Assalmo alaikum..Baiklah..ana kan jawab ye..
Ap itu seruan Tajdid?
Seruan tajdid merupakan seruan pembaharuan..jangan takut..bukan menyeru manusia memperbaharui Islam..tetapi perubahan sikap manusia..
Apa itu Salafi?
Salafi,dalam bahasa arab Salaf itu adalah orang-orang zaman dahulu..i itu pula bermaksud kepunyaan saya..Salafi itu bermaksud orang-orang terdahulu yang menjadi kepunyaan kita..
Dari segi Syarak..Salafi ini adalah mengikuti para Sahabat,tabien,tabiut tabien dalam mengikuti al-Quran dan as-Sunnah.
Kenapa seruan tajdid?
Sejarahnya..tanah Melayu kita ini dipenuhi dengan sekolah-sekolah pondok,atau madrasah atau pesantren untuk mengajar al-Quran dan as-Sunnah.Ini merupakan institusi yang paling agung dan di muliakan dalam masyrakat di tanah melayu.Ramai ulamak-ulamak,hafiz-hafiz di lahirkan daripada Institusi Ilmu ini.MasyaAllah sangat bagus dakwahnya.
Namun,kesuciaan Islam itu tidak dikekalkan apabila berlakunya ketaksuban dalam Institusi Ilmu ini.Dimana pelajar-pelajar di dalam institusi pondok ini tidak lagi mengamalkan metodologi ilmu yang diamalkan oleh para sahabat,tabien,tabiut dan tabien.Beza metodologi ilmu yang diamalkan oleh anak murid Imam-imam fiqh(Hambali,Maliki,Hanafi dan Syafie) dengan metodologi ilmu yang diamalkan di institusi pondok kini adalah ittiba'(beramal dengan mengikuti sunnah yang sahih) dengan taklid(beramal tanpa dalil hanya mengikuti sahaja apa yang diajar,kebanyakan hanya bertanya tanpa mengkaji).
Maka..Seruan tajdid dilakukan untuk mengubah pemikiran dan sikap daripada taklid kepada ittiba'.
Seruan tajdid ini dilakukan dengan bermanhajkan Salafussoleh.Untuk memahami al-Quran dan as-sunnah yang difahami Salafussoleh,maka perlu membaca kitab-kitab yang ditulis oleh ulamak-ulamak Salaf.
Apa yang saya katakan dengan Salafi original,adalah golongan yang mengikuti manhaj Salafussoleh secara kukuh..mereka ini sangat keras..keras kerana berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah.Kekerasan ini adalah kerana keimanan dan ilmu yang dimiliki dan di amalkan.Ustaz Rosul Dahri merupakan contoh ulamak yang sangat tegas dan keras.
Namun,apabila kami lihat daripada sudut dakwah.Seharusnya kita tidak boleh terlalu keras..tetapi mengajak ummah memahami al-Quran dan as-Sunnah..Jika lihat Dr Asri meraikan semua NGO Islam,meraikan Pas,meraikan semua jemaah-jemaah..termasuklah Ikhwanul Muslimin.Ini berbeza dengan Ustaz Rosul Dahri yang sangat keras yang tidak menerima ikhwanul Muslimin.Tetapi kedua-duanya mengajar kita memahami al-Quran dan Sunnah yang difahami oleh Salafussoleh.
Saya bagi contoh ye..Jikalau Muzik..Dr Asri berpendapat muzik itu boleh tetapi jika melalaikan itu Haram,jika ikut pendapat ustaz Johari,dia itu tetap mengharamkan muzik walaupun Nasyid yang ada elemen dakwah kerana menyatakan Rasulullah tidak pernah mengajar kita berdakwah dengan nyanyian tetapi melalui ilmu al-Quran dan As-Sunnah.
Jikalau tahlil..Ustaz Hisyam berpendapat boleh ke kenduri tahlil untuk dakwah dibolehkan,ustaz Johari pula berpendapat jikalau ke kenduri tahlil itu dikira bersubahat dalam melakukan bida'ah.
Dr asri membawa seruan tajdid untuk masyarakat kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah dengan cara yang sederhana bukan kekerasan.Boleh sahaja kami dakwah secara keras,tetapi tidak relevan dengan cara kehidupan zaman ini.Namun,jika diberi kekuatan maka ikutilah al-Quran dan as-Sunnah dengan benar-benar taat.Menjadikan diri itu persis seperti zaman Salafussoleh..jikalau mampu,alhamdulillah.
Jikalau saya,saya ingin sekali menjadi persis Salafussoleh,namun saya juga tidak mampu,maka pendapat Dr Asri yang banyak saya ikuti,namun saya tahu sebenarnya al-Quran dan as-Sunnah itu lebih tepat,tetapi saya tidak mampu.Kerana zaman ini mementingkan adat-adat kebiasaan,saya juga tidak mampu keluar sepenuhnya daripada adat-adat yang banyaknya tidak diamalkan oleh Salafussoleh.
Dari segi pemakaian Niqob,Dr Asri menggalakan kita bersederhana,maka pakai niqob itu dikatakan ghulu'(melampau) apabila kita katakan itu wajib.Namun berbeza dengan pendapat Syeikh Utsaimin mengatakan Niqob itu wajib.Dr Asri melihat dari segi keadaan dan kemampuan,beza dengan Syeikh Utsaimin yang sememangnya keadaan di negara Arab.Kedua-duanya itu bermanhajkan Salafussoleh.
Inilah metod-metod yang diamalkan dalam ilmu agama.Kita ittiba' semampu kita.Hanya boleh faham dengan membaca kitab-kitab dan meneliti hujah-hujahnya.
Apa yang Dr Asri perangi dalam masyarakat melayu Islam iaitu taksub dan taqlid terhadap fatwa imam-imam tanpa mengkaji sendiri al-Quran dan as-Sunnah.Maka harus tajdid.Oleh itu,institusi pondok di Malaysia telah diganti dengan Institusi Sunnah yang mengajar kepada masyarakat metodologi ilmu seperti yang diamalkan oleh anak-anak murid imam hambali,maliki,hanafi,syafie,tanpa taklid tapi mengkaji.
Jangan takut mempelajari agama Islam,belajar untuk tahu..
Dari saya,
Ummu Syauqina Nurharyati Husna,
Peganglah al-Quran dan as-Sunnah yang difahami oleh Salafussoleh.
No comments:
Post a Comment