Sunday, February 21, 2010
Wanita Mutiara dalam Cangkerangnya.
Penulisan ini daripada akak senior saya,namanya Ummu Salama Farhamizah.Saya kagum dengan petikan surah ini,dan kagum dengan pendapatnya.
Begini..mengapa saya kunyahkan nama saya kepada Ummu Jauharah at-Taqiyyah yang bermakna mutiara yang taqwa.Wanita ini ibarat mutiara yang tersimpan dalam cangkerangnya..apabila tiba masanya ia cukup besar,waktu itu mutiara ini menunggu seseorang untuk membukanya.Mutiara ini bercahaya dan putih warnanya,suci,indah.Itulah ibaratnya wanita yang menutupi dirinya,yang tidak mendedahkan auratnya,lebih sempurna wajahnya juga ditutup rapi.Janganlah wanita menjadi seperti butiran manik yang memang cantik tetapi tidak berharga seperti mutiara,yang terdedah tanpa cangkerangnya.
Daripada surah Al-Ahzab.. Tah kenapa tadi bila bace je ayat ni boleh nangis.. Nak kata ayat ni memilukan, tak juga. Tapi saya rasa macam ALLAH saje je nak tuju ayat ni pada saya:
28. Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu: "Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, Maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut'ah dan Aku ceraikan kamu dengan cara yang baik.
29. Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, Maka Sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik diantaramu pahala yang besar.
30. Hai isteri-isteri nabi, siapa-siapa di antaramu yang mengerjakan perbuatan keji yang nyata, niscaya akan di lipat gandakan siksaan kepada mereka dua kali lipat. dan adalah yang demikian itu mudah bagi Allah.
31. Dan barang siapa diantara kamu sekalian (isteri-isteri Nabi) tetap taat kepada Allah dan rasul-Nya dan mengerjakan amal yang saleh, niscata kami memberikan kepadanya pahala dua kali lipat dan kami sediakan baginya rezki yang mulia.
32. Hai isteri-isteri nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik,
33. Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan Dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, Hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.
34. Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu dari ayat-ayat Allah dan hikmah (sunnah nabimu). Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui.
35. Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah Telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.
36. Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan rasul-Nya Telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya Maka sungguhlah dia Telah sesat, sesat yang nyata.
Ni la ayat2 yang menusuk ke dalam jiwa, sanubari ini hari ni.. HUHU... SEDIHNYA...!!!
Akhir2 ni dan sebelum2 ni pun saya banyak berbuat dosa, lalai dan alpa. Selalu terleka, kurang muhasabah, tak boleh mendisiplinkan diri dengan jadual2 yang dah disusun... kerja banyak bertangguh..
Rasa macam tah apa2.. Kadang2 rasa bersalah.. Kadang2 rasa sedih, tak tenang... Saya tahu, saya mungkin kurang beramal. Beramal dengan apa yang saya sendiri cakapkan..
Apa sahaja yang saya luahkan, yang saya tuturkan di mulut ni, semuanya ALLAH uji saya betul2.. Kadang2 sampai rasa takut juga nak bagi nasihat pada orang lain. Takut diri yang memperkatakan nasihat itu sendiri tak mampu melakukannya.. Apapun, saya akan usaha..
Bagi kawan2, silalah tegur diri ini.. Mungkin luar je saya nampak baik, tapi hakikat yang sebenarnya tiada yang mengetahuinya selain ALLAH je. Semalam saya ada bercakap dengan seseorang melalui telefon. Saya kata pada dia (sekadar meluahkan isi hati masa tu)
“Teringin gak kan nak letak gambar di facebook, YM.. Cuma nak letak gambar yang Kecik2 je. Yang orang takleh zoom tu.. Tapi tak berani pulak letak. Segan jgk nak pamerkan gambar kat internet..”
Kemudian, orang tu cakap,
“Better tak payah letak. Saya tak galakkan awak letak gambar di facebook. Wanita itu seharusnya sifatnya tidak mendedahkan sebaliknya sesuatu yang perlu ditutup. Tidak terdedah di sini bukanlah hanya tidak terdedah paras atau luarannya sahaja tapi juga sifatnya, tutur katanya dan lain2..”
Selepas habis cakap, kawan saya yang tengah buat kerja depan saya tu bertanya.
“Kenapa Farha?”
“Takde apa2.. Cuma ada orang pesan something kat aku.. Mengenai perempuan yang meletakkan gambar2nya di facebook..”
“Kenapa? Tak boleh ke? Apa ye hukum kita letak gambar2 kita kat facebook bg orang tengok?
“Pasal hukum tu aku tak berani la nak jawab... Aku bukan pandai sangat.. .Tapi aku nak tanya ang... WANITA NI APA??
Diri wanita , kita sendiri ni adalah perhiasan kan? Bila dikatakan perhiasan, sudah tentu ia adalah sesuatu yang ‘menarik’ dan cantik.. Tapi, wanita sebagai perhiasan yang sepatutnya ditutup dan dijaga. Bukan untuk sewenang-wenangnya ditayangkan di sana-sini..
Sebab tu la ALLAH suruh kita tutup aurat.. Supaya apa? Supaya kita lebih terpelihara. Terpelihara dari fitnah, terpelihara dari lelaki, dan lain2.. Jadi, jika kita tayang muka kita, body kita yang cantik tu dengan gambar2 yang menarik perhatian tu, maknanya kita masih tidak menutup dengan erti kata yang sebenarnya. Kita pakai tudung, tapi kita bertabarruj (menampakkan kecantikan diri pada bukan mahram).
Mestila gambar yang kita letak kat facebook tu adalah gambar yang cantik2 kan? Untuk apa? Tanya balik tujuan kita. Niat kita letak gambar tu.. Mungkin kita tak sedar, atau mungkin kita ingat biasa2 je sebab orang ramai buat camtu.. Tapi kita ada tak terfikir kesannya pada orang lain? Contohnya pada orang yang ‘admire’ pada seseorang prempuan tu. Tiap2 hari buka facebook, tengok gambar, komen sana, komen sini... Merapu2 perkara yang tak penting.. Tidakkah perkara ni akan mendatangkan dosa pada dia? Lelaki menatap wanita yang tidak halal baginya.. Kasihanilah lelaki... Mungkin kadang2 nafsu mereka terganggu akibat perbuatan seorang wanita..
Firman Allah:
30. Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat".
31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya ..... (An-Nur, 30-31)
Hayatilah Ayat tersebut wahai rakan2ku... Aku mohon kepadamu dan juga diriku sendiri yang serba lemah ini.. TOLONG JAGA DIRI ANDA SEBAGAI WANITA KERANA SEORANG WANITA ITU AMAT BERHARGA.. Jagalah diri untuk suamimu.. Jangan biarkan lelaki lain merasai kecantikanmu sebelum tiba masanya KERANA KAU AMAT BERNILAI dan bukannya sesuatu yang murah dan boleh dapat dimana2 dan bila2 saja.
Jadi, GUNALAH FACEBOOK UNTUK KEBAIKAN ATAU PERKARA BERFAEDAH. Tidak salah berfacebook, share something dengan kawan2, erat silaturrahim, kongsi maklumat... TAPI JANGAN JADIKAN FACEBOOK TEMPAT BUAT DOSA.. (Dosa mengata orang, mengumpat, tak jaga pandangan, tabarruj, dan lain2..)
_FARHAH_
Subscribe to:
Posts (Atom)