Berat rasanya apabila kita menolak HidayahNya,menolak HadiahNya..sudah seminggu saya membuka niqob..namun,tiada perasaan yang tenang dan senang..malah sedih..saya letih..keluarga saya semua menentang pemakaian niqob..saya sanggup membuka niqob ini kerana mereka..dan saya sanggup menolak hadiah daripada Allah yang paling saya cintai..
Aku menolak cintaNya..aku menolak hidayahNya..aku mohon petunjuk dariMu ya Allah..
Aku tidak memahami kenapa diriki berniqob?Adakah kerana ia wajib?sunnah?banyak bahan bacaan telah aku baca..banyak pendapat..aku juga tidak memahami,kenapa aku ingin sekali berniqob?dan mengapa aku berani sekali berniqob?
Aku yakin..semuanya dari Allah..dan hanya Allah mengetahui kenapa?
Setelah bertemu dengan ibu-ibuku di taqlim..semuanya nangis kerana aku membuka niqob..mereka nangis kerana aku menolak Hidayah Allah..mereka member aku kekuatan..sahabat-sahabatku yang berniqob dari arab Saudi dan yaman juga member aku kekuatan..
Aku letih terpaksa menjadi dua orang dalam satu orang..apabila aku pulang ke rumah,aku kena buka niqobku..aku perlu mengikuti rentak keluargaku..apabila aku di Universiti aku memakai niqobku..mengikuti rentakku..aku letih..
Bukan mudah mendedahkan wajah..kerana sudah lama aku memakainya..membuka wajah bagaikan membuka sesuatu yang manis pada diriku yang selama ini aku simpan untuk bakal suamiku..
As-salam.
ReplyDeleteBersabarlah dan tetapkanlah pendirianmu!!!!
-bertaqwalah sedayamu-
Assalammualaikum wrt wbt ...
ReplyDeleteJadilah dirimu yang sebenar dik .... Inya-Allah.
http://keranacinta.wordpress.com/2009/08/07/purdah-hari-pertama-memakainya/
ReplyDeleteAssalamu'alaikum wa rahmatullah,
ReplyDeleteAda satu buku yang membahaskan persoalan niqob dengan komprehensif, yakni al-Radd al-Mufhim (Edisi terjemahan: Hukum Cadar) oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, terbitan Media Hidayah.
Fattaqu Allah ma istatho'tum (Bertaqwalah kamu sekadar kemampuan kamu). Jangan kecewa sekiranya sunnah yang ini tak dapat diamalkan dalam kebanyakan waktumu, teruskan hari-harimu dengan mempraktikkan sunnah-sunnah yang lain dan semoga istiqomah (konsisten).
Wallahu'alam.