Alhamdulillah..selesai sudah dauroh di Institute Al-Qayyim yang bertemakan=
Keilmuan Sebelum Berdakwah..
Saya ingin berkongsi satu berita genbira,kerana ada seorang ikhwah yang memeluk Islam setelah selesai dauroh kali ini,dan komentarnya adalah,dauroh ini memang jelas penjelasannya tentang Islam,memahami Islam bermula daripada Aqidah yang Saheeh,Ibadat yang bersih dan saheeh,akhlak yang terpuji yang bermanhajkan Salaf.
Dalam dauroh kami bermula kuliah kami dengan membincangkan soal Aqeedah..Aqeedah yang saheeh yang benar-benar ikut petunjuk Rasulullah,iaitu zaman terbaik yakni salaf.Kemudian diikuti dengan ibadat,akhlak,muamalat,dan Dakwah Salafiyyah,Kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Istilah al-Quran=Kalam Allah yang diwahyukan kepada Baginda Nabi Saw dan merupakan ibadah dengan membacanya.
Dipetik daripada Manna’ al-Qattan,Mabahith fi Ulum al-Quran,(Riyadh:Maktabah al-Maarif li al-Nashar wa al-Tauzi’:cetakan 3,1421H:2000M)ms/17.
Istilah al-Sunnah=Setiap perkara yang dinisbahkan/disandarkan kepada baginda Nabi saw dari segi perkataan,perbuatan,taqrir dan sifat jasmani dan akhlaq baginda sama ada sebelum atau selepas dilantik sebagai rasul
Dipetik daripada Abu al-Laith,Prof Dr Mohd Syamsuddin,Ulum al-Hadith:Asiluha wa Mua’siruha(Kuala Lumpur:Dar al-Syakir:cetakan 4,1426H:2005M)M/S 21.
Taqrir adalah Isyarat Nabi Saw secara jelas atau tidak.Kadangkala baginda Nabi Saw tidak membantah perbuatan sahabat baginda,menggambarkan Nabi Saw tidak melarang.
al-Salaf=
1.Bahasa:terdahulu dan telah berlaku
2.Istilah:para sahabat Nabi Saw dan yang mengikuti cara mereka(Tabi’en) dan mereka yang berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah menurut cara kefahaman para Sahabat RA.
Dipetik daripada Ibn Faris,Abu al-Hussain Ahmad,Mu’jam Muqayiis al-Lughah,Tahiqiq:Abdul Salam Muhammad Harun,(Lubnan:Dar al-Fikr,1399H:1979M)j.3 m/s 95.
Dakwah kepada al-Quran dan as-Sunnah.
Dakwah kepada al-Quran dan al-Sunnah adalah suatu perkara yang amat kritikal bagi umat ini menyeru kepada bukan sahaja umat Islam malah mereka yang bukan Islam untuk memahami dan beriman dengannya.
Namun,mengapa MANHAJ SALAF menjadi pilhan??Adakah manhaj lain bukannya terbaik sehingga memaksa kita memilih salaf sebagai jalan dakwah.
Manhaj Salaf adalah satu cara faham dan metodologi yang digunapakai mengikut kaedah kefahaman yang diselusuri para Ulama’ Salaf(terdahulu) dari
Para sahabat Nabi SAW,Tabi’en dan Tabi’en al-Tabi’en.Cara faham ini adalah yang berkait langsung dengan AQIDAH Islamiah dan Ibadah.Kerana dua unsur ini sahaja yang tidak bersifat fleksibel dan berubah selama mana tiada nas yang jelas membantah dan melarangnya.
Apabila terdapat sesuatu masalah dalam Fiqh,tentu sekali Ulama’ mempunyai pelbagai pendapat,pendapat yang berbeza,dan kita akan ikuti Jumhur Ulama’ dan ketepatan bernaskan Dalil al-Quran dan al-Sunnah.Maka inilah disiplin ilmu yang ada pada Manhaj Salaf,metodologi memahami sesuatu masalah,ada dalil yang kuat dan lemah.Maka disini kita seharusnya memahami mengikut ketepatan hujah dalil daripada Ulama’ yang berkefahaman Salaf.Maka,kurangnya keilmuwan dan tipisnya pengetahuan sebelum berdakwah menyebabkan kita akan terjerat didalam fitnah dan kesilapan berdakwah.
Tips dan solusi=
1)Menuntut ilmu dengan memperbanyakkan taddabur al-Quran dan kitab-kitab Hadith(Yang saheeh).
2}Membuat perbincangan tentang masalah-masalah yang ada(untuk mencari dalil dan pendapat yang kuat daripada ulama’ salaf)
3)Mengamalkan ilmu tersebut kepada diri sendiri
4)Mengajar ilmu tersebut kepada orang sekeliling kita(masyarakat).
5)Menjadi jurubicara Ummah,menterjemahkan apa itu Salaf,mengapa perlu ikut manhaj Salaf.
6)Menyelesaikan masalah ummah semaksimanya(akhlak Salaf).
Manhaj Salaf adalah Manhaj Yang sederhana dimana Manhaj ini menitik beratkan semua aspek daripada Aqidah yang saheeh,ibadat yang terbaik yang tepat dengan sunnatullah,akhlak yang mengikuti Salaf dan bermasyarakat.Inilah Kesyumulan Islam,semua aspek Islam dibncangkan,bukan menolak maslah fiqh dibelakang dengan beranggan khilaf,sebenarnya amat penting untuk membincangkan fiqh Islam untuk mendapat ketepatan dalam beribadat.