Prof Madya Dr Ahmad Farouk Musa
Firman Allah:“Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selainAllah yang mensyariatkan kepada mereka agama yangtidak diizinkan oleh Allah?” [42:21]
Sabda arRasul:“Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklahkalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah Khulafa’arRasyidin yang mendapat petunjuk. Berpeganglahdengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilahkamu perkara yang diada-adakan (dalam agama) keranasetiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah dan setiapbid’ah adalah sesat”
[Riwayat Abu Dawud dan at-Tarmizi. Kata at-Tarmizi:Hadith ini hasan sahih. Diriwayatkan juga oleh IbnuHibban dan al-Hakim di dalam al Mustadrak denganmengatakan hadith ini sahih. Hal ini dipersetujui olehaz-Zahabi di dalam Tahqiq al-Mustadrak 1/288]
Marilah kita melihat secara adil dan saksama tentangpermasalahan berzikir secara jahar (kuat) yang dilakukan secara berjamaah sepertimana yang telahdinukilkan daripada hadith yang diriwayatkan oleh IbnuAbbas.
Apa yang jelas, penulis (Dr Asmadi Mohamed Naim, bekas tenaga penggerak al-Arqam) telah cuba untuk membela perbuatan yang diamalkan oleh jama’ah yang pernah beliau anuti dan juga yang dilakukan olehramai umat Islam di Malaysia ini yang mengkhatamkan solat dengan berzikir dan berdo’a beramai-ramai.
Penulis telah dengan sengaja melakukan jenayah ilmiah,dengan melupakan perbicaraan upacara berdo’a setiap habis solat yang mengiringi zikir tersebut. Sedangkan perbuatan tersebut dilakukan secara beriringan.
Tujuannya tidak lain melainkan untuk -Sunnah yang sebenarnya. Di zaman siber ini, manusia tidak dapat bersembunyi disebalik jubah atau serban,celak atau janggut, mahupun ijazah Azhar atau Jordan,kerana setiap rujukan yang dikemukakan boleh diperiksa kesohihannya. Penulis beranggapan bahawa sekiranya beliau dapat mendatangkan hadith Ibnu Abbas tersebut,maka tiada yang akan mempersoalkan tentang upacara berdo’a beramai-ramai dan menganggap bahawa perbuatan tersebut juga sebahagian daripada as-Sunnah.
Ketika mengulas hadith Ibnu Abbas tersebut, yakni"Meninggikan suara berzikir selepas orang ramai selesai daripada solat fardu sudah pun berlaku pada zaman Nabi";
al-Imam asy-Syafie berkata: “Pendapatku untuk imam dan makmum hendaklah mereka berzikir setelah selesai solat. Hendaklah mereka mengisrarkan(memperlahankan) zikir kecuali jika imam mahu dipelajari daripadanya, maka ketika itu dijaharkan zikir. Sehinggalah apabila didapati telah dipelajari daripadanya, maka sesudah itu hendaklah ia israrkan.
[Mausu’ at al-Imam asy-Syafie: al-Umm, jilid 1ms353]Adapun hadith Ibnu Abbas tersebut, Imam asy-Syafiemenjelaskan: “Aku berpendapat Baginda menjaharkan zikir hanya untuk seketika untuk orang ramai mempelajari daripada Baginda. Hal ini kerana kebanyakan riwayat yang telah kami tulis bersama ini atau selainnya tidak menyebut selepas salam terdapat tahlil dan takbir.
(Maksud Imam asy-Syafie ialah apa yang beliau tulis dalam al-Umm tersebut dalam bab kalam al-Imam wajulusihi ba’dassalam yang mana beliau telah mengemukakan beberapa hadith yang menunjukkan Baginda tidak menjaharkan suara ketika zikir sesudah solat.) Kadangkala riwayat menyebut Baginda berzikir selepas solat seperti yang aku nyatakan, kadangkala disebut Baginda pergi tanpa zikir.
Ummu Salamah pula menyebut duduknya Baginda (sesudah solat) tetapi tidak menyebut Baginda berzikir secara jahar. Aku berpendapat Baginda tidak duduk melainkan untuk berzikir secara sirr (perlahan).”Maksud al-Imam asy-Syafie di sini ialah hadith riwayat Ummu Salamah : “Adalah Rasulullah apabila telah memberi salam, bangunlah para wanita dikala Nabi selesai memberi salam itu.
Sedang Nabi duduk sejenak ditempatnya sebelum berdiri. Kami berfikir; Nabi berbuat demikian untuk memberi kesempatan kepada wanita keluar lebih dahulu agar tidak berdesakan dengan para lelaki.” [Riwayat Ahmad dan Bukhari; al-Muntaqa 1:473]
Selanjutnya al-Imam asy-Syafie berkata: “Jika seseorang berkata: Seperti apa? (yakni apakah contoh yang Baginda lakukan hanya seketika kemudian setelah orang ramai mempelajarinya, Baginda tinggalkan)
Akukatakan: Sepertimana Baginda pernah bersolat di atas mimbar, yang mana Baginda berdiri dan ruku’ diatasnya, kemudian Baginda undur ke belakang untuk sujud di atas tanah. Kebanyakan umur baginda, Baginda tidak solat di atasnya (mimbar). Akan tetapi aku berpendapat, Baginda mahu agar sesiapa yang jauh yang tidak melihat Baginda dapat mengetahui bagaimana berdiri (di dalam solat), ruku’ dan bangun daripada sujud. Baginda ingin mengajar mereka keluasan dalam itu semua.”Sambungnya lagi: “Aku suka sekiranya imam berzikir nama Allah di tempat duduknya sedikit dengan kadar yang seketika sehingga kaum wanita pergi.
Hal ini seperti yang dikatakan oleh Ummu Salamah. Kemudian Imam boleh bangun. Jika dia bangun sebelum daripada itu, atau duduk lebih lama daripada itu, tidak mengapa. Makmum pula boleh pergi setelah imam selesai memberi salam, sebelum imam bangun. Jika dia lewatkan sehingga imam pergi, atau bersama imam, itu lebih aku sukai untuknya.”Demikianlah huraian Imam asy-Syafie berhubung hadithIbnu Abbas tersebut.
Apa yang jelas Imam asy-Syafie yang dikenali sebagai ‘nasirus-sunnah’ tidak pernah menyebutkan bahawa Nabi dan para sahabatnya berkekalan berbuat sedemikian yakni menjaharkan zikir sesudah solat sepertimana yang dilakukan oleh umat Islam yang mengaku bermazhab Syafie di negara kita ini. Sekiranya para sahabat yang terdahulu senantiasa menjaharkan zikir sesudah solat, sudah tentulah telah diriwayatkan dengan berbagai jalan dan berlaku ijma’ para sahabat dalam hal yang sedemikian itu. Akan tetapi kita tidakmenjumpai perkara yang sedemikan rupa.
Jelaslah sudah bahawa perbuatan menjaharkan zikir beramai-ramai menyanggahi apa yang telah di fatwakan oleh Imam asy-Syafie sendiri dan apa yang diwarisi daripada as-sunnah. Mereka memandang sunnah perbuatan yang sedemikian itu sehingga mereka merasakan orang yang meninggalkan perkara tersebut seakan-akan telah meninggalkan sunnah ar-Rasul.
Selanjutnya al-Baihaqi dan selainnya berhujjah untukmengisrarkan zikir sesudah solat dengan hadith AbuMusa al-Asya’ari ujarnya: “ Kami telah menyertai Nabidi dalam satu perjalanan. Kami apabila turun ke suatu lembah, kami bertahlil dan bertakbir sehingga bergema suara kami.
Maka Nabi bersabda: Wahai manusia,berlemah-lembutlah kamu terhadap dirimu, kerana kamu bukan menyeru kepada Dia yang pekak dan bukan pula menyeru kepada Dia yang jauh, tetapi Dia yang senantiasa dekat dengan dirimu”Apa yang lebih jelek ialah mereka mengadakan suatu bid’ah yang tidak dikenali diz aman Rasulullah dan para sahabatnya iaitu berterus-terusan berdo’a beramai-ramai sesudah solat.
Manakah nas daripada as-sunnah yang dapat menjadi dalil bagi perbuatan yang sedemikian ini? Bukankah perbuatan berzikir dan berdoa beramai-ramai sesudah solat ini dilakukan serentak?Mengapakan perbincangan tentang perkara ini sengaja dilupakan?
Adakah kerana tidak ada satu nas pun daripada as-sunnah yang boleh di kemukakan untuk menjadi dalil, lantas merasa cukup untuk membawa nas yang mengizinkan menjaharkan zikir dengan harapan manusia akan terpedaya dan menganggap perbuatan ini juga sebahagian daripada as-sunnah?
Al-Imam an-Nawawi berkata dalam hal ini: “Tidaklah ada khilaf tentang kesunnatan adanya zikir sesudah solat,bagi imam, bagi makmum, dan bagi yang bersolat bersendirian. Masing-masing berzikir sendiri-sendiri.Adat yang diadakan manusia, iaitu imam menentukan doa buat solat subuh dan asar, tiada berasal sama sekali.Berjabat tangan sesudah solat subuh dan asar adalah suatu bid’ah” [al-Majmu’ III: 484,492]
Berkata al-Imam Ibnul Qayyim: “Imam berdoa sesudah salam daripada solat sambil menghadap qiblat, atau menghadap makmum tidak pernah dikerjakan Nabi, yang senantiasa bertindak sebagai imam, dan tidak ada pula riwayat yang menyuruh kita mengerjakan yang sedemikian itu.” [Zadul Ma’ad I:93]
Berkata pula al-Ustaz Ali Mahfuz di dalam al-Ibda’: “Nabi tidak pernah duduk sambil menghadap makmum untuk membaca doa sesudah solat dengan suara yang keras serta terus menerus melakukan yang sedemikian itu.
Lantaran itu, orang awam menyangka bahawa begitulah seharusnya mengkhatamkan solat, padahal yang disukai ialah berdoa secara sendiri-sendiri. Dan mengapa harus kita mengeraskan suara waktu berdoa, padahal Allah telah berfirman:
Serulah Tuhanmu dengan tadarru’ dan khufyah, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” [7:55]
Tadarru’ ialah berlaku khusyu’, tenang, dan merasa rendah diri berhadapan dengan Allah. Khufyah ialah menyebut sesuatu dengan menghaluskan suara.” [al Ibda’: 272-273]
Hadith Nabi yang memberi amaran kepada pengamal dan pembuat bid’ah sangat banyak jumlahnya. Cukuplah sekiranya kami mendatangkan satu athar untuk membuktikan betapa prihatinnya para sahabat Nabi dalam perkara yang berhubung dengan ibadah ini.
Mereka senantiasa mengingkari sesuatu ibadah yang tidak ada contoh daripada Nabi walaupun dipandang baik oleh mata manusia.
Daripada ‘Amr bin Salamah (murid kepada Abdullah bin Mas’ud) katanya:
Suatu ketika kami ke pintu Abdullah bin Mas’ud sebelum solat subuh.Apabila beliau keluar, kami akan berjalan bersamanya ke masjid. Tiba-tiba datang kepada kami Abu Musaal-Asy’ari lalu bertanya: Apakah Abu Abdul Rahman(gelaran Abdullah bin Mas’ud) telah keluar kepadakamu?
Kami jawab: Tidak. Maka beliau duduk bersama kami sehingga Abdullah bin Mas’ud keluar. Apabila beliau keluar, kami semua bangun kepadanya.Lalu Abu Musa al-Asy’ari berkata: Wahai Abu AbdulRahman, aku telah melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak bersetuju, tetapi aku tidak melihat,alhamdulillah, melainkan ianya baik. Beliau bertanya:Apakah dia? Kata Abu Musa: Jika umur kamu panjang kamu akan melihatnya.
Aku melihat satu puak, mereka duduk dalam lingkungan menunggu solat. Bagi setiap lingkungan ada seorang lelaki (ketua), sementara ditangan mereka yang lain ada anak-anak batu. Apabila lelaki itu berkata: Takbir seratus kali, mereka pun bertakbir. Apabila dia berkata: Tahlil seratus kali,merekapun bertahlil. Apabila dia berkata: Tasbih seratus kali, mereka pun bertasbih.
Tanya Abdullah binMas’ud: Apa yang telah kamu katakan kepada mereka.Jawabnya: Aku tidak berkata apa-apapun kerana menanti pandangan dan perintahmu.”Berkata Abdullah bin Mas’ud: Mengapa engkau tidak menyuruh mereka mengira dosa-dosa mereka dan memberi jaminan pahala mereka tidak akan hilang sedikitpun?Lalu beliau berjalan dan kamipun berjalan bersama.
Sehinggalah beliau tiba di salah satu lingkungan tersebut. Beliau berdiri lantas berkata: Apa yang aku lihat kamu sedang lakukan ini? Jawab mereka: Wahai Abu Abdul Rahman, batu yang dengannya kami menghitung takbir, tahlil dan tasbih.
Jawab beliau: Hitunglah dosa-dosa kamu, aku jamin pahala kamu tidak hilang sedikit pun. Celaka kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih lagi ramai, baju Baginda belum lagi buruk, bekas makanan dan minuman Baginda belum lagi pecah. Demi jiwaku yang berada ditanganNya, apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk daripada agama Muhammad,atau kamu semua pembuka pintu kesesatan.
Jawab mereka: Demi Allah wahai Abu Abdul Rahman, kami hanya bertujuan baik. Jawab beliau: Betapa ramai yang bertujuan baik tetapi tidak menepatinya. Sesungguhnya Rasulullah telah menceritakan kepada kami satu kaum yang membaca al-Qur’an namun tidak lebih daripada kerongkong mereka. Demi Allah, aku tidak tahu,barangkali kebanyakan mereka daripada kalangan kamu.Kemudian beliau pergi.Berkata ‘Amr bin Salamah: Kami melihat kebanyakan puak tersebut bersama Khawarij memerangi kami pada hari Nahrawan. [Riwayat ad-Darimi di dalam Musnadnya dengansanad yang dinilai sahih oleh al-Albani di dalamSilsilah al-Ahadith as-Sohihah V:11]
Lihatlah betapa Abdullah bin Mas’ud membantah perbuatan ibadah berzikir beramai-ramai yang diamalkan kumpulan tersebut walaupun mereka pada asalnya memiliki niat dan pandangan yang baik. Pada zahirnya tiada yang buruk pada perbuatan mereka. Namun kerana ia merupakan ibadah yang tidak ada contoh daripada Nabi, maka ia ditolak. Bahkan Abdullah bin Mas’ud memberi amaran betapa perbuatan bid’ah yang kecil akan mengheret seseorang kepada bid’ah yang lebih besar.
Akhir kata perhatikanlah apa yang telah disebut olehSyeikh Yusuf al-Qaradawi: “Hendaklah seorang Muslim dalam ibadahnya mengikut batasan yang ditentukan untuknya. Tidak mencukupi hanya sekadar bertujuan untuk keredaan Allah semata. Bahkan hendaklah ibadah itu dilakukan dalam bentuk yang disyari’atkan Allah dengan kaifiyyat (tatacara) yang diredaiNya.
Janganlah ibadah seorang Muslim itu berdasarkan apa yang direka oleh manusia berdasarkan hawa nafsu dan sangkaan.”
Selanjutnya beliau berkata: “Tidak boleh sesiapa pun daripada imam-imam kaum muslimin betapa tinggi sekalipun darjat ilmunya, demikian juga tidak boleh mana-mana badan ilmu sekalipun hebat kedudukannya,demikian juga bagi mana-mana institusi ilmu, atau golongan daripada kaum muslimin samada kecil atau besar, untuk mencipta ibadah yang baru dalam agama Allah atau menokok-nambah ibadah yang ada dalam agama atau mengubah cara yang dilakukan pada . Hal ini memandangkan pembuat syari’at hanyalah Allah manakala ar-Rasul adalah penyampainya,sedangkan kita hanyalah pengikutnya.
Segala kebaikan itu dalam al-ittiba’ (mengikut apa yang ditentukanAllah dan rasulNya). [Al-Ibadah fil-Islam: 165-167]
No comments:
Post a Comment