Sunday, December 6, 2009

Dialog bersama warga Islam Singapura.

Assalamo alaikum..sememangnya dakwah itu sukar..sukar menembus hati-hati manusia..

Surah al-Fajr,ayat 27-30,Firman Allah swt,

Hai jiwa yang tenang.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya.Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu.Masuklah ke dalam syurga-Ku.

Alhamdulillah,saya sudah pulang daripada Singapura dengan membawa agenda dakwah Sunnah salafi,mengembalikan masyarakat Singapura kepada al-Quran dan Sunnah yang difahami oleh Sahabat-sahabat Rasulullah,tabien-tebien dan tabiut-tabien.MasyaAllah,bertubi-tubi soalan diutarakan..sememangnya mereka kabur dengan ilmu agama..keliru dan binggung.

Antara yang diutarakan oleh mereka..

1)Kenapa PAS menentang UMNO,Boleh ke politik dicampurkan dengan Islam,kenapa ada fatwa mengatakan Pas tidak boleh bernikah dengan orang UMNO?

2)Kenapa PAS suka berburuk sangka(tajasus) pada pemerintah Islam,kalau Singapura yelah pemerintah kafir?

3)Kenapa tabligh pergi dakwah(khuruj) tinggal tanggungjawab terhadap keluarga?

4)Kenapa tarikat itu pelik?kenapa Sufi itu mereka ajar pelik?

5)Kenapa ada orang Islam yang suka mengebom bali,bunuh orang awam?itu jihad ke?

6)Kenapa wanita kena berpurdah ke?lelaki kena berjanggut ke?

Sebagai dai..kita kena memberi ilmu yang bermanfaat.yang paling penting adalah kebenaran..
Dalam situasi ini..saya perlu adil..jawapan saya mudah..

Saya kata pada mereka tinggalkan dahulu persoalan-persoalan yang antum binggung dan keliru kerana islam itu mudah dan sederhana..islam itu tidak mengelirukan..

Pertama,jangan memikirkan terlalu negatif..tetapi lihat dari sudut positif..persoalan itu adalah kekurangan mereka,tetapi pernah kita lihat sumbangan mereka?

Baiklah..ramai orang fikir dakwah salafi ini memusuhi PAS,TABLIGH,HIZBUN TAHRIR..Dan sebagainya..ketahuilah saudaraku...dakwah salafi tidak memusuhi tetapi mengatakan kebenaran yang mengikuti syariat islam yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah..tidak mencelakan hanya mengatakan inilah syariat islam,inilah kebenaran,dengan hujah-hujah..dalil-dalil yang bukan mengikut nafsu..

Ketahuilah setiap manusia itu adalah sama..yang membezakan kita adalah taqwa..taqwa sahaja yang membezakan kita..

Rasulullah saw bersabda,Wahai manusia!Sesungguhnya tuhan kamu sama,bapa kamu sama(ADAM),Ketahuilah tiada kelebihan orang arab ke atas a'jam(yang bukan arab) atau a'jam ke atas arab,atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam,atau yang berkulit hitam keatas yang berkulit merah melainkan KETAQWAAN.Hadith riwayat Ahmad dan Baihaqi.

MasyaAllah..itulah islam..Allah menilai kita dengan ketaqwaan..makanya,setiap kekurangan yang berlaku akibat kurang kefahaman dan ilmu itu masih boleh diperbaiki..

Untuk menjadi orang yang bertaqwa itu kita perlu dahulukan dengan ilmu..bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah..yang difahami oleh generasi awal yang mendapat islam iaitu para sahabat Rasulullah,tabien,tabiut tabien,yang dikenali sebagai salafussoleh..

Daripada Abi Najih Al-Irbadh ibn Sariah ra,katanya bahawa Rasulullah saw pernah memberi ingatan yang menggerunkan hati dan menitiskan air mata.Lalu kami berkata:

Wahai Rasulullah,nasihat itu seolah-olah nasihat perpisahan(terakhir),maka berilah kami nasihat.

Rasulullah bersabda,'Nasihatku,Bertaqwalah kepada Allah dan taatlah kepada pemerintah,sekalipun yang memerintah itu seorang hamba abdi.Siapa di antara kamu yang sempat hidup di zaman akan datang,dia akan melihat pergeseran yang banyak antara sesama islam.Hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah khulafa' al-Rasyidin yang mendapat petunjuk.Gigitlah dengan taringmu,dan jauhilah perkara yang diadakan,kerana setiap perkara yang diadakan itu adalah bida'ah,setiap bida'ah itu sesat dan tiap-tiap yang sesat itu tempatnya di dalam neraka.'

Riwayat Ahmad,Abu Daud dan Tirmidzi.

Subhanallah hadith ini seperti sudah menjawab semua persoalan mereka..tetapi saya harus menegakkan juga sumbangan para pendakwah ini..tidak kiralah apa nama jemaah mereka..saya katakan..


Manusia yang terbaik ialah seorang mukmin yang berilmu,yang apabila dia didatangani orang maka dia akan memberi manfaat dan apabila dia ditinggalkan orang,maka dia akan bermanfaat buat dirinya sendiri.

Maka walaupun mereka membuat kesilapan dalam satu-satu sudut yang agak tergelincir daripada sumber al-Quran dan sunnah yang difahami Salafussoleh,namun mereka itu sangat bermanfaat pada Ummah Islam..mereka ada tarbiyyah..PAS banyak memberi kesedaran tentang kepentingan kuasa dan khalifah,mereka juga membuat Tamrin untuk membina kekentalan mental dan fizikal,hanya perselisihan berlaku kerana menentang pemerintah Islam..Bagi tabligh pula,mereka itu berakhlak baik,solatnya MasyaAllah berjemaah dan di awal waktu,sanggup keluar meninggalkan kepentingan diri untuk Islam,kesilapan mereka itu adalah melakukan bida'ah..beramal dengan hadith yang dhaif...

Sebagai manusia sememangnya yang negatif itu sahaja yang dilihat..yang positif itu tidak dilihat..

Sebagai pendukung Sunnah yang difahami oleh Salafussoleh...teguran yang dibuat terhadap jemaah-jemaah adalah hanya semata-mata untuk mengatakan,menyatakan,menjelaskan syariat islam..mana yang salah iya perlu ditegur..inilah sunnah..itulah bida'ah..ini cara yang betul,itu yang salah...bukan untuk mencela,mengaibkan atau merendahkan..

Apabila kita melakukan sesuatu yang tergelincir daripada al-Quran dan as-Sunnah yang difahami oleh salafussoleh,itulah sebabnya ummah islam berpecah dan keliru dan binggung..tetapi apabila mempelajari sedalam-dalamnya dengan kefahaman salafussoleh,insyaAllah tidak bingung kerana islam itu mudah..

Mari kita koreksi hati dan jiwa kita..

Bagi hati yang berpenyakit,

Surah al-Baqarah ayat 10,Firman Allah swt,
Dalam hati mereka ada penyakit,lalu Allah menambah penyakitnya itu dan mereka mendapat azab yang pedih,kerana mereka berdusta.

Penyakit hati itu misalnya ragu dan tidak yakin akan kebenaran,munafik dan tidak beriman.

Bagi hati yang tertutup,

Surah al-Muthaffifin ayat 14,Firman Allah swt,
Sekali-kali tidak!(mereka katakan bahwa mereka dekat pada sisi Tuhan)Bahkan apa yang mereka kerjakan itu telah menutupi hati mereka.

Bagi hati yang mengeras,

Surah al-An'am ayat 43,Firman Allah swt,
Tetapi mengapa mereka tidak memohon(kepada Allah) dengan kerendahan hati ketika siksaan Kami datang menimpa mereka?Bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menjadikan terasa indah bagi mereka apa yang selalu mereka kerjakan.

Bagi hati yang membatu,

Surah al-Baqarah,ayat 74,Firman Allah swt,
Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras,sehingga(hatimu) seperti batu,bahkan lebih keras.Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang(airnya)memancar daripadanya.Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya.Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah.Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan.

Janganlah kita menjadi seorang muslim yang mukmin,
Yang iblis berwajah manusia,
Serigala berjubah Taqwa.

Coretanku,
Ummu Syauqina Nurharyati Husna,
Berilmu Sebelum Berdakwah,
Di Singapura,2009.