Saturday, December 26, 2009

Menjawab soalan Trinity itu apa?

Assala moalaikum..em nampaknya orang yang provoke ana itu tidak mengetahui ana adalah student Perbandingan Agama,makanya,ana mengetehui perbezaan Rubbubiyah,Ulluhiyah,Asma' Wassifat dengan Trinity.

Trinity itu adalah kepercayaan Kristian Katholik(Romawi),yang menyatakan Tuhan itu itu 3,tapi bukan tiga hanya satu.Mereka kata,Father is god,Son is god,Ruhul Kudus is god,not 3 god but 1 god.Analogi mereka adalah air,air dapat berbentuk pepejal(Ais),Cecair(air),gas(wap air),kata Kristian air ini sama tetapi dalam 3 bentuk,makanya mereka kata not 3 god but 1 god.

Jawapan kita kepada trinity adalah,bagaimana mungkin tuhan itu ada 3 bentuk,maka adakah tuhan itu lemah?Makan seperti manusia?Mendengar seperti manusia?Melihat seperti manusia?Tentu tidak..

Firman Allah,Surah an Nisa',ayat 171,

Wahai ahli kitab!Janganlah kamu melampai batas dalam agamamu,dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar sungguh,Al Masih Isa Puta Maryam itu, adalah utusan Allah dan kalimatnya yang disampaikanNya kepada Maryam, dan dengan tiupan roh darinya. Maka berimanlah kepada Allah dan rasul-rasulNya dan janganlah kamu mengatakan Tuhan itu tiga, berhentilah dari ucapan itu. Itu lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Esa, Maha Suci Dia dari anggapan mempunyai anak. MilikNyalah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan cukuplah Allah sebagai pelindung.

Maka ayat itu jelas,menyatakan kita tidak boleh mengatakan Tuhan kita itu berada dalam 3 keadaan.

Walaupun Allah ada menyatakan sifat-sifatnya seperti Maha Melihat dan Maha Mendengar,cara Allah itu tidak sama dengan cara makhluknya,ini dalilnya..

Surah Al-Ikhlas,Surah 1 dan 4,

Katakanlah Muhammad,Dialah Allah Yang Maha Esa.Allah tempat meminta segala sesuatu.Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia.

Manhaj Salafussoleh berpegang bahawasanya Allah itu tidak sama dengan makhluknya,Rungkaian tauhid kepada 3 adalah untuk menyatakan Allah itu Rabb(Pencipta,Rububiyyah),Ulluhiyah(Menafikan semua tuhan kecuali Allah,Laila Hail Allah),dan membenarkan semua sifat-sifat Allah(asma' wassifat) yang terkandung dalam al Quran.

Kerana ada orang yang hanya meyakini adanya Rabb(Tuhan),namun tidak menafikan selain Allah seperti Kristian yang menyatakan Jesus itu tuhan,maka perlunya ada Ulluhiyah sebagai penafian kepada semua tuhan kecuali Allah.

Dan ada manusia yang meyakini Rabb dan menafikan semua tuhan kecuali Allah tetapi tidak membenarkan sifat-sifat Allah di dalam Quran seperti Allah bersemayam di atas Arasy,maka kerana itu adanya asma' wassifat.

Jadi apa persamaan Trinity dan tauhid 3 serangkai?

Di semua Universiti IPTA Malaysia yang ada aqidah Islamiyyah..semuanya menggunakan tauhid ini(Rubbubiyyah,Ulluhiyah,Asma' Wassifat).Tauhid ini adalah tauhid yang difahami salafussoleh.Allah itu pencipta,tiada tuhan selain Allah dan dengan kebenaran semua sifat-sifatnya dalam al-Quran.

Bagi yang memfitnah,mungkin tidak tahu apa itu tauhid 3 serangkai,dan tidak tahu apa maknanya,dan tidak tahu penjelasannya.Manhaj Salafussoleh mengamalkan keinsafan,maka kami tidak memfitnah tanpa hujjah..kami akan bagi jawapan dengan hujjah dengan dalil-dalilnya.

Daripada Ummu Syauqina Nurharyati Husna,
Pelajar Fasa 2 Perbandingan Agama,
Islamic Propargation Society International.

2 comments:

  1. buat perbandingan terperinci triniti dahulu..baru rinci kesilapannya.

    ReplyDelete
  2. wahabi sahaja amalkan tauhid 3..tiada beza dengan kristian,ibnu taimiyah juga mengatakan tuhan itu berjisim siap disamakan dgn nabi adam lagi..

    ReplyDelete