Thursday, November 12, 2009

Aku sudah berniqob semula..

Assalam Moalaikum..kini saya sudah kembali berniqob..ketahuilah bukan mudah untuk sufur(membuka wajah) kerana sudah lama kita menutupinya..

Ramai yang mengatakan..Husna..enti kena pakai niqob..pakailah semula..kami mendukung enti walaupun kami belum memakainya..lucu rasanya sahabat-sahabatku ini..

Iya..saya akan teruskan mujahadah dalam pemakaian niqob..tidak apalah soal keluarga dan masyarakat yang tidak mendukung..insyaAllah satu hari nanti mereka akan memahaminya..dan saya amat membutuhkan doa kalian semua agar saya istiqomah..kerana saya lemah dipujuk oleh keluarga..bila saya pulang memang nasihat ibu saya terngiang-ngiang..menyuruh saya sufur..

Inilah dia dugaannya..saya percaya pasti akhowat yang lain juga sama..tetapi jangan kita khuatir..kita laksanakan kerana ALLAH..jika mereka katakan fitnah..permulaan memakainya memang banyak fitnah..Syurga itu bukan mudah...

Saya juga ingin memohon maaf bagi pembaca yang terasa dengan post yang ada di blog saya ini..ini hanyalah teguran ilmiah..jika tidak bersetuju dengan pendapat saya tinggalkan dan ambil pendapat yang lebih tepat dengan Al-quran dan As-Sunnah..inilah metodologi ilmu..memberi dan menerima..terima kasih kepada semua pembaca yang istiqomah dalam membaca post saya kerana inginkan ilmu dan percambahan pemikiran islam..semoga kita sama-sama memperoleh hidayah dan cinta Allah..

3 comments:

  1. assalamualaikum dik.
    tahniah kerana kembali berniqab walaupun mendapat cabaran dari keluarga. semoga istiqomah adik itu kerana mencari redhaNya akan sentiasa diberi kekuatan untuk meyakinkan keluarga.

    maaf, kakchik lompat blog dari Elixir of Rhapsody.

    ReplyDelete
  2. Al-hamd, dik. Akhirnya adik mengambil keputusan yang tepat. Insya-Allah semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya ....

    ReplyDelete