Assalamo alaikum..Wahai saudaraku yang kukasihi..cinta itu bermula dengan kekaguman..apabila manusia rasa kagum maka,lahirlah perasaan cinta..Begitulah rasa kagumnya kita kepada pencipta,kagum dengan Rasul-rasul-Nya,kagum dengan deen(Islam) yang indah..membawa kita kepada Cinta..maka,kita mula belajar mencintai..
Ingin sekali saya menulis tentang sebab-sebab berkurangnya keimanan dan kecintaan kepada Pencipta kita Allah swt.
Bahan Rujukan saya adalah kitab yang ditulis oleh 'Abdurrazaq bin 'Abdil Muhsin al-'Abbad al-Badr,judul bukunya adalah Duduklah sejenak bersama kami untuk menambah keimanan,Menyeru Sunnah yang sahih daripada pustaka Ibn Katsir.
Saya melihat ini adalah masalah dalaman jiwa kita yang perlu kita ubati,kita perlu mengetahui mengapa iman dan cinta kita itu berkurang sehingga hilangnya perasaan Khauf(takut) atau Taqwa kita pada Allah swt.
Ini adalah kesilapan diri kita sendiri,dan dibalasi setimpal apa yang kita lakukan..
Surah an-Naml,ayat 90,Firman Allah swt,
Dan barangsiapa yang membawa kejahatan,maka disungkurkanlah muka mereka ke dalam Neraka.Tiadalah kamu dibalasi,melainkan setimpal dengan apa yang dahulu kamu kerjakan.
Dari Ibnu Mas'ud ra bahwa Rasulullah saw bersabda,
Kedua kaki anak Adam tidak akan dibiarkan melangkah pada hari kiamat dari hadapan Rabbnya,hingga dia ditanya tentang 5 perkara,Tentang umurnya untuk apa dia habiskan?tentang masa mudanya,untuk apa dia pergunakan?tentang hartanya,dari mana dia dapatkan dan untuk apa dia belanjakan?Dan apa yang telah dia kerjakan terhadap apa yang dia ketahui.
HR at-Tirmidzi.
Kita harus berusaha mengetahui keburukan bukan untuk melakukannya,akan tetapi untuk menghindarinya atau menjauhinya.Barangsiapa yang tidak mengetahui apa itu keburukan,maka dia akan terjerumus kedalamnya.
Telah tetap dalam ash-Shahiihan dari Hudzaifah bin al-Yaman ra,bahwasanya beliau berkata,
Para sahabat selalu bertanya kepada Rasulullah saw tentang kebaikan,sementara aku selalu bertanya kepada beliau tentang keburukan kerana takut terjerumus kedalamnya.
HR Al-Bukhari dan Muslim.
Ibn Jauzi ra berkata,
Sesungguhnya mengetahui keburukan dapat mencegah seseorang daripada terjerumus kdalamnya.
(Talbiis Ibliis(hal 4) dan lihat al-Fatawaa,karya Ibn Taimiyyah(X/301).
Banyak hadith-hadith,atsar-atsar para sahabat yang mengharuskan kita mempelajari sebab-sebab berkurangnya iman,faktor-faktor yang melemahkannya dan cara menjaga diri darinya,dan ini adalah tuntutan yang perlu diberi perhatian.
Apa yang bertentangan dengan ketaatan adalah kelalaian,kelalaian merupakan isyarat berkurangnya iman,mengabaikannya dan tidak memperhatikannya.
Syaikh Muhammad al-'Utsaimin ra berkata,
Adapun berkurangnya keimanan itu mempunyai beberapa sebab dan diantaranya adalah meninggalkan ketaatan.Keimanan berkurang kerana meninggalkan ketaatan.Malah ini berkemungkinan akan membawa kepada kehilangan keimanan secara keseluruhan,seperti meninggalkan SOLAT.
(Fat-hu Rabil Bariyyah,hal 66)
Mari kita renung sejenak wahyu Allah dalam Surah Asy-Syams,ayat 9 dan 10,
Firman Allah swt,
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang mensucikan jiwa,dan sesunguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
Ayat ini menjelaskan betapa pentingnya ketaatan dan menjaganya kerana,hal ini merupakan faktor paling utama dalam mensucikan jiwa.
Saudaraku..marilah kita nilai semula diri kita,kita pulihkan jiwa kita,kita sembuhkan dengan ketaatan kepada pencipta..kita mempelajari apa itu keburukan,kita jauhi keburukan..kita tambahkan kebaikan..apabila kita tahu itu adalah buruk,pasti kita ada kemampuan memberhentikannya agar iman dan cinta kita tidak berkurang dan lenyap.
Islam melarang kita bertajassus(membuka aib saudara muslim).
Islam melarang kita berdusta.
Islam melarang kita makan harta anak yatim,rasuah dan riba'
Islam melarang kita membunuh orang awam
Islam melarang kita membunuh diri
Islam melarang kita berzina
Islam melarang kita minum arak
Islam melarang kita meninggalkan solat dan melalaikannya
Islam melarang kita membuka Aurat
Islam melarang kita derhaka pada ibu bapa
Islam melarang kita menjatuhkan pemerintah Islam
Dariku,
Ummu Syauqina Nurharyati Husna,
Menyeru Sunnah kepada Ummah.
1. Iman taqlid…
ReplyDelete2. Iman ilmu…
3. Iman ayan…
4. Iman hak…
5. Iman hakikat…
1. Iman taqliq
Iman ikut-ikutan, prinsip islam nya, juga rukun imanya tidak kuat dan kukuh. iman yang selalu tertewas dengan nafsu. juga iman ini juga ia tidak tahu kenapa ia bersolat, ia tidak tahu dan mengerti kenapa ia beribadah dan yang lain-lain rukun itu ia tidak tahu, tidak tahu bila di tanya tentang dalil Allah itu ada dan lain-lain ia tidak tahu.
2. Iman ilmu
Iman yang bertunjangkan pada ilmu semata-mata.yang mana segala ilmu agama itu mereka tahu dan megerti dan kenal dan belajar secara rasmi tentang Allah dan rukun iman yang lain. Mereka juga tahu selok belok agama dengan baik dan sehingga sampai ke taraf ph.D, M.A. dan BA dalam agama. namun keyakinannya berasas kuat pada fikirannya sahaja. imannya belum berada dalam hati, segala yang dia yakini itu hanya dalam bentuk pengetahuan dan belum dalam bentuk kejiwaan. Hatinya belum ada hubungan dengan Allah dan belum lagi terpaut dengan Allah, hatinya belum merasai kebesaran Allah. kerna itu ia tidak kasih dan rindu pada Allah, andai ingat pun di waktu paksa-paksa dan di waktu di timpa kesakitan. Iman ini masih berani darhaka pada Allah dengan buat segala larangannya. walapun ia tahu dan sedar dosa yang dilakukan namun, kekuatan iman ilmu yang dimiliki belum mampu melawan nafsu dan syaitan yang merajai hati dan jiwa mereka. Iman yang ada tidak sekuat nafsu yang menggila, kerna itu sering tewas dalam kelemahan dosa. Iman ini tidak sabar ketika berdepan dengan ujian, tidak reda dengan ketentuan ketika ujian yang Allah beri dengan kesusahan dan kerumitan hidup itu buat mereka resah,cemas, gelisah juga hilang pertimbangan dan bertindak di luar syariat. Sebaliknya bila Allah uji dengan kesenangan dan keseronokan hidup mereka akan lupa daratan juga hilang pertimbangan serta hilang pertimbangan serta mudah terjebak dalam tipuan nafsu dan syaitan.
3. Iman ayan
Iman yang lebih tinggi dari iman ilmu hasil dari mujahadah dan istiqamah mengerjakan ibadah-ibadah yang ada pada ilmunya. dengan cara ia belajar dan tambah ilmu lalu ia beramal ilmunya dengan faham dan khusuk hasilnya datangalah iman ayan. Iman ini keyakinannya bertempat di hati, dengan selalu memikirkan kebesaran Allah iman mula meresap dalam hatinya, mula merasai akan kewujudan Allah dalam hatinya, punyai hubungan hati dengan Allah dan sentiasa mengingati Allah. Setiap kali iman ini merenung segala kejadian bumi juga ciptaan Allah hatinya kagum dan memuji-muji kebijaksanaan Allah lalu terasa lah gagah akan Allah dan menjadikan mereka sedar yang mereka itu hanya hamba yang lemah dan berbisiklah hati mereka dengan mengajak diri menyembah, menyerah dan mengabdikan diri pada Allah tanpa syak dan ragu lagi. Iman ini taat segala perintah Allah sama ada kecil atau besar semua larangan itu ditinggalkan dengan penuh rela. di iman ini terasa berbuat sedikit dosa itu terasa seperti gunung yang besar hendak menimpa mereka. Di iman ini ia mula rasa takut dengan Allah. Golongan ini golongan orang-orang soleh, abrar, muflihuun, al –faizuun, ashabul yamiin. Golongan ini sangat berhati-hati dalam buat dosa. walupun ada kala mereka terlalai dan terbuat dosa kecil tapi mereka segera menyesal dan bertaubah memohon ampun.
4. Iman hak
ReplyDeleteDisebut iman sebenar. Dapat melihat Allah dengan mata hatinya dalam sebarang apa yang ia lihat. Iman ini menjadikan ia segera teringat kepada Allah setiap kali terpandang dan memandang akan apa sahaja ciptaan Allah. perasaan spontan yang bukan dibuat-buat terjelma dalam diri seperti rasa takut, hebat, puja, sanjung dan kasihkan Allah. Ingatan itu bukan di buat-buat atau dipaksa dan di fakir-fikirkan terlebih dahulu. Iman ini tidak terpesona lagsung dengan keindahan dan keseronokan duniawi. Cintanya penuh pada Allah dan pada kehidupan akhirat. Iman ini hatinya tidak lagsung dapat di lalaikan oleh nafsu dan syaitan. Iman ini milik wali-wali Allah. Segala ujian juga masalah yang menimpa walaupun apa sahaja bentuknya yang mana ujian-ujian itu tidak mampu tertanggung oleh orang-orang awam itu tidak pun melekat atau menjejaskan hati mereka. Kerana iman ini segala kesedihan, kesempitan , kegelisahan dan kekecewaan yang sering dirasa oleh manusia biasa tidak sedikit menggangu jiwa mereka, sebaliknya dalam apa jua suasana mereka ini sentiasa tenang, lapang, lega dan bahagia, iman ini menjadikan mereka sentiasa berada dalam kebahagian. kebahagian hati yang mana ia lebih baik dari kesenangan wang ringgit dan pangkat darjat. iman ini juga milik golongan muqarrabin yang mana hati mereka lagsung tak terpaut pada dunia dan pada mereka dunia ini dan segala harta benda juga wang ringgit tiada apa-apa nilai. Harta benda juga pangkat dan darjat itu terasa pada mereka seperti najis dan bangkai, jadi tidak ingin mereka rebutkan. Kerana itu mereka tidak rela najis dan bangkai itu melekat atau mengotori diri mereka, kerna itu mereka buang dan menjadikan baja atau beri sahaja pada orang-orang yang memerlukannya atau di simpan sahaja di tempat yang boleh mengelakan bahaya. Iman ini juga menjadikan mereka itu zahid, zuhud, ikhlas, waraq, jauh dari sifat-sifat mazmumah juga tak makan pujian dan tidak hina bila dicaci.
5. Iman hakikat
Iman yang akan di capai apabila melalui taraf iman ilmu, iman ayan, iman hak. Inilah iman kemuncak dalam kehidupan yang mungkin di capai oleh manusia ia iman yang teragung dan tertinggi. Iman yang paling sempurna ini milik rasul-rasul, nabi-nabi, khulafa-ur rashidin dan wali-wali besar. Iman yang akan Allah tempatkan mereka di syurga tertinggi tanpa melalui sebarang hisab atau perkiraan. Kehidupan seharian mereka iman ini mereka tenggelam dalam kerinduan, asyik dan mabuk dengan Allah. 24 jam mereka isi sepenuhnya dengan kerinduan dan kecintaan pada Allah. Hati mereka kekal dengan Allah dalam tidur atau jaga. Gerak geri mereka, tutur kata, makan minum, senyum tawa dan seluruh perbuatan mereka semuanya dalam ibadah dan bakti kepada Allah. Budi mereka dan akhlak mereka adalah terbaik dan termulia, budi bicara dan pergaulan mereka dengan orang ramai sangatlah menjadi contoh ikutan ramai bicara dan pergaulan mereka dengan orang ramai sangatlah menjadi contoh ikutan ramai. Kewaraqkan mereka juga ibadah mereka sehingga bengkak-bengkak kaki kerana lamanya berdiri, makannya sedikit, kehidupanya sederhana. Iman ini menjadikan mereka betul-betul mabuk dengan Allah. Hati yang penuh rindu dan cintakan Allah menjadikan mereka lupa diri, lupa makan minum dan tidak pedulikan orang lain selain Allah. Kadang-kadang mereka di lebel gila dan sebagainya dan kerna tidak tahan menanggung rindu itu sampai mereka mati, maka bertemulah dengan Allah kekasih yang dirinduinya. Di akhirat, Allah tempatkan orang ini di syurga tertinggi. Merekalah “super scale”akhirat. Hidup dalam syurga yang maha indah dan maha lazat. Allah kurniakan Sebagai membalas cinta dan pengorbanan mereka yang sungguh besar.