Salah guna istilah salafi..Arus tajdid wajar membantah kelompok yang menyalahgunakan nama Salafi sedangkan dalam masa yang sama kerja mereka adalah mencerca secara tidak seimbang tokoh-tokoh penyumbang kepada kebangkitan tajdid,seperti Hassan al-Banna,Sayyid Qutb,al Qaradhawi,Salman Adah dan ramai lagi.
Kita tidak menganggap tokoh-tokoh itu maksum,namun memfokus aktiviti untuk menyerangkan tokoh-tokoh tersebut dengan cara yang menyimpang dari metodologi ilmiah adalah sesuatu yang tidak dapat diterima.Cara sebegini mendekati manhaj Khawarij dan menyanggahi Manhaj ahli Sunnah.
Syeikh Ibn Jibrin salah seorang tokoh Salafi semasa Arab Saudi ketika ditanya hal ini menjawab,
Sesungguhnya Sayyid Qutb dan Hasan al Banna adalah dari ulama’ kaum Muslimin dan ahli dakwah.Sesungguhnya Allah telah memanfaatkan melalui mereka berdua dan member petunjuk kepada ramai manusia dengan dakwah mereka.
Mereka berdua mempunyai sumbangan yang tidak dapat dinafikan.Kerana itu,ketika keputusan hukuman mati dikenakan ke atas Sayyid Qutb dibuat,Syeikh Abdl Aziz bin Baz memohon diberi pengampunan kepadanya dan belia merayu dalam permohonan itu.Namun ia tidak diterima Presiden Jamal(Abdul Naser) .
Allah akan menghukum Jamal apa yang layak untuknya.Ketika mana kedua-dua(Sayyid Qutb dan al-Banna) dibunuh,keduanya digelar Syahid,kerana mereka dibunuh secara zalim,dan syahid itu ada khas dan ang am.Tersebar perkara ini di dalam akhbar dan buku-buku tanpa ada orang mengingkarinya.
Kemudian Para Ulama’ menerima buku mereka dan Allah member manfaat kepada mereka dengan buku-buku tersebut.Jika ada pada mereka berdua kesilapan dalam takwilan ata yang seumpamanya dengannya,perkara itu tidak sampai kepada tahap untuk kafirkan mereka.Sesungguhnya para Ulama’ yang awal(salaf) juga ada kesilapan seperti al-Nawawi,al-Suyuthi,Ibn Jauzi,Ibn ‘Atiyyah,al-Khatabi,al-Qastalani,imam Syafie..
Mahasiswa dan pembaca harus seimbangkan ilmu dan pengetahuan..Harus tajdid kepada tidak bertaqlid buta tetapi mencari alas an dan dalil serta hujah dalam sesuatu perkara,penguasaan ilmu itu penting,kitab-kitab Hadith perlu ditaddabur selain al-Quran.