Menjaga diri untuk dirinya…jagalah diri kamu untuk bakal pasangan sehidup matimu…yang bakal halal untuk kamu,jika ada kemaksiatan maka halangi dengan taqwa…Akhowat jagalah auratmu,jagalah pergaulanmu untuk bakal suamimu…nasihat juga kepada diriku harus kujaga diriku untuk dirinya…Dan semoga dirinya juga dijaga untuk diriku…Semoga Allah pelihara kami berdua…
Pernikahan adalah anugerah Allah..pernikahan adalah untuk memberi bukan menerima…apabila memberi,kita akan meneguhkan peranan kita daripada hanya menerima dan meminta…
Harus aku akui…sudah masanya aku belajar untuk memberi daripada menerima,harus aku melatih diri ini untuk persediaan kea lam pernikahan..Subhanallah…Semoga Allah sentiasa membimbing diri ini agar sentiasa berada dalam jalan yang lurus menuju Syurga…
Suami dan isteri itu hadiah daripada Allah swt,maka harus aku mencintai pemberi hadiah ini daripada hadiah..harus aku mencintai yang Maha Cinta…Kini,aku terasa tenang dan yakin dengan diri ini,untuk melangkah diri dalam alam latihan untuk memegang amanah Allah swt..
Sahabat-sahabat saling menasihati,apa sudah belajar cara-cara menjadi isteri?Kena mula dari sekarang,kena ada ilmu..amanah Allah jangan diperlekehkan..menjadi Isteri itu amanah yang mulia..
Ish..menulis macam saya dah nak nikah pulak ye..hehe..lama lagi saya nikah…Cuma ini adalah tanggungjawab kita sebagai akhowat Islam..kita perlu menjaga diri kita untuk bakal suami…kita harus membuat persediaan awal untuk bernikah..kerana ramai yang mengendahkan amanah ini…sebagai seorang isteri..
Saya nak menulis banyak pun,saya belum bernikah…ilmu pun tidak banyak…namun,inilah nasihat yang saya dapat daripada dia..’Jaga diri untuk saya dan saya akan jaga diri untuk kamu’…InsyaAllah..akan saya jaga diri saya…agama saya..
Ummu Syauqina Nurharyati Husna
No comments:
Post a Comment