Assala moalaikum,ustaz cahaya..saya pelik la..mana buktinya mengatakan manhaj salafussoleh ini memecahkan ummah?Malah ramai pembaca dan penuntut ilmu agama yang dapat menerima dengan keterbukaan..mana sikap keterbukaan saudara?Sedangkan semua hujah-hujah diterangkan dengan dalil-dalil yang sahih..
Kebenaran itu di hati,fatwa hati...apabila saya belajar subjek Ushul Fiqh..topik yang pertama yang perlu saya belajar adalah sumber-sumber Islam.Iaitu al-Quran dan as-Sunnah.Hadith pula terdapat banyak kedudukannya,samada sahih,hassan,dhaif dan maudhuk.Dan untuk berhujah dalam beragama hadith sahih sahaja yang dipakai..untuk beramal juga sama,beramal dengan sunnah yang sahih bukan yang maudhuk(palsu).
Maka,terdetik di hati,ketaqwaan(ketakutan) untuk beramal dan berhujah dengan hadith yang maudhuk(palsu) juga dhaif.Takut kita ini mendustai kata-kata Rasulullah saw.
Dakwah salafi ini dapat diterima oleh masyarakat,golongan ilmuwan,pemimpin-pemimpin tanpa pemecahan ummah malah dengan keterbukaan.Kita ada akal untuk berfikir dan memilih samada ingin melakukan bida'ah atau melakukan sunnah yang ada dalil yang sahih.Itu pilihan masing-masing,tidak pernah dakwah salafi ini mebida'ahkan orang,ini bukan satu paksaan.
Yang saya pelik,Yusuf al-Qordhowi(ketua ulamak sedunia) dalam bidang fiqh dapat diterima dengan baik dalam masyarakat Malaysia,sedangkan Yusuf al-Qordhowi menentang bida'ah.Pernah tanya Yusuf al-Qordhowi itu ikut mazhab ape?Dia solat subuh dengan qunut ke?Saya yakin,tiada siapa yang endahkannya..tetapi apabila Dr Asri..ish Dr Asri ni tak ikut mazhab Syafie,solat subuh tak ada qunut..
Kenapa?sebab Dr Asri itu bangsa Melayu dan duduk di Malaysia jadi perlu ikut hanya mazhab Syafie?kena berqunut ketika solat subuh?Bagaimana sempitnya pemikiran masyarakat islam kini..apabila kebenaran dijelaskan dengan penuh ilmiah dengan hujah-hujah beserta dalil-dalil..dikatakan pemecahan ummah?
Ustaz cahaya,sebenarnya,ustaz sahaja yang berfikiran tidak terbuka dengan mengatakan dakwah salafi ini yang menerangkan bida'ah ini memecahkan ummah,sedangkan mahasiswa mahasiswi,masyarakat malah Cancellor USM,Prof Dzulkifli juga dapat menerima penjelasan tentang soal bida'ah.
Pada pendapat saya banyak pendapat-pendapat imam Hambali itu tepat dan baik,jadi saya ambil..apa salah?Yusuf al-Qordhowi juga tidak ikut mazhab syafie seratus-peratus...
Masyarakat Islam mendahagakan ilmu-ilmu agama yang sahih,mereka mendahagakan kebenarn,mereka ingin tahu..jadi mengapa kita menyekat penyebaran ilmu?Sila tampilkan sikap keterbukaan dalam penerimaan ilmu...Saya tidak menyekat penyebaran ilmu yang ustaz cahaya tampilkan di blog ustaz..masing-masing ada akal untuk fikir dan buat pilihan..
Istighfar dengan segala tuduhan dengan mengatakan Manhaj salafi menghina ulamak..dalam kitab-kitab islam tiada penghinaan..kecuali menyatakan hujah siapa yang lebih tepat,dalil mana yang sahih dan tidak.
Kepada Mahasiswa dan Mahasiswi,Dr Maza(Dr Asri) akan mengadakan perjumpaan bersama Mahasiswa di Institusi al-Qoyyim pada 25 Disember 2009(4pm hingga 11pm)Pengangkutan,makanan,penginapan disediakan.Pada 26 dan 27 Disember ada Konvensyen Sunnah di tempat yang sama.
Pendaftaran=
Muslimin=Kamal(0135014280)
Muslimat=Azizah(0196289873)
Salam, dik..
ReplyDeleteAdik, respon begini nampak emosi. Bertenang-tenanglah, kerana bertenang-tenang itu daripada Rasulullah (SAW).
Seingat saya, belum pernah saya menulis di blog ini menuduh mana-mana fahaman dan golongan sabagai pemecah belah ummah.
Saya sendiri perpendapat, pembahagian mazhab itulah pemecah belah ummah.
Yang saya hendak sampaikan ialah.. sikap dan tindakan kita..
Adik, mungkin adik dan saya boleh memahami fiqh, istilah2 nya, sejarahnya, dan segala perkara berkaitannya. Mungkin adik lebih alim daripada saya. TAPI, kita2 ini, hendak memberi penerangan kepada masyarakat awam. Mereka itu mungkin tidak sama ilmu dan kefahamannya dengan kita.
ReplyDeleteContohnya, saya memang sejak dulu lagi, sebelum era Dr Maza lagi, saya menyokong usaha untuk memansuhkan amalan bermazhab dalam Islam. Kerana mazhab2 itu yang memecah belahkan kita, dan melemahkan kita, dan kerana kelemahan itu saudara2 kita diganyang di GAZA dan seluruh dunia..
Tapi, bagi masyarakat awam, mereka tidak faham itu.. Mereka menganggap, mazhab itu dan segala amalan bida'ah itu sebagai agama, sebagai Islam. Bila amalan mereka ditentang, timbul perpecahan.
ReplyDeleteAda yang boleh menerima, ada yang tidak boleh menerima.
Pendekatan beremosi, tidak membantu dalam keadaan Malaysia. Umat Islam di Malaysia ini perlu diberi penerangan. Kasihan mereka. Mereka itu dalam beragama seperti anak2 kecil yang tidak tahu apa2.
Mereka tidak patut dihukum. Mereka patut diberi penerangan, ditangangi dengan kasih sayang. Bukan penentangan beremosi.
Adik,
ReplyDeleteFahami keadaan dan realiti, baru kita boleh mengatur langkah yang lebih baik untuk memperbaiki umat ini.
Dalam amalan bida'ah, yang sebenar2 bersalah ialah mereka yang memulakan amalan ini dulu. Yang rata2 kita tahu mereka itu mungkin musuh dalam selimut. Itu kisah dulu.. Tapi mereka sudah pergi..
Yang tinggal sekarang ialah, masyarakat awam kita, yang dalam beragama adalah seperti kanak2 sahaja. Mereka tidak tahu bahaya dan keburukan bida'ah itu. Kepada mereka ini lah, yang saya kasihankan.
Banyak cara lain yang lebih berhikmah yang kita boleh gunakan untuk memberi penerangan dan kesedaran kepada mereka.
Bukan cara begini, seperti yang berlaku kepada kita sekarang ini. Cara kita berdua sekarang ini menjurus kepada perpecahan..
KESIMPULAN:
Saya cuma ingin menegur pendekatan yang adik gunakan. Bahasa dalam artikel adik itu, beremosi dan tidak berhikmah terutama kepada awam.
Bukan bermakna saya ini penyokong amalan bida'ah dan menentang usaha adik membanteras bida'ah.