Dr asri kata kita kena jadi org yang adil dengan penuh keinsafan,jikalau tidak bercanggah dengan quran dan sunnah makanya kita tidak menentang,kita menentang syirik,bida'ah dan perkara-perkara yang langgar syariat Islam.
Sesungguhnya,ahlul sunnah wal jamaah adalah orang yang beraqidah seperti Rasulullah saw dan para sahabatnya.
Kita kena adil,jika ada dikalangan mereka benar kita akui kebenaran mereka,jika mereka tidak benar kita tegur dengan hikmah dan hujjah)quran dan sunnah).
Islam itu tidak ghulu'(melampaui batas),tetapi islam itu sederhana.Keseimbangan,ada orang byk ilmu tapi tidak dakwah,ada orang yang dakwah tapi tidak ada ilmu,maka jgn kita ghulu'(melampau) hanya sederhana.ada ilmu dan dakwah semampu kita.
Kata dia lagi,kita dakwah dengan menegakkan kata-kata Allah dan Rasullah(wahyu),bukan menegakkan tokoh,jemaah,semangat,hanya Allah dan Rasulullah.
Wallahu a'alm
Saturday, December 26, 2009
Menjawab soalan Trinity itu apa?
Assala moalaikum..em nampaknya orang yang provoke ana itu tidak mengetahui ana adalah student Perbandingan Agama,makanya,ana mengetehui perbezaan Rubbubiyah,Ulluhiyah,Asma' Wassifat dengan Trinity.
Trinity itu adalah kepercayaan Kristian Katholik(Romawi),yang menyatakan Tuhan itu itu 3,tapi bukan tiga hanya satu.Mereka kata,Father is god,Son is god,Ruhul Kudus is god,not 3 god but 1 god.Analogi mereka adalah air,air dapat berbentuk pepejal(Ais),Cecair(air),gas(wap air),kata Kristian air ini sama tetapi dalam 3 bentuk,makanya mereka kata not 3 god but 1 god.
Jawapan kita kepada trinity adalah,bagaimana mungkin tuhan itu ada 3 bentuk,maka adakah tuhan itu lemah?Makan seperti manusia?Mendengar seperti manusia?Melihat seperti manusia?Tentu tidak..
Firman Allah,Surah an Nisa',ayat 171,
Wahai ahli kitab!Janganlah kamu melampai batas dalam agamamu,dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar sungguh,Al Masih Isa Puta Maryam itu, adalah utusan Allah dan kalimatnya yang disampaikanNya kepada Maryam, dan dengan tiupan roh darinya. Maka berimanlah kepada Allah dan rasul-rasulNya dan janganlah kamu mengatakan Tuhan itu tiga, berhentilah dari ucapan itu. Itu lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Esa, Maha Suci Dia dari anggapan mempunyai anak. MilikNyalah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan cukuplah Allah sebagai pelindung.
Maka ayat itu jelas,menyatakan kita tidak boleh mengatakan Tuhan kita itu berada dalam 3 keadaan.
Walaupun Allah ada menyatakan sifat-sifatnya seperti Maha Melihat dan Maha Mendengar,cara Allah itu tidak sama dengan cara makhluknya,ini dalilnya..
Surah Al-Ikhlas,Surah 1 dan 4,
Katakanlah Muhammad,Dialah Allah Yang Maha Esa.Allah tempat meminta segala sesuatu.Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia.
Manhaj Salafussoleh berpegang bahawasanya Allah itu tidak sama dengan makhluknya,Rungkaian tauhid kepada 3 adalah untuk menyatakan Allah itu Rabb(Pencipta,Rububiyyah),Ulluhiyah(Menafikan semua tuhan kecuali Allah,Laila Hail Allah),dan membenarkan semua sifat-sifat Allah(asma' wassifat) yang terkandung dalam al Quran.
Kerana ada orang yang hanya meyakini adanya Rabb(Tuhan),namun tidak menafikan selain Allah seperti Kristian yang menyatakan Jesus itu tuhan,maka perlunya ada Ulluhiyah sebagai penafian kepada semua tuhan kecuali Allah.
Dan ada manusia yang meyakini Rabb dan menafikan semua tuhan kecuali Allah tetapi tidak membenarkan sifat-sifat Allah di dalam Quran seperti Allah bersemayam di atas Arasy,maka kerana itu adanya asma' wassifat.
Jadi apa persamaan Trinity dan tauhid 3 serangkai?
Di semua Universiti IPTA Malaysia yang ada aqidah Islamiyyah..semuanya menggunakan tauhid ini(Rubbubiyyah,Ulluhiyah,Asma' Wassifat).Tauhid ini adalah tauhid yang difahami salafussoleh.Allah itu pencipta,tiada tuhan selain Allah dan dengan kebenaran semua sifat-sifatnya dalam al-Quran.
Bagi yang memfitnah,mungkin tidak tahu apa itu tauhid 3 serangkai,dan tidak tahu apa maknanya,dan tidak tahu penjelasannya.Manhaj Salafussoleh mengamalkan keinsafan,maka kami tidak memfitnah tanpa hujjah..kami akan bagi jawapan dengan hujjah dengan dalil-dalilnya.
Daripada Ummu Syauqina Nurharyati Husna,
Pelajar Fasa 2 Perbandingan Agama,
Islamic Propargation Society International.

Rububiyyah,Ulluhiyah,asma' wassifat bukan Trinity.
Wujud sesetengah pihak yang mempertikaikan pembahagian tauhid kepada tiga bahagian iaitu rububiyyah, uluhiyyah dan asma’dan sifat yang mereka sandarkan fahaman ini kepada Syakh al-Islam Ibnu Taymiyyah dan Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab.
Menurut mereka tiada dalil yang mendokong pembahagian tauhid sedemikian rupa bahkan ia tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., para sahabat baginda serta para salafussoleh. Bahkan terdapat tuduhan yang lebih teruk yang menyatakan pembahagian tauhid kepada tiga bahagian ini menyerupai konsep triniti dalam agama Kristian yang menyatakan Tuhan itu satu tetapi dimanifestasikan kepada tiga personaliti iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Nabi Isa a.s.) dan Tuhan Ruhul Kudus.
Untuk menilai dakwaan-dakwaan ini seawajarnya kita menelusuri konsep-konsep yang ada dalam pembahagian tauhid kepada tiga ini.
Tauhid Rububiyyah adalah keyakinan bahawa Allah S.W.T. adalah zat yang menciptakan seluruh alam semesta serta makhluk-makhluk yang terdapat di alam ini. Allah jugalah yang telah mengatur segala urusan makhluknya seperti memberi rezeki, menghidupkan, mematikan dan sebagainya.
Firman-Nya: Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memelihara segala sesuatu. [al-Zumar (39) : 62]
Tauhid jenis ini turut diperakui oleh golongan kafir pada zaman Rasulullah s.a.w. tetapi ini bukan bermakna mereka termasuk golongan yang telah mentauhidkan Allah S.W.T. atau mereka ini telah menjadi Muslim bahkan mereka tetap dengan kekufuran mereka kerana menolak Tauhid Uluhiyyah yang akan diperjelaskan selepas ini. Bukti bahawa golongan kafir tersebut menerima bahawa Allah S.W.T. merupakan Tuhan yang telah mencipta segala sesuatu adalah seperti berikut.
“Katakanlah: "Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kamu mengetahui?" Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka apakah kamu tidak ingat?" Katakanlah: "Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (azab) -Nya, jika kamu mengetahui?" Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kamu ditipu?" [al-Mu’minun (23) : 84-89]
Sehubungan dengan itu dapat kita fahami bahawa bukan setiap orang yang telah mengakui bahawa Allah S.W.T. adalah Tuhan yang menciptakan segala sesuatu maka mereka telah mencapai kesempurnaan dalam mentauhidkan Allah. Kemuncak tauhid hanya akan dapat dicapai apabila dia telah menerima konsep la ilaha illallah yang bermaksud “tiada yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah S.W.T.”.
Kalimah ini bukan sekadar menetapkan (ithbat) bahawa Tuhan yang berhak disembah hanyalah Allah tetapi kalimat ini juga menolak (nafi) segala bentuk peribadahan selain daripada Allah. Konsep inilah yang dinamakan Tauhid Uluhiyyah.Tauhid Uluhiyyah menetapkan bahawa semua bentuk ibadah hanya ditujukan kepada Allah semata-mata dan tiada sekutu bagi-Nya.
Menurut Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah ibadah bermaksud taat kepada Allah dengan menjalankan apa yang telah diperintahkan-Nya melalui lisan para Rasul. Tambah beliau lagi ibadah adalah hal yang mengcakupi segala perkataan dan perbuatan baik yang zahir mahupun batin yang dicintai dan diredhai Allah. [Dinukil dari Fathul Majid Syarh Kitabut Tauhid, ms 27]
Justeru segala bentuk ibadah seperti solat, puasa, zikir, doa, permohonan pertolongan atau perlindungan, perasaan takut (khauf), tawakal dan sebagainya hendaklah ditujukan atau dipersembahkan hanya kepada Allah S.W.T. sahaja. Perkara ini telah Allah tekankan menerusi surah al-Fatihah yang sentiasa di baca oleh umat Islam sekurang-kurangnya 17 kali dalam solat mereka iaitu “Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan” [al-Fatihah (1) : 5]
Merealisasikan Tauhid Uluhiyyah ini merupakan misi utama bagi setiap Rasul yang diutuskan oleh Allah S.W.T. di setiap penjuru muka bumi ini. Firman-Nya: “Sesungguhnya telah Kami utuskan seorang Rasul kepada setiap umat (untuk menyerukan): “Beribadahlah kepada Allah dan jauhilah taghut.” [al-Nahl (16) : 36]
Menurut Imam Malik taghut adalah setiap sesuatu yang disembah selain Allah.Tauhid Uluhiyyah inilah yang telah dingkari oleh golongan kafir sama ada pada zaman dahulu mahupun sekarang Sikap golongan kafir yang menolak konsep keesaan Tuhan ini telah digambarkan dalam al-Qur’an sebagaimana firman-Nya : “Mengapa ia menjadikan tuhan-tuhan itu Tuhan Yang satu saja? Sesungguhnya ini benar-benar suatu hal yang sangat mengherankan.” [Shaad (38) : 5]
Maka mereka menyembah sesuatu selain daripada Allah bertujuan agar sesembahan mereka itu dapat memberi syafaat kepada mereka atau sebagai perantaraan untuk mendekatkan diri mereka kepada Tuhan. Sikap golongan ini adalah sebagaimana yang dikhabarkan oleh Allah S.W.T. melalui firman-Nya: “Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudaratan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan, dan mereka berkata: "Mereka itu adalah pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah". Katakanlah: "Apakah kamu mengabarkan kepada Allah apa yang tidak diketahui-Nya baik di langit dan tidak (pula) di bumi?" Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka mempersekutukan (itu).” [Yunus (10) : 18]
Tidakkah sikap golongan ini menyerupai gelagat segelintir kecil umat Islam yang mengunjungi kuburan-kuburan para wali bertujuan untuk beribadah serta meminta sesuatu permohonan? Bukankah alasan yang diberikan oleh mereka adalah perbuatan tersebut hanya menjadikan ahli kubur itu sebagai perantaraan agar permohonan mereka akan diterima oleh Allah S.W.T.? Aneh sungguh sikap mereka yang bertentangan dengan sunnah Nabi ini bahkan ia merupakan satu perbuatan yang bodoh kerana ahli kubur yang mereka seru itu tidak bernyawa serta tidak mampu untuk membantu agar permohonan mereka diperkenankan.
Firman Allah S.W.T.: “Jika kamu menyeru mereka, mereka tidak mendengar seruanmu dan jika mereka mendengar, mereka tidak dapat memperkenankan permintaanmu. Dan pada hari kiamat mereka akan mengingkari perbuatan syirik kamu itu dan tiada yang dapat memberi keterangan kepada engkau seperti (Allah) yang Maha Mengetahui.” (Faathir : 14)
Tambahan pula melakukan perjalanan yang jauh semata-mata untuk mengunjungi kuburan orang-orang soleh dengan tujuan untuk beribadah dan mencari keberkatan di situ sebenarnya bertentangan dengan syarak.
Baginda bersabda: “Tidak boleh dipersiapkan perjalanan jauh (bertujuan untuk ibadah) kecuali kepada tiga masjid; Masjidil Haram (di Mekah), Masjid Rasulullah s.a.w. (Masjid Nabawi di Madinah) dan Masjid al-Aqsa (di Palestin). [Hadis riwayat Imam al-Bukhari]
Tauhid Asma’ dan Sifat pula adalah menetapkan apa-apa yang Allah dan Rasul-Nya telah tetapkan atas diri-Nya baik itu berkenaan dengan Nama-Nama mahupun Sifat-Sifat Allah dan mensucikan-Nya daripada segala aib dan kekurangan sebagaimana hal tersebut telah disucikan oleh Allah dan Rasul-Nya.
Tauhid ini dalam ertikata lain adalah untuk mengenali Allah S.W.T. melalui Nama-Nama-Nya yang indah dan Sifat-Sifat-Nya yang Maha Tinggi lagi Maha Sempurna. Tidak ada jalan lain untuk sampai kepada pengetahuan ini melainkan melalui jalan wahyu iaitu berpandukan dari al-Qur’an dan hadis Rasulullah s.a.w. yang sahih.Berkaitan dengan Tauhid Asma’dan Sifat ini Syaikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin r.h di dalam kitabnya al-Qowa’idul Mutsla telah berkata:
“Kita mengetahui bahawa Allah telah mengkhabarkan kepada kita tentang Diri-Nya dengan Nama-Nama-Nya yang indah dan Sifat-Sifat-Nya yang Sempurna. Kita juga yakin sepenuhnya bahawa Allah-lah yang paling mengetahui segala sesuatu, paling benar perkataan-Nya dan paling baik penuturan-Nya. Oleh kerana itu, kita wajib tanpa ragu-ragu lagi menetapkan Nama-Nama dan Sifat-Sifat tersebut bagi Allah sesuai sepertimana yang Dia khabarkan sendiri kepada kita. Begitu juga sikap penerimaan kita terhadap khabar yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. yang mana baginda adalah orang yang paling tahu tentang Allah ‘Azza Wa Jalla, paling benar beritanya, paling tulus niatnya dan paling jelas penuturan serta penjelasannya.
Jadi wajib kita menerima berita sahih yang datang dari baginda s.a.w.tentang Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah ‘Azza wa Jalla.Dari keyakinan ini maka datanglah kaedah emas dalam memahami Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah sebagaimana yang telah digariskan oleh Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa:
“(Hendaklah) beriman kepada apa sahaja yang disampaikan oleh Allah mengenai diri-Nya di dalam kitab-Nya dan oleh Rasulullah s.a.w dengan keimanan yang bersih dari tahrif (Mengubah lafaz Nama-Nama Allah) dan ta'thil (Meniadakan atau mengingkari Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah) serta dari takyif (bertanya bagaimana sifat Allah) dan tamtsil (mengumpamakan atau memisalkan sifat Allah dengan makhluk-Nya).
”Secara ringkasnya kaedah ini adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Malik apabila ditanya tentang tatacara, ciri-ciri dan bentuk Istawa'. Jawab Imam Malik:
“Istawa' (bersemayam) itu ma'lum (diketahui maknanya), Bagaimana (kaifiat) tatacara, ciri-ciri dan bentuk majhul (tidak diketahui), mengimaninya wajib, sedangkan bertanya tentangnya (tatacara, ciri-ciri dan bentuk) adalah bid'ah.”
Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah dari segi makna memang dapat kita fahami dan ketahui. Sebagai contoh Allah berfirman: "Hai iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang yang (lebih) tinggi?". [Shaad (38):75]
Al-Yad dalam bahasa Arab maknanya tangan maka kita perlu tetapkan Sifat Tangan kepada Allah sebagaimana maknanya yang hakiki. Namun begitu bagaimana kaifiatnya (tatacara, ciri-ciri dan bentuk) al-Yad kita serahkan kepada Allah S.W.T. dan ianya di luar batasan akal untuk membayangkannya.
Apabila Allah S.W.T berfirman yang Dia memiliki Dua Tangan dalam surah Shaad (38):75, kita beriman kepada firman-Nya. Tentu sekali Sifat itu sesuai dengan kebesaran-Nya, kemuliaan-Nya dan kesempurnaan-Nya dan sama sekali tidak menyerupai makhluk-Nya sebagaimana firman-Nya: Tiada sesuatupun yang seumpama dengan (Zat-Nya, Sifat-Sifat-Nya dan pentadbiran-Nya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. [al-Syuura (42): 11]
Ayat ini mengandungi penyucian (Tanzih) dan penafian kepada Allah daripada menyerupai makhluk-Nya, baik dalam Zat, Sifat mahupun Perbuatan-Nya. Bahagian awal ayat ini (Tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya..) merupakan bantahan terhadap kaum al-Musyabbihah dan al-Mujassimah manakala bahagian akhir ayat (Dan Dia Maha Mendengar dan Melihat) merupakan bantahan kepada kaum al-Mu'athilah (orang yang meniadakan sifat-sifat Allah).
Kaedah Tauhid Asma’ dan Sifat ini sebenarnya merupakan kaedah yang telah disepakati oleh keempat-empat imam mazhab seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam al-Syafi’i dan Imam Ahmad tanpa sedikit pun perbezaan di antara mereka. Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah berkata dalam kitabnya al-Iman:
“Di antara rahmat Allah kepada para hamba-Nya adalah bahawa para imam yang mempunyai lidah kebenaran pada umat, seperti empat imam mazhab dan selain mereka, adalah bahawa mereka mengingkari (menentang) pendapat Ahlul Kalam dari kalangan Jahmiyah tentang al-Qur’an, iman dan Sifat-Sifat Allah.”
Beginilah secara ringkasnya tentang konsep pembahagian tauhid kepada tiga bahagian yang terbukti ianya berlandaskan dalil-dalil dari al-Qur’an dan al-Sunnah. Adakah wajar jika dikatakan Rasulullah s.a.w., para sahabat baginda serta para salafussoleh menolak konsepAllah itu mencipta segala sesuatu, Allah merupakan satu-satunya tempat kita persembahkan segala ibadah dan Dia memiliki Nama-Nama yang indah dan Sifat-Sifat yang Maha Tinggi lagi Maha Sempurna?
Tentu sekali tidak wajar. Jika konsep ini di tolak kerana Rasulullah dan para salafussoleh tidak pernah membuat pembahagian sedemikian rupa maka sewajarnya konsep sifat dua puluh itu juga perlu di tolak. Sila berikan mana dalil dari al-Qur’an dan al-Sunnah yang memberi pembahagian seperti fahaman sifat dua puluh ini. Buktikan juga bahawa Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda pernah menerangkan Sifat-Sifat Allah menggunakan metode sifat dua puluh. Jika setiap kaedah yang tidak pernah diamalkan oleh baginda dan para sahabat perlu ditolak maka kita juga perlu menilai semula semua kaedah-kaedah yang telah diguna pakai dalam ilmu Ushul Fiqh, ‘Ulumul Hadith, ‘Ulumul Qur’an dan sebagainya kerana penyusunan kaedah tersebut mahupun istilah-istilah yang diguna pakai juga ada yang tiada pada zaman Rasulullah. Kaedah-kaedah pengajian ini dilakukan oleh para ulamak untuk memudah pemahaman umat Islam terhadap ilmu-ilmu agama dan menyusunkannya agar ia lebih sistematik. Apa yang penting sebenarnya konsep dalam sesuatu kaedah itu perlu didokongi oleh dalil dari al-Qur’an dan al-Sunnah sebagaimana difahami dan diamalkan oleh generasi salafussoleh.
Pembahagian tauhid kepada tiga ini juga sama sekali tidak menyamai konsep triniti dalam agama Kristian.
Tuduhan ini berkemungkinan dilontarkan oleh golongan yang sebenarnya jahil tentang fahaman triniti tersebut ataupun ia sengaja dilakukan dengan niat jahat. Jika pembahagian tauhid kepada tiga dikatakan bersamaan dengan fahaman Tuhan itu satu tetapi dimanifestasikan kepada tiga personaliti, adakah pembahagian Sifat-Sifat Allah kepada dua puluh boleh dikatakan berfahaman Tuhan itu satu tetapi dimanifestasikan kepada dua puluh personaliti?
Sungguh ini merupakan satu pendustaan yang amat jelek.Sekiranya anda telah mendengar atau terbaca kata-kata dusta tentang pembahagian tauhid kepada tiga bahagian ini maka berkata sebagaimana yang telah diajar oleh Allah S.W.T. :
“Dan mengapa kamu tidak berkata, di waktu mendengar berita bohong itu: "Sekali-kali tidaklah patut bagi kita memperkatakan ini. Maha Suci Engkau (Ya Tuhan kami), ini adalah dusta yang besar." [al-Nuur (24) : 16]

Subscribe to:
Posts (Atom)