Saturday, October 31, 2009
Wednesday, October 28, 2009
Memahami Hadith..
Kenapakah wujud hadis-hadis yang nampak seolah-olah bercanggah ?
Setelah merujuk kepada dalil-dalil al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam di atas, jelas kepada kita bahawa tidak mungkin wujud hadis-hadis yang saling bercanggah antara satu sama lain. Timbul pula persoalan – jika benar demikian, kenapakah wujud hadis-hadis yang nampak seolah-olah bercanggah antara satu sama lain?
Faktor utama yang menyebabkan hadis-hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam kelihatan seolah-olah bercanggah ialah kerana kecetekan ilmu orang yang mendakwa sedemikian. Yang mendakwa sebenarnya tidak tahu membezakan antara hadis sahih dan daif, hadis yang sah dan yang telah dibatalkan, kaedah-kaedah tarjih dan maksud sebenar sesuatu hadis.
Abu Bakar al-Shairafi [37] menukil daripada Muhammad bin Idris al-Shafi‘i [38] bahawa: Selama tidak akan mungkin terjadi percanggahan antara dua hadis yang sahih – salah satu meniadakan yang lainnya baik dalam bentuk ‘am (umum maksudnya) – khasnya (khusus maksudnya) dan ijmal – tafsirnya. Kecuali dalam bentuk nasikh – mansukh apabila dapat diketahui masa datangnya.[39]
Ibn Hazm berkata [40] Tidak akan terjadi percanggahan sedikitpun dalam al-Qur’an dan hadis. Percanggahan hanya terjadi kerana keterbatasan ilmu pengetahuan kita.[41]
Abu Ishaq al-Syatibi [42] berkata: Perselisihan tersebut (antara dalil-dalil syara’) timbul kerana kelemahan mereka dalam memahami dan menemukan tujuan-tujuan Allah yang terkandung dalam nas-nas-Nya, Ia bukan kerana adanya percanggahan dalam dalil-dalil syara’ sendiri secara hakiki.[43]
Ibn al-Qayyim berkata [44]: Sekelompok orang menduga bahawa ada hadis-hadis Nabi yang berlawanan dengan hadis-hadis lainnya, saling menggugur dan bertentangan. Kami berpendapat bahawa tidak akan ada pertentangan antara hadis-hadis sahih.
Apabila terjadi pertentangan, mungkin salah satunya bukan bersumber daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Sesetengah perawi boleh sahaja berbuat silap dalam hal ini. Jika dia bersifat terpercaya (yakni isnadnya kuat-P), mungkin salah satu hadis menasakh hadis lainnya jika memang ia dapat dinasakhkan, atau mungkin pertentangan tersebut hanya menurut pemahaman para rawi hadis (orang yang mendengarnya-P), bukan kerana sabda Nabi itu sendiri.
Tiga kemungkinan inilah yang dapat terjadi. Apabila terdapat dua hadis sahih yang saling bercanggah dalam seluruh seginya (dan) salah satu darinya dapat menasakh yang lainnya, maka ini tidak perlu diselaraskan (kerana percanggahan telah dihilangkan).
Tidak ada ucapan yang keluar dari bibir baginda (Rasulullah) kecuali ucapan yang benar. Kesalahan terjadi kerana kelemahan kita dalam mengetahui sesuatu dalil, atau kelemahan kita untuk membezakan hadis sahih dan tidak sahih, atau kerana kelemahan kita dalam memahami maksud (tujuan) sabda Nabi, atau pemahaman kita yang tidak selari dengan kehendak beliau.[45]
Muhammad Wafa [46] menulis: Jelas bagi kita bahawa pertentangan mutlak tidak mungkin terjadi secara hakiki di antara dalil syara’ kerana semuanya bersumber daripada Allah yang Maha Bijaksana. Tidak mungkin daripada-Nya datang dua dalil yang saling bertentangan melibatkan waktu, objek dan pelaku yang sama. Ini sangatlah kontradiktif. Pertentangan merupakan tanda kejahilan dan kelemahan. Allah tidak mungkin bersikap demikian. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa tidak ada pertentangan antara dalil-dalil qath‘i (yang jelas) dan antara dalil-dalil zanni (samar-samar), juga antara firman Allah sendiri dengan sabda Nabi kerana sabda Nabi adalah termasuk wahyu Allah.
[37] Beliau ialah Imam Muhammad ibn Abdillah al-Shairafi, seorang tokoh besar yang paling alim dalam bidang usul selepas al-Shafi‘i. Antara karyanya yang unggul ialah al-Bayan fi Dalail al I’lam ‘ala Usul al-Ahkam fi Usul al-Fiqh dan Syarh al-Risalah li al-Shafi‘i. Meninggal dunia pada tahun 330H.
[38] Beliau terkenal dengan gelaran Imam al-Shafi‘i, kepada beliau disandarkan Mazhab Shafi‘i. Dilahirkan di Gizza, Palastin dan berhijrah ke Mekah, Madinah, Baghdad, Yaman, Mesir dan banyak lagi untuk menuntut dan menyampaikan ilmu. Meninggal dunia di Mesir pada tahun 204H.
[39] Diutarakan oleh al-Syaukani dalam Irsyad al-Fuhul, ms 275; dikemukakan oleh M. Wafaa dalam Metode Tarjih, ms 53.
[40] Beliau ialah Imam ‘Ali bin Ahmad bin Said bin Hazm, seorang tokoh besar dunia Islam yang berasal dari Cordova, Sepanyol. Karya-karyanya menjadi bahan kajian dan perbandingan oleh lain-lain tokoh Islam sepanjang zaman dari pelbagai mazhab. Meninggal dunia pada tahun 456H.
[41] al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, jld 2, ms 204-205; dikemukakan oleh M. Wafaa dalam Metode Tarjih, ms 55-56.
[42] Beliau ialah Imam Ibrahim bin Musa bin Muhammad al-Lakhmi al-Gharmati, seorang tokoh besar dunia Islam yang berasal dari Kardova, Sepanyol. Antara karya beliau yang masyhur ialah al-Muwafaqat fi Usul al-Syari‘ah di mana beliau membincangkan usul-usul syari‘at dari sudut maksud, tujuan dan objektifnya. Apa yang diusulkan oleh beliau kini menjadi perhatian para mujthid, ilmuan dan pemikiran Islam bagi memecahkan belenggu kebuntuan fiqh semasa. Namun masih ada segelintir yang enggan menerima apa yang diusulkan oleh al-Syatibi semata-mata kerana beliau ialah seorang tokoh dalam Mazhab Maliki manakala mereka pula (yang enggan) adalah dari Mazhab lain. Semoga Allah memecahkan sikap primitif dan tembok-tembok taksub yang masih mengongkong minda kumpulan yang segelintir ini. al-Syatibi meninggal dunia pada tahun 790H.
[43] al-Muwafaqat fi Usul al-Syari‘ah, jld 4, ms 123-131; dikemukakan oleh M. Wafaa dalam Metode Tarjih, ms 62.
[44] Beliau ialah Imam Shamsuddin Muhammad bin Abu Bakar bin Ayub al-Dimisqi, seorang tokoh besar Islam di kurun ke 8 hijrah, anak murid kepada Ibn Taimiyah (728H), penyusun puluhan buah kitab dan risalah. Lahir dan meninggal dunia di Damaskus pada tahun 751H.
[45] Zaad al-Ma‘ad , jld 3, ms 112; dikemukakan oleh M. Wafaa dalam Metode Tarjih, ms 53
[46] Beliau ialah seorang pensyarah di Universiti Asyouth, Kaherah, Mesir dalam Fakulti Syari‘ah. Antara ahli fiqh yang ulung masa kini, telah mengarang buku-buku usul fiqh setebal 4 jilid, yang pertama khas tentang dasar-dasar syari‘at, iaitu al-Qur‘an dan al-Sunnah (Dilalat al-Awamir wa al-Nawahi fi al-Kitab wa al-Sunnah), kedua tentang dasar-dasar penetapan hukum syari‘at (Dilalat al-Kitab al-Syar‘i ‘ala al-Hukmi: al-Manthuq wa al-Mafhum), ketiga tentang bab Nasikh dan Mansukh (Ahkam al-Naskhi fi al-Syari‘at al-Islamiyah) dan keempat tentang kaedah menyelaras antara dalil-dalil yang bercanggah (Ta‘arudh al-‘Adillati al-Syari‘at min al-Kitab wa al-Sunnah wa al-Tarjih Bainaha). Buku keempat ini telah diterjemahkan sebagai Metode Tarjih atas Kontradiksi Dalil-dalil Syara’
CONTOH NO 1
Hadis A: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda
Hendaklah kalian menjauhi berburuk sangka kerana berburuk sangka itu adalah sedusta-dusta perkataan, dan janganlah mencari-cari kesalahan, dan janganlah kalian mengintip, dan janganlah saling membenci, dan janganlah saling membelakangi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang saling bersaudara.[48]
Hadis B: Diriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:
Sesiapa bersangka baik kepada manusia, maka banyaklah penyesalannya.[49]
Dua hadis di atas nampaknya saling bercanggah. Hadis A menganjurkan umat Islam untuk sentiasa berbaik sangka sesama mereka manakala Hadis B menerangkan bahawa berbaik sangka sesama umat akhirnya akan membawa kerugian dan penyesalan kepada diri sendiri. Dalam ertikata lain, Hadis B seolah-olah menganjurkan umat untuk sentiasa berburuk sangka sesama sendiri.
Namun antara dua hadis ini terdapat perbezaan kekuatan isnadnya. Hadis A adalah sahih sebagaimana yang disepakati oleh Bukhari dan Muslim manakala Hadis B adalah daif kerana dalam isnadnya terdapat dua orang perawi yang tidak diketahui kedudukan mereka – adakah mereka jujur atau tidak, terpercaya atau tidak dan adakah hadis-hadis yang mereka riwayatkan dapat diterima atau tidak. Oleh itu yang benar hanyalah Hadis A manakala Hadis B tertolak.
Dari contoh pertama ini dapat kita pelajari satu rumusan yang penting, iaitu apabila wujud percanggahan antara dua hadis yang berlainan kekuatannya, maka percanggahan tersebut dihilangkan dengan mengambil hadis yang paling kuat manakala hadis yang lebih rendah kekuatannya diketepikan.
Perbezaan kekuatan hadis adalah antara penyebab berlakunya banyak percanggahan antara hadis-hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Oleh itu antara langkah pertama yang harus ditempoh oleh seseorang apabila menemui dua atau lebih hadis yang bercanggah maksudnya antara satu sama lain adalah dengan menyemak status kekuatan hadis-hadis tersebut. Jika yang bercanggah adalah antara hadis yang kuat (sahih, hasan) dengan hadis yang lemah (daif, maudhu’), percanggahan dapat dihilangkan dengan mengenepikan hadis yang lemah tersebut.
Penjelasan tambahan:
Pengajaran yang terkandung dalam Hadis A adalah juga selari dengan pengajaran ayat al-Qur’an al-Karim berikut ini:
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;
Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang;
Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [al-Hujerat 49:12]
Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan….. jelas adalah merupakan satu suruhan agar meninggalkan berburuk sangka sesama umat, dalam ertikata lain hendaklah kita selalu berbaik sangka. Sehinggakan jika yang zahir kelihatan pada saudara seiman dengan kita ialah sesuatu yang kurang baik, hendaklah kita tetap berusaha mencari kebenaran di sebaliknya, agar jelas kepada kita apakah yang sebenarnya dimaksudkan oleh saudara kita tadi.
Diriwayatkan daripada Amirul Mukminin Umar al-Khattab radiallahu ‘anhu: Janganlah kamu berprasangka terhadap kalimat yang keluar dari saudara kamu yang beriman kecuali dengan prasangka yang baik selama kamu dapati kemungkinan untuk memahaminya dengan pemahaman yang baik.[50]
Diriwayatkan daripada Muhammad bin Sirin rahimahullah [51] Apabila sampai kepada kamu sesuatu berita tentang saudara kamu, maka carilah alasan yan membenarkan tindakannya. Jika kamu tidak menemuinya, maka katakanlah: “Mungkin dia mempunyai alasan”.[52]
Diriwayatkan daripada Abu Qilabah rahimahullah [53] Apabila sampai kepada kamu berita tentang saudara kamu yang tidak menyenangkan, maka carilah untuk dia sesuatu alasan dengan kesungguhan usaha kamu. Dan jika tidak menemuinya, maka katakanlah kepada diri kamu: “Barangkali dia mempunyai alasan yang aku tidak mengetahuinya”.[54]
Demikianlah manhaj sebenar seorang mukmin terhadap saudaranya dalam sangka bersangkaan. Jauh sekali manhaj ini dari apa yang dikhabarkan oleh Hadis B sekalipun adakalanya kelihatan Hadis B lebih kerap diamalkan dari Hadis A oleh sesama umat Islam. Maka sudah tiba masanya kita berubah sikap dari banyak berburuk sangka kepada sentiasa berbaik sangka, dan sentiasa berusaha mencari jalan untuk berbaik sangka sesama umat.
[48] Sahih: Hadis daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Sahih al-Bukhari – no: 6724 (Kitab Faraid, Bab Pengajaran tentang Faraid).
[49] Sanad Daif: Hadis daripada ‘Abd Allah ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ibn ‘Asakir sahaja dalam Tarikh al-Damsyq, jld 57, ms 126-127 dari jalan Abu al-‘Abbas Mahmud bin Muhammad bin al-Fadhl al-Rafiqi, telah diceritakan kepada aku oleh Abu ‘Abd Allah Ahmad bin Abi Ghanam al-Rafiqi…… . Berkata Nasr al-Din al-Albani dalam Silsilah Hadits Dhaif dan Maudhu’, jld 3, ms 427, no: 1152: Ibn ‘Asakir ketika mengenengahkan biografi Abu al-Abbas ini, tidak menegaskan sikapnya, tidak memuji atau mengecamnya. Sedangkan gurunya yakni Ahmad bin Abi Ghanam al-Rafiqi, tidak saya dapati seorangpun ulama’ hadits yang menyebutkannya.
[50] Disebut oleh Ibn Kathir dalam Tafsir al-Qur‘an al-‘Adzim, jld 4, ms 193, (tafsir bagi ayat 49:12).
[51] Abu Bakar Muhammad bin Sirin adalah seorang tokoh besar dari kalangan tabi‘in, ayahnya ialah salah seorang budak kerja kepada Anas bin Malik radiallahu ‘anhu. Beliau banyak mendengar dan menyampaikan hadis serta kuliah fiqh. Meninggal dunia pada 110H.
[52] al-Ashbahani – al-Taubikh wa al-Tanbih, no: 97; dinukil dari Tafsir Surat al-Hujurat: Manhaj Pembentukan Masyarakat Berakhlak Islam, ms 273 oleh Nashir bin Sulaiman al-’Umar..
[53] Beliau ialah Abu Qalabah 'Abd Allah bin Zaid al-Jarami, seorang tabi'in yang banyak menerima hadis daripada para sahabat. Tinggal di Basrah, Iraq dan meninggal dunia pada 104H.
CONTOH NO 2
Hadis A:
Berkata A‘isyah radiallahu ‘anha:
Dan tiadalah aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa tepat sebulan penuh kecuali Ramadhan. Dan tiadalah aku lihat dia dalam satu bulan banyak berpuasa (kecuali dalam bulan) Sya’ban.[55].
Hadis B:
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
Apabila tiba pertengahan Sya’ban, maka janganlah kalian berpuasa.[56]
Hadis A dan B jelas bercanggah, di mana dalam Hadis A diterangkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban manakala dalam Hadis B, Rasulullah melarang seseorang dari berpuasa setelah melepasi pertengahan bulan Sya’ban.
Walaubagaimanapun Hadis A bertaraf sahih manakala Hadis B bertaraf daif. Maka diambil Hadis A dan diketepikan Hadis B.
Terdapat banyak lagi hadis-hadis yang menerangkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa di bulan Sya’ban, malah beliau menyambung terus puasanya sehingga ke bulan Ramadhan. Maka sangat dianjurkan juga bagi kita untuk mengikuti sunnah yang mulia ini. Hadis B di atas tidaklah melarang seseorang itu untuk berpuasa penuh di bulan Sya’ban. Berkata al-Syaukan.[57]
Berkata jumhur ulama’, dibolehkan berpuasa sunat selepas Nisfu (pertengahan) Sya’ban kerana hadis yang melarang dari berbuat sedemikian adalah daif.[58]
Penjelasan Tambahan:
Ingin penulis ingatkan di sini bahawa puasa di bulan Sya’ban adalah sunat manakala puasa di bulan Ramadhan adalah wajib. Maka hendaklah seseorang yang ingin berpuasa di bulan Sya’ban memerhatikan kesihatan dirinya agar tidak menjejaskan kesempurnaan puasa Ramadhannya.
Lebih dari itu, keafdalan bulan Ramadhan adalah jauh lebih mulia dari keafdalan bulan Sya’ban, maka hendaklah seseorang itu beristiqamah dalam beramal dengan mengutamakan amalan di bulan Ramadhan. Janganlah terlalu tinggi bersemangat untuk beramal di bulan Sya’ban sehingga apabila tiba bulan Ramadhan, semangat tersebut jatuh ke tahap yang minimum, yang akhirnya diterjemahkan kepada amalan tidur sepanjang hari.
Perlu diingatkan bahawa kadar kesungguhan untuk beramal adalah sesuatu yang berubah-ubah dari masa ke masa bagi setiap individu. Adakalanya ia tinggi dan adakalanya ia rendah. Ia akan naik ke satu tahap yang tinggi dan kemudian turun ke satu tahap rendah, kemudian akan naik semula dan turun semula. Makin tinggi ia diangkat maka makin rendah ia akan jatuh apabila berada di kadar rendahnya. Maka hendaklah seseorang itu memerhatikan kadar kesungguhan masing-masing. Kadar yang paling optimum ialah yang sederhana tetapi berkekalan, iaitu istiqamah.
Ingin juga ditambah, bahawa tidak terdapat sebarang hadis yang sahih yang menerangkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa atau menganjurkan puasa di bulan Rejab. Memang diketahui bahawa terdapat banyak hadis-hadis yang menganjurkan puasa di bulan Rejab bersama keutamaannya, namun semua hadis-hadis tersebut adalah sangat daif dan palsu. Maka tinggalkanlah ia.[59]
Jika hendak beramal, beramallah berdasarkan apa yang ditetapkan oleh hadis-hadis yang sahih lagi benar. Hadis yang daif boleh digunakan untuk menerangkan keutamaan beramal hanya apabila amalan tersebut telah ditetapkan oleh hadis yang sahih. Hadis yang daif tidak boleh digunakan untuk menetapkan atau mewujudkan sesuatu amalan.
Jika seseorang itu hendak beramal dan dia dapati sudah tiada lagi amalan yang hendak dilakukan, maka ingin penulis cadangkan agar dia berubah kepada beramal untuk manfaat umat Islam pula. Rata-rata kita dapati umat Islam hanya suka beramal untuk kepentingan diri mereka sendiri, sedikit sekali yang mahu beramal untuk kepentingan umat Islam seluruhnya. Ramai umat Islam yang rajin bersolat sunat, berpuasa sunat, berumrah berulang kali dan sebagainya, sehingga ada yang mencipta dan menambah-nambah sesuatu amal ibadah yang tidak wujud pada asalnya. Akan tetapi sedikit sekali umat Islam yang mahu menegakkan amar ma‘aruf nahi mungkar, berdakwah, menyertai badan-badan kebajikan, menjadi sukarelawan dalam mana-mana projek kemasyarakatan dan berbagai lagi yang melibatkan kepentingan ramai. Sedih sekali, inilah yang dikatakan sebagai Islam syok sendiri, pedulikan orang lain.
[55] Sahih: Sebahagian hadis daripada ‘A‘isyah radiallahu ‘anha, dikeluarkan oleh Ahmad, Muslim dan al-Firyabi (al-Siyam), juga al-Nasa’i (al-Sunan al-Kubra) dengan lafaz yang sedikit berbeza, lihat Sahih Muslim – no: 1156-4 (Kitab Puasa, Bab Puasa Nabi SAW selain Ramadhan.........). [56] Daif: Hadis daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh ‘Abd al-Razzaq (7325), Ibn Abi Syaibah (9026), Ahmad (9668), al-Darimi (1781), Abu Daud (2237), al-Tirmizi (735), Ibn Majah (1651), al-Nasa’i (al-Sunan al-Kubra – no: 2911), al-Tohawi (Syarh Ma‘ani al-Athar – no: 3243), Ibn Hibban (3589), al-Baihaqi (7961) dan al-Khatib al-Baghdadi (Tarikh al-Baghdad, jld 8, ms 47), di atas adalah dengan lafaz Abu Daud, semuanya melalui jalan al-‘Alaa’, dari ayahnya, dari Abu Hurairah. Status hadis ini diperselisihkan, dengan sebahagian menguatkannya manakala sebahagian lain melemahkannya. Penulis cenderung kepada penilaian kedua kerana sebab-sebab berikut: [1] al-‘Alaa’, nama penuhnya ialah al-‘Alaa’ bin ‘Abd al-Rahman bin Ya’kub al-Madani, seorang yang diterima di sisi kebanyakan ahli hadis, malah merupakan salah seorang perawi Sahih Muslim. Kecuali di sisi Yahya bin Ma’in, di mana beliau berkata: Hadisnya tidak dapat dijadikan hujah. (al-Mizzi – Tahzib al-Kamal – perawi no: 4577) manakala dalam satu riwayat lain beliau berkata: Hadisnya bercampur aduk (al-‘Uqaili – al-Dhu‘afa’ al-Kabir – perawi no: 1369). [2] Maksud hadis yang tidak selari dengan lain-lain hadis yang sahih dalam bab ini, yang menerangkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa secara berterusan sehingga ke bulan Ramadhan. Justeru berkata Ahmad bin Hanbal sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Daud: Hadis ini mungkar (al-Baihaqi – al-Sunan al-Kubra, jld 4, ms 353). Beliau juga berkata sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Nasai: al-‘Alaa’ bin ‘Abd al-Rahman thiqah, tidak diingkari hadis-hadisnya kecuali yang ini. (dinukil oleh al-Nawawi dalam Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld 6, ms 292). Berkata al-Dzahabi: Tidaklah turun hadis (yang diriwayatkannya) dari darjat hasan, akan tetapi disisihkan apa yang bertentangan darinya (Siyar A’lam al-Nubala, jld 6, ms 187). Penulis berkata, sifat thiqah al-‘Alaa’ bin ‘Abd al-Rahman hanya dapat digunakan apabila beliau meriwayatkan sebuah hadis yang selari dengan hadis-hadis lain yang sahih. Dalam Hadis B di atas, ia nampaknya berasingan (tafarrud) dari pelbagai hadis-hadis lain yang sahih. Hal ini sepertimana yang dimaksudkan oleh Ahmad apabila beliau berkata Hadis ini mungkar, di mana definisi mungkar yang dimaksudkan beliau ialah hadis yang berasingan dari lain-lain hadis yang sahih. Kedudukan al-‘Alaa’ sebagai salah seorang perawi Sahih Muslim tidaklah secara automatik menjadikan semua hadis-hadis yang diriwayatkan olehnya menjadi sahih. Perlu dibezakan antara perawi Sahih Muslim dan hadis Sahih Muslim di mana yang pertama hanya merujuk kepada kedudukan beliau sebagai seorang perawi manakala yang kedua merujuk kepada hadis-hadis yang dibawanya. Kerana itu kita dapati Imam Muslim tidak menyenaraikan hadis ini di dalam kitab Sahihnya. Berkata al-Suyuti dalam Syarh Tadrib al-Rawi fi Syarh Taqrib al-Nawawi, ms 86: Hadis ini ditinggalkan oleh Muslim kerana bersendiriannya al-‘Alaa’ padanya, dan ia seolah-olah membatalkan banyak hadis-hadis yang lain. Oleh itu hadis ini adalah daif, atau yang tepat ia adalah Hadis syadz, iaitu suatu hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang terpercaya (thiqah) tetapi matan atau sanadnya menyalahi riwayat daripada perawi lain yang lebih kuat daripadanya. Perbandingkan dengan keterangan Syu‘aib al-Arna’uth dalam notakaki Siyar A’lam al-Nubala, jld 6, ms 187 dan Abu ‘Ashim Nabil bin Hashim al-Ghumari – Fath ul-Manan: Syarh wa Tahqiq al-Musnad al-Jamii’ al-Darimi, jld 7, ms 363-364. [57] Beliau ialah Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad al-Syaukani, seorang mujtahid Islam di kurun ke 13 Hijrah. Berasal dari Yaman, beliau dari awal telah mempelajari pelbagai ilmu-ilmu Islam sehingga akhirnya mendudukkan dirinya sebagai seorang mujtahid. Telah mengarang banyak risalah dan kitab dalam pelbagai jurusan Islam seperti aqidah, tafsir, fiqh, hadis,adab dan lain-lain. Meninggal dunia pada tahun 1250H, manakala ada juga riwayat yang menyebut 1252H dan 1255H. [58] Nail al-Authar, jld 3, ms 243. Perbandingkan dengan keterangan al-Nawawi dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld 6, ms 292-293. |
| |
|
Tuesday, October 27, 2009
Bincang-bincang Imiah..Ikwanul Muslimeen..
Ustaz Rosul Dahri
Membongkar aqidah Ikhwanul Muslimin.
http://www.youtube.com/watch?v=u3zOpDiR3zg&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=ITTe_sf1lAg
http://www.youtube.com/watch?v=cshEidVgN8Q
http://www.youtube.com/watch?v=BVOBas6LXAc&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=p8irI-vZ7ps&feature=related
ikhwanul muslimeen..perjuangan mereka..
http://www.youtube.com/watch?v=32hj0pVXAR8&NR=1
Negara Islam?Pemerintah Islam?
http://www.youtube.com/watch?v=Z5DdLLIExIs&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=jsZ-5WSJwQw&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=jFcY-b8YiwQ&feature=related
Zaman Kegemilangan Islam
http://www.youtube.com/watch?v=i_UdpzfyXyM&feature=related
How Khilafah Islam destroyed?
http://www.youtube.com/watch?v=XhGRGvovIY0
http://www.youtube.com/watch?v=c-JBnVnbI1Y&feature=related
Abu Usamah says about Killing.
As the brother said, how can Khilafah be established when our Aqidah isnt correct? how can we have Khilafah when muslims are disobedient to Allah? our own muslim countries dont rule by Allah's law so how can we establish Khalifah if were helpless. Verily Allah doesnt change the state of a people until they change the state of themselves, so we must strive to be better mu'mins ameen
No Wahhabi..
http://www.youtube.com/watch?v=Vj9C8u66XlA
Menceritakan tentang Wahhabi..
http://www.youtube.com/watch?v=ZfznXyS8PdM&feature=related
Pembaca fikir..
Monday, October 26, 2009
You Have To Watch To Understand..
Ustaz rosul(salafiyyah) dahri penjelasan tentng bida'ah hasanah..kena tengok baru faham..
Bida'ah hasanah yang dimaksudkn imam ASY sYAFIE ADalah urusan dunia,Imam Asy Syafie pantang Bida'ah dalam ibadat(agama)..
2)ini pula pendapat syeikh nurrudin al janbari..(sufism)
http://www.youtube.com/watch?v=8-v6IDjPnBg&NR=1
3)ini pula pendapat Dr Asri
http://www.youtube.com/watch?v=atu8wA5eH7c
semua ad 9..maka tgk semua..
4)fitnah terhadap ulmak hadith..oleh ustz Mahfuz Muhammad
http://www.youtube.com/watch?v=E5B6KZJM3KM&feature=related
5)jawapan kepada Aqeedah Yg Sahih.
http://www.youtube.com/watch?v=DM86EMJ7Phk
http://www.youtube.com/watch?v=AB_MyhH_KnA&feature=related
6)the Sunnah the better
http://www.youtube.com/watch?v=XMlc2-Z3L2c&feature=PlayList&p=D5F6849690309392&playnext=1&playnext_from=PL&index=36
Sunday, October 25, 2009
Let Us Unite Like The Best Generations,the Salaf..
Where is the Ummah?
When I was alone,i always thinked..where is the Ummah of Islam?Ohw my brothers and sisters..love all of you..please be together..in one Aqeedah..Following Allah and Rasulullah by the Salaf Knowledge..
Because of love..we say the truth..just because the love..can you feel it?Ibn Qayyim Az-Zaujiyah says..when there is love..we love everything that Allah loves and hate what Allah hates..Because of the love..the angel(malaikat),obey their oders..Each of us,we have 4 angels that guard us..in front,back,side by side..because of Love Allah swt gives loves and Rahmat..
Come brothers and sisters..be together,leave behind what is not teach in Islam and follow the right pathway..we be together again just like the Salaf,Rasulullah saw Sahabah,Tabien(followers),Tabiut Tabien(followers of the followers)..Now..clean up our Aqeedah..and be together..just as strong as before..
For Once..choose the right path..the guidance are Kitabullah Al-Quran and As Sunnah..we love you Brothers and Sisters..we want to be together to clean up our Aqeedah..akhlak Salaf..Ukhwah Salaf..just like the Sahabah of Rasulullah..
Umar ibn al-Khattaab R.A said: There can be no Islam without unity, no unity without leadership, and no leadership without obedience.
I Love you..all of my Brothers and Sisters..Laila Hail Allah..unite..clean Our AqeeDah..FollOw Rasulullah saw..everyone of us is a Muslim..that Follow the best generations(Salafussoleh)..
Make Doa To Your Brothers and Sisters..What is our relations?We Are Brothers and Sisters..always brothers and Sisters..All Humans makes mistake..I make mistake..so are you..all of us makes mistake..so We Do Taubah..Surrender to Allah..and we Unite..come back to Islam..
The Prophet Had Said,
That this Ummah is like 1 body,If 1 part feeling pain.Then the rest should feel the same.If you do not,then you are not amongst this Ummah..every muslims are our brothers and sisters..all types of colours skin..the colours of Islam,whether you are white or not..if you are Muslims we are brothers and sisters..Straight up our Aqeedah..be together..
Open this.. http://www.youtube.com/watch?v=7A29H7ol3j4
Saturday, October 24, 2009
Mari kiTa bERTAuBAT..
Http://an-nawawi.blogspot.com
------
MUQADDIMAH
------
Kebanyakan masyarakat percaya berdasarkan sangkaan bahawa taubat bagus dimulakan apabila umur tua (sudah berumur), setelah beranak cucu, setelah menunaikan haji atau dengan beberapa alasan lain adalah suatu tradisi atau idea yang batil, berpunca dari kejahilan seseorang itu tentang apa itu taubat dan pengampunan Allah yang sebenarnya.
Tiada seorang individupun yang dibenarkan menentukan bila masanya seharusnya seseorang itu bertubat. Sedangkan perintah Allah agar bersegera bertaubat tidak pernah ditetapkan masa-masanya yang tertentu, tempat-tempatnya yang tertentu, pada situasi atau kondisi yang tertentu, malah seseorang hamba yang tahu dirinya berdosa diwajibkan agar cepat-cepat bertaubat. Ini kerana manusia sering didominan oleh hawa nafsunya dan godaan syaitan.
Oleh itu, Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang memudahkan kepada sekalian hambaNya untuk segera bertaubat. Buku kecil ini layak dikonsumsi oleh semua peringkat usia, dapat membantu dalam urusan atau cara bertaubat, membincangkan permasalahan taubat yang perinsipil agar membuka minda dan kesedaran masyarakat tentang perlunya bersegera bertaubat.
Bagi sesiapa yang telah melakukan kesalahan atau merasa berdosa, sama ada besar atau kecil, yang telah lama berlaku atau yang baru saja dilakukan, maka tulisan ini membantu para pembaca cara-cara untuk bertaubat sebagaimana yang ditunjuk ajar dan dibimbing oleh syara.
Semoga tulisan yang dipenuhi dengan hujjah dan dalil-dalil dari al-Quran dan hadis ini dapat membetulkan konsep taubat dalam fikiran pelaku dosa, memberi keinsafan kepada mereka yang takutkan Allah, yang ingin keampunan-Nya, mengharapkan rahmat dari-Nya dan ingin menjadi generasi ahlus sunnah yang soleh dan yang bertakwa.
Dengan demikian, diharapkan mereka yang telah sedar akan hakikat sifat Allah Yang Maha Pengampun agar bersegera bertaubat tanpa dilengah-lengahkan lagi, kerana bertaubat dan meminta keampunan adalah perintah dari Allah yang telah tertera di dalam al-Quran dan hadis.
Moga-moga tulisan ini sentiasa diberkati oleh Allah Azza wa-Jalla dan dapat dimanfaatkan oleh para pembaca yang budiman.
------
Taubat Dan Pengertiannya
------
Pengertian taubat menurut syara ialah kembali kepada Allah dengan berpegang teguh kepada kewajipan yang diwajibkan kepada hambaNya. Meninggalkan laranganNya atau beralih dari setiap perbuatan yang dibenci kepada yang disenangi.
Orang yang bertaubat amat beruntung kerana kembali menjalankan perintah Allah dan menjauhkan larangannya. Inilah hakikat taubat sehingga Allah memberi kejayaan dan pahala kepada sesiapa yang mentaati hakikat ini. FirmanNya:
“Dan bertaubatlah kamu sekalian wahai kaum mukminin! Semoga kamu mendapat kemenangan”. (an-Nuur: 31)
Al-Quran menjelaskan bahawa Allah Maha Pengasih, Penyayang dan Maha Pengampun yang sentiasa mengampunkan segala dosa hambaNya yang mahu bertaubat. FirmanNya lagi:
“Katakanlah! Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnyanya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)”. (az-Zumar: 53-54)
Melalui Sifat Allah Yang Maha Pengasih dan Pengampun, Allah menjanjikan rahmat dan pengampunan dari semua dosa kepada hambaNya yang bertaubat. Allah Subhanahu wa-Ta’ala pula bertanya mengapa kamu tidak mahu bertaubat sedangkan taubat adalah amalan yang mulia di sisiNya sebagaimana firmanNya:
“Maka mengapa mereka tidak mahu bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Al-Maidah, 74)
“Dan Tuhanmu Maha Pengampun lagi melimpah-limpah rahmatNya”. (Al-Kahfi, 58)
Oleh kerana Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang, melimpah-limpah rahmatNya dan mencintai hambaNya yang bertaubat, maka adalah suatu kesilapan bagi seseorang yang melambat-lambatkan taubatnya sehingga menunggu pada sesuatu masa yang tertentu, seperti menunggu di hari tua, setelah menunaikan haji, setelah bersara, setelah berilmu, setelah berjaya meninggalkan maksiat, setelah berkeluarga atau sebagainya. Maka melengah-lengahkan taubat seperti ini adalah suatu kejahilan dan kesilapan yang nyata. Sebenarnya Allah menyeru agar hambaNya sentiasa bersegera meminta keampunan dan bertaubat kepadaNya sebagaimana firmanNya:
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa”. (Ali-Imran, 133)
Allah Subhanu wa-Ta’ala tidak akan membiarkan para hambanya bergelumang dengan berbagai dosa, oleh kerana itu Allah sentiasa membuka luas pintu taubat dan keampunannya kepada mereka yang mahu bertaubat. Allah memberikan contoh bahawa Nabi Adam dan Hawa telah bertaubat dari kesalahannya dan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang menerima taubat mereka. Allah berfirman:
“Keduanya (Adam dan Hawa) berdoa, Ya Tuhan kami! Kami telah menganayai diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang merugi”. (Al-Baqarah, 23)
“Kemudian Adam Menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”. (Al-Baqarah, 37)
“Kemudian Tuhan memilihnya (Nabi Adam ‘alaihis salam), maka Dia menerima taubatnya dan memberi petunjuk”. (Taha: 122)
------
Jangan Menzalimi Diri Sendiri
------
Manusia sebagai hamba Allah terbahagi kepada dua bahagian, pertama: Orang yang bertaubat dari kesalahannya dan kedua: Orang yang menzalimi dirinya sendiri. Dianggap orang yang menzalimi dirinya sendiri ialah orang yang tidak mahu bertaubat. Orang yang tidak mahu bertaubat seolah-olah tidak mengenali Tuhannya, tidak mengetahui hak-haknya yang diberikan oleh Allah kepadanya dan tidak melihat aib dirinya dan perbuatannya.
Manusia perlu sedar bahawa Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam walaupun sebagai seorang Nabi dan Rasulullah namun baginda disetiap hari sentiasa bertaubat sebagaimana sabda baginda:
“Wahai sekalian manusia! Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, kerana demi Allah, sesungguhnya aku bertaubat kepadaNya lebih dari tujuh puluh kali dalam sehari”.
Apabila bertaubat, bererti seseorang itu telah meninggalkan jalan orang yang sesat, terkutuk dan dimurkai Allah, kemudian kembali kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala dengan seluruh dimensi kesedaran di hatinya.
------
Cara-Cara Bertaubat
------
Antara cara-cara dan makna taubat menurut syara ialah:
Menyedari besarnya dosa yang dilakukan sehingga menyesalinya dan menggeruni balasannya yang akan tertimpa diakhirat kelak jika tidak bertaubat, sebagaimana sabda Rasullullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
“Menyesali (dosa) itu adalah taubat”. (H/R Ahmad dan Ibn Majah. Sahih al-Jam’i. 6802)
Berniat serta berusaha sedaya upaya menjauhi dan meninggalkan dosa yang telah dilakukan dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi.
Meninggalkan setiap apa yang dibenci dan diharamkan oleh Allah lahir dan batin, lantas beralih kepada yang dicintai dan diredhaiNya.
Bertaubat dengan taubat nasuha sebagaimana firman Allah:
“Hai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang semurni-murninya), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai”. (At-Tahrim, 8)
Sememangnya sudah tercangkup dalam agama Islam pengertian taubat. Kerana taubat adalah hakikat Islam, iman dan ihsan yang meliputi semua tingkatan ibadah, amal dan tingkah laku seorang mukmin, dari awal hinggalah kepengakhir hidupnya. Oleh itu, setiap mukmin wajib menyedari dan mengetahui hakikat taubat dan menerapkan dalam ilmu dan kehidupannya. Orang yang suka bertaubat amat mulia di sisi Allah dan dicintaiNya. Allah Azza wa-Jalla bergembira dengan taubat seseorang mukmin sehinggalah ia menjadi kekasihNya. (Rujuk: Madarajus Salikin jld. 1 hlm. 187 Ibn Qayyim) Allah berfirman:
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang mahu bertaubat dan orang-orang yang mahu membersihkan dirinya sendiri”. (Al-Baqarah, 2: 222)
Orang yang leka atau tidak mahu bertaubat, kemudian menyerahkan nasibnya kepada qada dan qadar, maka ia adalah seorang yang amat jahil, telah meninggalkan perintah Allah, seorang yang sombong, tidak sedar diri, dan telah menzalimi darinya sendiri sebagaimana firman Allah Azza wa-Jalla:
“Dan barangsiapa yang tidak mahu bertaubat maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Al-Hujurat, 49:11)
Allah menyeru dan memerintahkan agar hambaNya yang berdosa sering bertaubat dengan taubat nasuha (taubat yang murni). Perlulah diketahui dan disedari bahawa Allah Yang Maha Pengasih dan Pengampun sentiasa menerima taubat seseorang walau bagaimanapun besarnya dosa yang telah dilakukan. Allah berfirman:
“Tidakkah mereka mengetahui, bahawasanya Allah menerima taubat hamba-hambanyaNya”. (At-Taubah, 9:104)
Bertaubat bukan sahaja merupakan perintah Allah, tetapi taubat adalah nikmat dan penghapus segala dosa sehingga tiada hadnya dosa yang diampunkan. Dosa di pagi hari terhapus lantaran taubat di waktu petang dan dosa di siang hari terhapus lantaran taubat di waktu malam. Bagitulah janji Allah di dalam firmanNya:
“Hai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai”.
“Dan Dialah yang menerima taubat dari hambaNya dan mengampunkan segala dosa dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (As-Syura, 43:25)
“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubatlah kepadaNya (jika kamu mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa Hari Kiamat”. (Hud, 11:3)
“Dan hendaklah kamu meminta keampunan kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya”. (Hud, 3)
Dari Abu Musa al-Asy’ari radiallahu ‘anhu beliau menceritakan: Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya Allah Azza wa-Jalla membentangkan tanganNya di malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa di siang hari dan membentangkan tanganNya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berdosa di malam hari. Demikianlah seterusnya sehingga sampai matahari terbit dari barat (Kiamat)”. (H/R Muslim)
Demikianlah keutamaan taubat sehingga orang yang meninggalkan taubat dianggap membiarkan dirinya dalam dosa dan menzalimi dirinya sendiri. Predikat zalim hanya hilang apabila dihapuskan dengan bertaubat dan mengamalkan yang diperintah serta meninggalkan yang dilarang.
------
Syarat-Syarat Taubat
------
Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syara-syarat taubat yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah Azza wa-Jalla ialah:
Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.
Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.
Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.
Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya.
------
Hukum Taubat
------
Sepakat para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh mengatakan bahawa: “Bertaubat dari segala dosa hukumnya wajib bagi setiap muslim lelaki dan perempuan, kerana manusia selain nabi dan rasul tidak sunyi dari dosa (tidak maksum)”.
Rasulullah bersabda:
“Setiap Bani Adam mereka itu bersalah dan sebaik-baik mereka yang melakukan kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat”.
Hadis di atas menyatakan bahawa semulia-mulia manusia adalah yang bertaubat apabila menyedari dirinya telah melakukan dosa atau bersalah. Allah Azza wa-Jalla pula telah memerintahkan setiap mukmin agar mereka segera bertaubat, janganlah ditangguh-tangguh atau dilewat-lewatkan. Adapun antara dalil-dalil dari al-Quran tentang wajibnya segera bertaubat ialah:
“Bertaubatlah kamu sekalian wahai kaum mukminin kepada Allah semoga kamu mendapat keuntungan”. (An-Nur. 31)
Bertaubat adalah amalan para Nabi, para Rasul, para sahabat, tabi’in, tabi’ut at-tabiin (para salaf) dan orang-orang soleh. Perkara ini telah digambarkan di dalam ayat-ayat al-Quran:
“Kemudian Adam menerima beberapa kalimah dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”. (Al-Baqarah, 2:37)
Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang Muhajirin dan orang-orang Ansar, yang mengikuti Nabi dalam masa kesulitan, setelah hati segolongan dari mereka hampir berpaling, kemudian Allah menerima taubat mereka itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka”. (At-Taubah, 9:117)
“(Iaitu) bahawasanya barangsiapa yang berbuat kejahatan antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Al-An’am, 6:54)
“Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang antara mereka (barulah) ia mengatakan: Sesungguhnya saya bertaubat sekarang. Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran”. (An-Nisa, 4:17-18)
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah berdoa dengan doa meminta pengampunan dan taubat sebagaimana yang berikut ini:
“Ya Tuhanku! Ampunkanlah diriku dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Penerima taubat dan Maha Pemberi rahmat”. (H/R Turmizi. Dan berkata Turmizi: Hadis hasan sahih)
------
Tanda-Tanda Diterimanya Taubat
------
Petanda seseorang itu bertaubat dan telah diterima taubatnya telah dijelaskan oleh Ibnul Qayyim rahimahullah. Antara tanda-tanda tersebut ialah:
Setelah bertaubat, seseorang hamba itu lebih baik dari sebelumnya.
Terus diselubungi rasa takwa dan takut terhadap dosanya dan tidak pernah merasa aman dari siksa Allah walau sekelip mata.
Terlepas dari cengkaman dosa yang dilakukan kerana penyesalan dan rasa takutkan dosa.
Lembut hatinya setelah bertaubat dengan kelembutan yang sempurna, sehingga tunduk kepada Allah walau dalam keadaan marah dan sentiasa dalam kekhusukan. (Lihat: Madarajus Salikin. Jld. 1)
Allah Azza wa-Jalla telah menggambarkan ciri-ciri atau keadaan orang yang telah bertaubat di dalam firmanNya, bahawa mereka sentiasa beramal soleh dengan cara mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh berbuat baik dan melarang dari mengerjakan yang mungkar:
“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang melawat (mencari ilmu, berjihad, berpuasa), yang menyuruh berbuat makruf dan menegah berbuat mungkar dan memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin”. (At-Taubah, 9:112)
“Jika mereka bertaubat (mereka) mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-mara mu seagama”.
Allah Subhanahu wa-Ta’ala telah menggambarkan di dalam al-Quran tentang sikap mereka yang telah bertaubat dan ikhlas dalam taubatnya, bahawa mereka bertambah kuat iman dan amalnya, memperbaiki ibadahnya dengan cara banyak beramal soleh, belajar ilmu-ilmu agama, konsisten dan sentiasa beriltizam. Firman Allah:
“Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga dan tidak dianiaya (dirugikan) sedikitpun”. (Maryam, 19:60)
“Kecuali orang-orang yang taubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) mereka kerana Allah. Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan kepada orang-orang yang beriman pahala yang besar”. (An-Nisa, 4:146)
------
Taubat Nasuha
------
Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa bertaubat nasuha atau taubat yang murni adalah dituntut oleh syara berdasarkan firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu sekalian dengan taubat nasuha (taubat yang murni)” (At-Tahrim, 8)
Ibnul Qayyim al-Jauziyah rahimahullah telah menjelaskan cara-cara taubat nasuha:
Pertama: Meminta pengampunan (taubat) yang meliputi segala dosa-dosa maksiat tanpa ada kecualinya, sehingga tidak ada dosa yang tidak disertakan dalam taubatnya.
Kedua: Membulatkan tekad dan kejujuran hati dengan sepenuhnya supaya tidak menyiksa pada dirinya keragu-raguan, kekesalan atau menanti-nanti (masa bertaubat). Tetapi seorang hamba harus mengerahkan segala keinginan dan ketekadannya untuk segera bertaubat.
Ketiga: Memurnikan taubat dari berbagai noda dan penyakit yang mengganggu keikhlasan bertaubat.
Seterusnya memastikan agar taubat itu benar-benar dari rasa takut, kesedaran dan gentar terhadap siksa Allah, mengharapkan apa yang ada di sisiNya dan khawatir terhadap ancamanNya. Jauhilah diri dari cara taubatnya orang-orang yang hanya ingin mempertahankan maruah dan kehormatannya, kedudukannya, jawatannya, kepemimpinannya untuk memelihara kekuasan dan harta bendanya, atau demi mendapatkan pujian orang banyak, takut pada penghinaan manusia agar orang-orang yang bodoh tidak memperbodohkan dan menghinanya, atau sekadar memenuhi sifat rakusnya terhadap dunia, atau kerana muflis yang tidak berdaya lagi, atau taubatnya lantaran penyakit yang tersembunyi yang telah merosakkan kebenaran dan ketulusan taubatnya kepada Allah Azza wa-Jalla. (Lihat Madarijus Salikin Jld.1 Hlm. 178)
Ketiga-tiga perkara di atas yang dijelaskan oleh Ibn Qayyim sewajarnya difahami dan dipenuhi apabila bertaubat, kerana dengannyalah taubat nasuha seseorang itu akan diterima oleh Allah Azza wa-Jalla.
------
Dosa Umpama Penyakit Yang Merbahaya
------
Orang yang berpenyakit memerlukan ubat dan rawatan. Dosa diumpamakan penyakit rohani yang bertempat di hati sebagaimana firman Allah:
“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya”. (Al-Baqarah, 2:10)
Taubat merupakan terapi, pengubat dan penghapus segala dosa (penyakit) dan pembersih kekotoran hati yang dicemari oleh dosa. Perkara ini telah dijelaskan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam disebuah hadis baginda:
“Dari Abu Hurairah radiallahu anhu, beliau berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah bersabda: Sesungguhnya jika seorang mukmin itu melakukan dosa, maka dosa itu menjadi noktah hitam di dalam hatinya. Lalu jika dia bertaubat, melepaskan dosanya dan memohon keampunan, maka hatinya menjadi bersinar. Yang demikian itulah tutupan yang disebut Allah Azza wa-Jalla dalam kitabNya: Sekali-kali tidak (demikian)! Sebenarnya dosa yang selalu mereka lakukan itu menutup hati mereka”. (Ayat di surah al-Muthaffifin, 14. Menurut At-Tirmizi hadis ini hasan sahih. Minhajul Qasisin. Ibnu Qudamah. Hlm. 388)
Al-Hasan radiallahu ‘anhu pula berkata:
“Kebaikan adalah cahaya di dalam hati dan kekuatan bagi tubuh. Sedangkan dosa merupakan kegelapan di dalam hati dan kelesuan bagi tubuh”. (Lihat: Minhajul Qasidin. Hlm. 388. Ibnu Qudamah)
Oleh itu, janganlah dibiarkan hati gelap, lesu dan tersiksa kerana berpenyakit, ubati dan rawatlah hati dengan banyak meminta pengampunan kepada Allah Yang Maha Pengampun dengan segera dengan cara bertaubat.
------
Taubat Nasuha Menghapuskan Semua Dosa
------
Menurut ulama tafsir, semua dosa akan diampunkan oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala lantaran taubat nasuha. Sama ada yang besar seperti kufur, syirik atau murtad dan tercangkup dosa-dosa yang lebih rendah dari itu juga akan terampun.
Adapun keraguan bahawa dosa-dosanya terlalu banyak untuk diampunkan oleh Allah sehingga berat untuk bertaubat, maka Seyikh Muhammad Soleh al-Munajjid berkata punca-puncanya ialah dikeranakan oleh:
Ketidak-yakinan seseorang terhadap luasnya rahmat Allah dan kasih sayangNya.
Lemahnya iman dan keyakinannya terhadap kuasa Allah yang mampu mengampuni keseluruhan dosa makhlukNya.
Kurang berharap, berdoa, mengingati dan tawadhu’ kepada Allah.
Tidak berkeyakinan bahawa taubat itu pasti menghapuskan semua jenis dosa disebabkan rahmat Allah. (Lihat: اريد ان اتوب ولكن Muhammad Soleh al-Munajjid)
Allah tidak pernah merasa rugi atau kekurangan jika mengampunkan segala dosa hambaNya yang meminta pengampunan. Pengampunan Allah Azza wa-Jalla sentiasa diberikan kepada hambaNya yang bertaubat kerana rahmatNya meliputi segala-galanya. Firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala:
“Dan rahmatKu meliputi segala sesuatu”. (Al-A’raf, 156)
“Katakanlah! Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan semua dosa”. (Az-Zumar, 53)
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah bersabda:
“Orang yang bertaubat dari dosanya bagaikan orang yang tidak mempunyai dosa sama sekali”. (H/R Ibn Majah. Sahih al-Jami’. 2008)
------
Pintu Taubat Sentiasa Terbuka
------
Pintu taubat sentiasa terbuka kecuali setelah roh berada di kerongkongan (sakaratul maut). Dan taubat belum tertutup sebelum mata hari terbit dari barat (Kiamat). Sebagaimana sabda Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam:
“Sesiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum rohnya berada di kerongkongan (Sakaratul maut), maka Allah menerima taubatnya”. (H/R Ahmad dan Turmizi. Sahihul Jami’ 6132)
“Sesiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, maka Allah menerima taubatnya”. (H/R Muslim)
Segala hujjah berupa ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis sahih dan penjelasan para ulama yang tertera di atas, semuanya menunjukkan bahawa pintu dan peluang untuk bertaubat sentiasa dibuka luas oleh Allah kepada sekalian hamba-hambaNya.
Tidak ada perbuatan durjana, keji dan mungkar yang tidak diampunkan jika pelakunya bertaubat nasuha, oleh itu rebutlah peluang dan kesempatan ini sebelum menemui kematian yang menakutkan.
Semoga semua penjelasan di atas dapat dicernakan di hati, difahami dan diamalkan. Dan akhir sekali, dengan penuh harapan kita bermohon kepada Allah Yang Maha Agung agar memberikan kepada kita kemudahan untuk memperbaiki amalan kita, menjauhkan kita dari maksiat dan menjadikan kita insan yang berkemampuan dan dimudahkan untuk beramal soleh, bertaubat nasuha dan bertakwa. Amin Ya Rabbal ‘Alamin!
Friday, October 23, 2009
Sufi?
TAREKAT SUFI NAQSYABANDIYAH
Oleh
Al-Lajnah Ad-Daimah Lil Buhuts Al-Ilmiyah Wal Ifta
Pertanyaan.
Al-Lajnah Ad-Daimah Lil Buhuts Al-Ilmiyah Wal Ifta ditanya : Ada sebuah perkumpulan wanita dari Kuwait. Mereka menyebarkan dakwah sufi beraliran Naqsyabandiyah secara sembunyi-sembunyi, perkumpulan wanita tersebut berada dibawah naungan lembaga resmi.
Kami telah mempelajari kitab-kitab mereka, dan berdasarkan pengakuan mereka, yang pernah ikut perkumpulan wanita ini, tarekat ini memiliki pemahaman diantaranya :
[a]. Barangsiapa yang tidak mempunyai syaikh, maka yang menjadi syaikhnya adalah syetan.
[b]. Barangsiapa yang tidak bisa mengambil ahlak syaikh/gurunya, maka tidak akan bermanfaat baginya Kitab dan Sunnah.
[c]. Barangsiapa yang mengatakan pada syaikhnya, “Mengapa begitu ?” Maka, tak akan sukses selamanya.
Selain itu, mereka berdzikir (dengan tata cara sufi, tentunya) seraya membawa gambar syaikhnya. Mereka suka mencium tangan gurunya yang bergelar Al-Anisaa, dan berasal dari negeri Arab. Mereka menganggap akan mendapat berkah dengan meminum air sisa sang gurunya.
Mereka menulis do’a dengan do’a khusus yang dinukil dari buku Al-Lu’lu wa Al-Marjan Fi Taskhiri Muluki Al-Jann. Dan dalam lapangan pendidikan, perkumpulan ini membangun madarasah khusus untuk kalangan sendiri, mereka didik anak-anak berdasarkan ide-ide kelompoknya, bahkan ada di antaranya yang mengajar di sekolah-sekolah negeri umum, baik jenjang setingkat SMP maupun SMA. Sebagian mereka ada yang berpisah dengan suami dan meminta cerai lewat pengadilan, hal itu terjadi manakala sang suami menyuruh sang istri agar menjauh dari aliran yang sesat ini.
Pertanyaan yang kami ajukan :
[1]. Bagaimanakah menurut syariat tentang perkumpulan wanita tersebut ?.
[2]. Diperbolehkan mengawini mereka ?.
[3]. Bagaimana pula hukumnya dengan akad nikah yang telah berlangsung selama ini ?.
[4]. Sekarang, nasihat dan ancaman yang bagaimana yang pantas untuk mereka ?.
Mohon penjelasan.
Jawaban.
Tarekat sufi, salah satunya Naqsyabandiyah, adalah aliran sesat dan bid’ah, menyeleweng dari Kitab dan Sunnah. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Artinya : Jauhilah oleh kalian perkara baru, karena sesuatu yang baru (di dalam agama) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat”. [Hadits Shahih Riwayat Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah, Tirmidzi dan Hakim]
Tarekat sufi tidak semata bid’ah. Bahkan, di dalamnya terdapat banyak kesesatan dan kesyirikan yang besar, hal ini dikarenakan mereka mengkultuskan syaikh/guru mereka dengan meminta berkah darinya, dan penyelewengan-penyelewengan lainnya bila dilihat dari Kitab dan Sunnah. Diantaranya, pernyataan-pernyataan kelompok sufi sebagaimana telah diungkap oleh penanya.
Semua itu adalah pernyataan yang batil dan tidak sesuai dengan Al-Qur’an dan Sunnah, sebab, yang patut diterima perkataannya secara mutlak adalah perkataan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, sebagaimana firman Allah.
“Artinya : Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah”. [Al-Hasyr : 7]
“Artinya : Dan tidaklah yang diucapkannya itu menurut kemauan hawa nafsunya”. [An-Najm : 3]
Adapun selain Rasulullah shallalahu ‘alaihi wa sallam, walau bagaimana tinggi ilmunya, perkataannya tidak bisa diterima kecuali kalau sesuai dengan Al-Kitab dan Sunnah. Adapun yang berpendapat wajib metaati seseorang selain Rasul secara mutlak, hanya lantaran memandang “si dia/orang”nya, maka ia murtad (keluar dari Islam). Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.
“Artinya : Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai Rabb selain Allah, dan (juga mereka menjadikan Rabb) Al-Masih putera Maryam ; padahal mereka hanya disuruh menyembah Ilah Yang Maha Esa ; tidak ada Ilah (yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan”. [At-Taubah : 31]
Ulama menafsirkan ayat ini, bahwa makna kalimat “menjadikan para rahib sebagai tuhan” ialah bila mereka menta’ati dalam menghalalkan apa yang diharamkan dan mengharamkan apa yang dihalalkan. Hal ini diriwayatkan dalam hadits Adi bin Hatim.
Maka wajiblah berhati-hati terhadap aliran sufi, baik dia laki-laki atau perempuan, demikianlah pula terhadap mereka yang berperan dalam pengajaran dan pendidikan, yang masuk kedalam lembaga-lembaga. Hal ini agar tidak merusak aqidah kaum muslimin.
Lantas, diwajibkan pula kepada seorang suami untuk melarang orang-orang yang menjadi tanggung jawabnya agar jangan masuk ke dalam lembaga-lembaga tersebut ataupun sekolah-sekolah yang mengajarkan ajaran sufi. Hal ini sebagai upaya memelihara aqidah serta keluarga dari perpecahan dan kebejatan para istri terhadap suaminya.
Barangsiapa yang merasa cukup dengan aliran sufi, maka ia lepas dari manhaj Ahlus Sunnah wa Jamaah, jika berkeyakinan bahwa syaikh sufi dapat memberikan berkah, atau dapat memberikan manfa’at dan madharat, menyembuhkan orang sakit, memberikan rezeki, menolak bahaya, atau berkeyakinan bahwa wajib menta’ati setiap yang dikatakan gurunya/syaikh, walaupun bertentangan dengan Al-Kitab dan As-Sunnah.
Barangsiapa berkeyakinan dengan semuanya itu, maka dia telah berbuat syirik terhadap Allah dengan kesyirikan yang besar, dia keluar dari Islam, dilarang berloyalitas padanya dan menikah dengannya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.
“Artinya : Dan janganlah kalian nikahi wanita-wanita musyrikah sebelum mereka beriman, ………. Dan janganlah kalian menikahkan (anak perempuan) dengan laki-laki musyrik sebelum mereka beriman ……..”. [Al-Baqarah : 221]
Wanita yang telah terpengaruh aliran sufi, akan tetapi belum sampai pada keyakinan yang telah kami sebutkan diatas, tetap tidak dianjurkan untuk menikahinya. Entah itu sebelum terjadi aqad ataupun setelahnya, kecuali bila setelah dinasehati dan bertaubat kepada Allah.
Yang kita nasehatkan adalah bertaubat kepada Allah, kembali kepada yang haq, meninggalkan aliaran yang batil ini dan berhati-hati terhadap orang-orang yang menyeru kepada kejelekan-kejelekan. Hendaknya berpegang teguh dengan manhaj Ahlus Sunnah wal Jama’ah, membaca buku-buku bermanfa’at yang berisi tentang aqidah yang shahih, mendengarkan pelajaran, muhadharah dan acara-acara yang berfaedah yang dilakukan oleh ulama yang berpegang dengan teguh pada manhaj yang benar.
Juga kita nasehatkan kepada para istri agar taat kepada suami mereka dan orang-orang yang bertanggung jawab dalam hal-hal yang ma’ruf.
Semoga Allah memberikan taufiq-Nya.
[Fatwa ini dikeluarkan tanggal 18 Jumadil Awal 1414H dengan No. Fatwa 16011, dan dimuat di majalah As-Sunnah Edisi 17/II/1416H-1996M. Diterjemahkan oleh Andi Muhammad Arief Mardzy]
Sumber : http://almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=1485&bagian=0
——————————————-
TAREKAT-TAREKAT SUFI
Oleh
Al-Lajnah Ad-Da’imah Lil Bufiuts Al-’Ilmiyah Wal lfta’
Pertanyaan:
Al-Lajnah Ad-Da’imah Lil Bufiuts Al-’Ilmiyah Wal lfta’ ditanya : Apa yang dimaksud dengan problematika tasawuf dan apa kedudukannya dalam Islam, yakni; Tarekat Tijaniyah, Qadariyah dan Syi’ah, tarekat-tarekat itu berpusat di Nigeria. Misalnya, Tarekat Tijaniyah, dalam ajarannya ada yang disebut shalawat ba-kariyah, yaitu ucapan; (Ya Allah limpahkanlah shalawat kepada pemimpin kami Muhammad sang pembuka segala yang tertutup.. dst hingga.. dengan sebenar-benarnya kedudukan dan kedudukannya adalah agung). Shalawat ini dianggap lebih besar dan lebih utama daripada shalawat Ibrahimiyah. Ini saya temukan dalam kitab mereka “Jawahirul Ma’ani” juz I halaman 136. Apakah ini benar?
Jawaban:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah semata. Shalawat dan salam semoga dicurahkan kepada RasulNya, keluarganya dan para sahabatnya. Amma ba ‘du,
Ada yang mengatakan bahwa kata as-sufiyah dinisbatkan kepada as-suffah karena keserupaan mereka dengan sekelompok sahabat yang fakir dan menempati suffah (beranda) masjid Nabawi. Tapi pengertian ini tidak benar, karena penisbatan kepada kata as-suffah menjadi suffiyyun dengan mentasydidkan huruf fa’ tanpa huruf wawu.
Ada juga yang mengatakan bahwa itu dinisbatkan kepada kata shafiwah (suci) karena kesucian hati dan perbuatan mereka. Ini juga salah, karena penisbatan kepada kata shafwah menjadi shafwiyyun. Lain dari itu, kaum sufi lebih banyak diliputi oleh bid’ah dan kerusakan aqidah. Ada juga yang mengatakan, bahwa itu dinisbatkan kepada kata ash-shauf [kain wool], karena merupakan lambang pakaian mereka. Pengertian ini lebih mendekati secara bahasa dan realita mereka. [1]
Hanya Allah lah yang kuasa member! petunjuk. Shalawat dan salam semoga dilimpahkan kepada Nabi kita Muhammad, keluarga dan para sahabatnya.
[Fatawa Al-Lajnah Ad-Da'imah lil Bufiuts Al-'Ilmiyah wal lfta', 2/182]
TAREKAT-TAREKAT SUFI DAN WIRID-WIRIDNYA
Pertanyaan:
Al-Lajnah Ad-Da’imah Lil Bufiuts Al-’Ilmiyah Wal lfta’ ditanya : Bagaimana hukum tarekat-tarekat sufi dan wirid-wirid yang mereka susun dan mereka dengungkan sebelum shalat Shubuh dan setelah shalat Maghrib. Apa pula hukum orang yang mengaku bahwa ia melihat Nabi Saw dalam keadaan terjaga dengan mengu-capkan, ’semoga kesejahteraan diliimpahkan atasmu wahai matanya semua mata dan ruhnya semua ruh.’?
Jawaban:
Segala puji bagi Allah semata. Shalawat dan salam semoga senantiasa dicurahkan kepada RasulNya, keluarganya dan para sahabatnya. Amma ba ‘du,
Tarekat-tarekat dan wirid-wirid yang anda sebutkan itu adalah bid’ah, di antaranya adalah Tarekat Tijaniyah dan Kitaniyah. Dari wirid-wirid mereka itu tidak ada yang disyari’atkan kecuali yang sesuai dengan Al-Kitab dan As-Sunnah yang shahih.
Adapun yang disebutkan dalam pertanyaan ini, bahwa ada seseorang yang menganut faham Kitani lalu ia melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan inderanya dalam keadaan jaga dan mengatakan, ’semoga kesejahteraan dilimpahkan atasmu wahai matanya semua mata .. dst.’ adalah suatu kebatilan yang tidak ada asalnya. Karena Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak akan pernah terlihat oleh seseorang dalam keadaan terjaga (tidak dalam keadaan tidur) setelah beliau wafat, dan beliau tidak akan keluar dari kuburnya kecuali pada Hari Kiamat nanti, sebagaimana yang difirmankan Allah Subhanahu wa Ta’ala.
“Artinya : Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati. Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kuburmu) di Hari Kiamat. ” [Al-Mukminun: 15-16]
Dan sebagaimana disabdakan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam
“Artinya : Aku adalah pemimpin anak adam pada hari kiamat dan yang pertama kali dibukakan kuburnya†[2]
Hanya Allah lah yang kuasa memberi petunjuk. Shalawat dan salam semoga dicurahkan kepada Nabi kita Muhammad, keluarga dan para sahabatnya.
[Fatawa Al-Lajnah Ad-Da' imah lil Buhuts Al-'Ilmiyah wal Ifta', 2/184]
[Disalin dari buku Al-Fatawa Asy-Syar'iyyah Fi Al-Masa'il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini-2, Darul Haq]
_________
Foote Note
[1]. Ada bab tersendiri yang membahas tentang tijaniyah dan bid’ah-bid’ahnya. Sebaiknya merujuk fatwa Lajnah Da’imah mengenai hal ini.
[2]. Imam Muslim meriwayatkan seperti itu dalam Al-Fadha’il(2278).
Sumber : http://almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=1437&bagian=0
———————————————————
TAREKAT TIJANIYAH
Oleh
Syaikh Abdul Aziz bin Baz
Pertanyaan:
Syaikh Abdul Aziz bin Baz ditanya : Banyak orang di tengah-tengah kami yang menganut Tarekat Tijaniyah, sementara saya mendengar dalam acara Syaikh (nur ‘ala ad-darb) bahwa tarekat ini bid’ah, tidak boleh diikuti. Tapi keluarga saya mempunyai wirid dari Syaikh Ahmad At-Tijani yaitu shalawat fatih, mereka mengatakan bahwa shalawat fatih adalah shalawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Apa benar shalawat fatih adalah shalawat kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam? Mereka juga mengatakan, bahwa orang yang membaca shalawat fatih lalu meninggalkannya, ia dianggap kafir. Kemudian mereka mengatakan, ‘Jika engkau tidak mampu melaksanakannya lalu meninggalkannya, maka tidak apa-apa. Tapi jika engkau mampu namun meninggalkannya maka dianggap kafir.’Lalu saya katakan kepada kedua orang tua saya bahwa hal ini tidak boleh dilakukan, namun mereka mengatakan, ‘Engkau wahaby dan tukang mencela.’ Kami mohon penjelasan.
Jawaban:
Tidak diragukan lagi bahwa Tarekat Tijaniyah adalah tarekat bid’ah. Kaum muslimin tidak boleh mengikuti tarekat-tarekat bid’ah, tidak Tarekat Tijaniyah, tidak pula yang lainnya, bahkan seharusnya berpegang teguh dengan apa-apa yang diajarkan oleh Rasulullah Saw, karena Allah telah berfirman.
“Artinya : Katakanlah, ‘Jika. kamu (benar-benar) mentintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah meneasihi dan mengampuni dosa-dosamu’ .” [Ali Imran: 31]
Artinya, katakanlah kepada manusia wahai Muhammad, ‘Jika kalian benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah aku, niscaya Allah akan mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian.’
Allah pun telah berfirman.
“Artinya : Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Rabbmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (dari padanya). ” [Al-A'raf : 3].
Dalam ayat lainnya disebutkan.
“Artinya : Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah. ” [Al-Hasyr : 7]
Dalam ayat lainnya lagi disebutkan.
“Artinya : Dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain).” [Al-An'am : 153]
As-Subul (jalan-jalan yang lain) di sini maksudnya adalah jalan-jalan yang baru yang berupa perbuatan bid’ah, memperturutkan hawa nafsu, keraguan dan kecenderungan yang diharamkan. Adapun jalan yang ditunjukkan oleh sunnah RasulNya , itulah jalan yang harus diikuti.
Tarekat Tijaniyah, Syadziliyah, Qadariyah dan tarekat-tarekat lainnya yang diada-adakan oleh manusia, tidak boleh diikuti, kecuali yang sesuai dengan syari’at Allah. Yang sesuai itu boleh dilaksanakan karena sejalan dengan syari’at yang suci, bukan karena berasal dari tarekat si fulan atau lainnya, dan karena berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.
“Artinya : Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” [Al-Ahzab : 21].
Dan firmanNya.
“Artinya : Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.” [At-Taubah: 100].
Serta sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
“Artinya : Barangsiapa membuat sesuatu yang baru dalam urusan kami (dalam Islam) yang tidak terdapat (tuntunan) padanya, maka ia tertolak.”[1]
Dan sabda beliau.
“Artinya : Barangsiapa yang melakukan suatu amal yang tidak kami perintahkan maka ia tertolak.”[2]
Serta sabda beliau dalam salah satu khutbah Jum’at.
“Artinya : Amma ba ‘du. Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah, sebaik-baik tuntunan adalah tuntunan Muhammad Saw, seburuk-buruk perkara adalah hal-hal baru yang diada-adakan dan setiap hal baru adalah sesat.”[3]
Dan masih banyak lagi hadits-hadits lainnya yang semakna.
Shalawat fatih adalah shalawat kepada Nabi Saw sebagaimana , yang mereka klaimkan, hanya saja shighah lafazhnya tidak seperti yang diriwayatkan dari Nabi Saw, sebab dalam shalawat fatih itu mereka mengucapkan (Ya Allah, limpahkanlah shalawat dan salam kepada penghulu kami, Muhammad sang pembuka apa-apa yang tertutup, penutup apa-apa yang terdahulu dan pembela kebenaran dengan kebenaran). Lafazh ini tidak pernah menjadi jawaban mengenai cara bershalawat kepada beliau ketika ditanyakan oleh para sahabat. Adapun yang disyari’atkan bagi umat Islam adalah bershalawat kepada beliau dengan ungkapan yang telah disyari’atkan dan telah diajarkan kepada mereka tanpa harus mengada-adakan yang baru.
Di antaranya adalah sebagaimana disebutkan dalam Ash-Shahihain, dari Ka’b bin ‘Ajrah , bahwa para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana kami bershalawat kepadamu?” beliau menjawab,
“Artinya : Ucapkanlah (Ya Allah, limpahkanlah shalawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana telah engkau limpahkan shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mahabaik. Dan limpahkanlah keber-kahan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana telah Engkau limpahkan keberkahan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mahabaik.)” [4]
Disebutkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim, dari hadits Abu Humaid As-Sa’idi Radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahwa beliau bersabda.
“Artinya : Ucapkanlah (Ya Allah, limpahkanlah shalawat kepada Muhammad, para isterinya dan keturunannya sebagaimana telah Engkau limpahkan shalawat kepada keluarga Ibrahim. Dan limpahkanlah keberkahan kepada Muhammad, para isterinya dan keturunannya, sebagaimana telah Engkau limpahkan keberkahan kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mahabaik.)”. [5]
Dalam hadits lainnya yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahihnya, dari hadits Ibnu Mas’ud Al-Anshari Radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahwa beliau bersabda.
“Artinya : Ucapkanlah (Ya Allah, limpahkanlah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana telah Engkau limpahkan shalawat kepada keluargaa Ibrahim. Dan limpahkanlah keberkahan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana telah Engkau limpahkan keberkahan kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mahabaik di seluruh alam.)”[6]
Hadits-hadtis ini dan hadits-hadits lainnya yang semakna, telah menjelaskan tentang cara bershalawat kepada beliau yang beliau ridhai untuk umatnya dan telah beliau perintahkan. Adapun shalawat fatih, walaupun secara global maknanya benar, tapi tidak boleh diikuti karena tidak sama dengan yang telah diriwayatkan secara benar dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang menerangkan cara bershalawat kepada beliau yang diperintahkan. Lain dari itu, bahwa kalimat (pembuka apa-apa yang tertutup) mengandung pengertian global yang bisa ditafsiri oleh sebagian pengikut hawa nafsu dengan pengertian yang tidak benar. Wallahu waliyut taufiq.
[Majalah Al-Buhuts, nomor 39, hal. 145-148, Syaikh Ibnu Baz]
[Disalin dari buku Al-Fatawa Asy-Syar'iyyah Fi Al-Masa'il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini-2, Darul Haq]
_________
Foote Note
[1]. Disepakati keshahihannya dari hadits Aisyah Ra, : Al-Bukhari dalam Ash-Shulh (2697). Muslim dalam Al-Aqdhiyah (1718).
[2]. Dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam Al-Aqdhiyah (18-1718).
[3]. Dikeluarkan oleh Imam Muslim dari hadits Jabir bin Abdullah RA dalam Al-Jumu’ah (867).
[4]. Al-Bukhari dalam Ahaditsul Anbiya’ (3369). Muslim dalam Ash-Shalah (407).
[5]. Al-Bukhari dalam Ahaditsul Anbiya’ (3369). Muslim dalam Ash-Shalah (407).
[6]. HR. Muslim dalam Ash-Shalah (407).
Sumber : http://almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=1404&bagian=
6 comments:
camane klu sesorg wat dose mase blum baligh n x matured lg,tp kesannye permanent e.g dye(kaler) rmbt? Tp ble die da sdr, die brtaubat n sgt menyesal.Camane ngan amalan2 die slps die baligh?Apa yg spttnye die lakukan?
Dye rambut rasanya tak permanent... coz, rambut sentiasa bertukar, dan boleh juga dibotakkan.
Kalau kita buat dosa, tak kira lah semasa belum baligh atau selepas baligh... yg pentingnya, if kita benar2 bertaubat, sewajarnya lah kita tinggalkan semua perkara2 yg tak betul tu... dan istiqamah dengan perkara yg benar...
Allahu a'lam...
Nawawi.