggi derajatnya di antara manusia dan sedekatnya-sedekatNya manusia kepada-Nya. Sebagaimana firman Allah ta’ala :

“… Niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat….” (Al Mujaadilah : 11)

Kebutuhan seorang hamba akan ilmu dien ini, melebihi kebutuhan akan makan dan minum sampai digambarkan bahwa kebutuhan ilmu itu sama seperti manusia membutuhkan udara untuk bernafas.

Ilmu Sebagai Landasan Untuk Membentuk Rumah Tangga

Kerana nikah merupakan amalan yang sangat mulia di sisi Allah Subhaanahu wa Ta’ala dan merupakan rangkaian dari ibadah, maka menikah dalam Islam bukan hanya untuk bersenang-senang atau mencari kepuasan kebutuhan biologis semata. Akan tetapi seharusnyalah pernikahan dilakukan untuk menimba masyarakat kecil yang shalih yaitu rumah tangga dan masyarakat luas yang shalih pula sesuai dengan Al-Qur’an dan As Sunnah menurut pemahaman As Shalafus Shalih.

Perlu diketahui bahwa sesungguhnya pasangan suami isteri dalam kehidupan berumah tangga akan menghadapi banyak problem dan untuk mengatasinya perlu ilmu. Dengan ilmu, pasangan suami istri tahu apa tujuan yang akan dicapai dalam sebuah pernikahan yaitu untuk beribadah kepada Allah Subhaanahu wa Ta’ala, dan dalam rangka mencari ridha-Nya semata.

Di samping itu juga dengan ilmu sepasang suami-istri sama-sama mengetahui hak dan kewajibannya. Sehingga jalannya bahtera rumah tangga akan harmonis dan baik.

Suami dan isteri juga diamanahi Rabb-Nya untuk mendidik anak keturunannya agar menjadi generasi Rabbani yang tunduk pada Al Qur’an dan As Sunnah sesuai dengan pemahaman salaful ummah. Agar keturunan yang terlahir dari pernikahan tersebut tumbuh di atas dasar pemahaman, dasar-dasar pendidikan imand dan ajaran Islam sejak kecil sampai dewasanya. Sungguh … ini merupakan tugas yang berat dan tentu saja memerlukan ilmu.

Dari sinilah terlihat betapa pentingnya ilmu sebagai bekal bagi kehidupan rumah tangga muslim.

Tarbiyah Dalam Rumah Tangga

Dalam rumah tangga, suami merupakan tonggak keluarganya, pemimpin yang menegakkan urusan anak dan istrinya.

Allah Subhaanahu wa Ta’ala berfirman :

“Kaum laki-laki itu adalah pemipin bagi kaum wanita …” (An Nisaa : 34)

salah satu tugas suami sebagai qawwam adalah meluruskan keluarganya dari penyimpangan terhadap al-haq dan mengenalkan al-haq itu sendiri. Seharusnyalah seorang suami menyediakan waktunya yang terdiri dari 24 jam untuk mentarbiyah keluarganya yang dimulai dengan istri untuk dipersiapkan sebagai madrasah bagi keturunannya. Tumbuhkan kecintaan terhadap ilmu di hati istri (syukur kalau memang sejak sebelum nikah si isteri sudah mencintai ilmu) agar kelak ia dapat mendidik anak-anaknya untuk mencintai ilmu dan beramal dengannya.

Walaupun Islam telah menetapkan bahwa memberikan pengajaran, mendidik dan mengarahkan isteri merupakan salah satu kewajiban suami namun sangat disayangkan masih banyak kita jumpai suami yang melalaikan dan menggampangkan hal ini. Atau si suami merasa cukup dengan pengetahuan dien yang minim dari sang isteri sehingga menganggap tidak perlu menyediakan waktu untuk mendidik dan memberikan nasihat.

Mungkin masalah ini seperti ini tidak hanya kita jumpai di kalangan orang yang awam bahkan di kalangan du’at (para da’i). Kita lihat mereka sibuk mengurusi da’wah di luar rumah, sementara isterinya di rumah tidak sempat didakwahi. Akibatnya si isteri tidak memahami thaharah yang benar, shalat yang sesuai sunnah, mana tauhid mana syirik dan lain-lain (mungkin kalau si isteri sebelum menikah sudah mempunyai ilmu, hal tersebut tidak menjadi masalah, tapi bagaimana kalau istrinya masih jahil ?) Sungguh hal ini perlu menjadi perhatian bagi para suami.

Allah Subhaanahu wa Ta’ala berfirman :

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu ….” (QS. At-Tahrim : 6)

Berkata Imam Ali Radiyallahu ‘anhu juga Mujahid dan Qatadah dalam menafsirkan ayat diatas: “Jaga diri kalian dengan amal-amal kalian dan jaga keluarga kalian dengan nasehat kalian”

Dan sesungguhnya penjagaan itu tidak akan sempurna kecuali dengan iman dan amal yang baik setelah berupaya menjauhi syirik dan perbuatan maksiat. Semuanya ini menuntut adanya ilmu dan persiapan diri untuk mengamalkan apa yang telah diketahui (Lihat Aysaru At-Tafasir li Kalami Al-’Aliyul Kabir juz 5, hal. 387, ta’lif Abu Bakar Jabir Al Jazairi)

Berkata Imam Al Qurthubi dalam tafsirnya: “Karena itu wajib bagi kaum laki-laki (suami) untuk memperbaiki dirinya dengan ketaatan dan memperbaiki isterinya dengan perbaikan seorang pemimpin atas apa yang dipimpinnya. Dalam hadits yang shahih Nabi Shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan ditanyai tentang apa yang dipimpinnya. Imam merupakan pemimpin manusia dan ia akan ditanyai tentangnya dan laki-laki (suami) adalah pemimpin keluarganya dan akan ditanyai tentangnya.”

Al Qusyairi menyebutkan dari Umar Radiyallahu ‘anhu yang berkata tatkala turun ayat dalam surat At Tahrim di atas: “Wahai Rasulullah, kami menjaga diri kami, maka bagaimanakah cara kami untuk menjaga keluarga kami ?” Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Kalian larang mereka dari apa-apa yang Allah larang pada kalian untuk melakukannya dan perintahkan mereka dengan apa yang Allah perintahkan.”

Berkata Muqatil: “Yang demikian itu wajib atasnya untuk dirinya sendiri, anaknya, istrinya, budak laki-laki dan perempuannya.”

Berkata Al-Kiyaa: “Maka wajib atas kita untuk mengajari anak dan istri kita akan ilmu agama, kebaikan serta adab.” (Lihat Tafsir Al Qurthubi juz 8, hal. 6674-6675).

Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam sebagai teladan yang termulia menyempatkan waktu untuk mengajari isterinya sehingga kita bisa mendengar atau membaca bagaimana kefaqihan ummul mu’minin ‘Aisyah Radiyallahu ‘anha.

Para shahabat beliau Radiyallahu ‘anhum, tatkala tatkala turun ayat ke 31 surat An Nur :

… Dan hendaklah mereka (wanita yang beriman) menutupkan kain kudung ke dadanya … (An Nur : 31)

Mereka pulang menemui iseri-isterinya dan membacakan firman Allah di atas, maka bersegeralah isteri-isteri mereka melaksanakan apa yang Allah perintahkan (Lihat Tafsir Ibnu Katsir, juz 3 hal. 284)

Ini merupakan contoh bagaimana suami menyampaikan kembali kepada isterinya dari ilmu yang telah didapatkannya di majlis ilmu, sudah seharusnya menjadi panutan bagi kita.

Sebagai penutup, kami himbau kepada mereka yang ingin menikah atau sudah menikah agar tidak mengabaikan ilmu, dan berupaya memilih pasangan yang cinta akan ilmu agar kelak anak turunan juga dididik dalam suasana kecintaan akan ilmu.

Wallahu a’lam

Sumber : Muslimah/Edisi XVII/Muharram/1418/1997