http://lobaitampin.blogspot.com,
Menjelaskan mengapa doa Awal dan Akhir tahun pada 1 Muharram itu satu bentuk tambahan dalm syariat Islam.
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Doa awal dan akhir tahun timbul lagi. Ya setiap tahun ia muncul. Bid'ahkah ia?
Sahabat-sahabat sekalian, sudah banyak tulisan berkaitan hal ini. Sudah jelas dan terang.
Kenapa ia dikatakan bid'ah? Kerana manusia mencipta satu masa yang khusus untuk doa-doa tertentu.
Doa boleh dilakukan pada setiap masa. Dan ada waktu yang mana doa sangat diberatkan dan dinyatakan sebagai waktu doa mustajab. Antaranya ialah doa ketika sujud, doa ketika sepertiga malam, doa ketika hujan turun, doa ketika musafir dan lain-lain. Kenapa kita menyatakan dan menyebarkan kepada masyarakat bahawa pada saat-saat itu sunnah berdoa, doa mustajab? Kerana ada dalilnya. ada petunjuk wahyu menyatakan sedemikian.
Lalu di mana dalilnya doa akhir dan awal tahun sebagaimana adanya dalil tentang doa ketika sujud? Di mana dalilnya doa akhir dan awal tahun sebagaimana wujudnya dalil tentang doa selepas wudhu'?
Doa itu sunnah, umum pada setiap waktu, tetapi apabila kita meletakkan satu spesifik waktu dengan kata-kata "sunat berdoa awal dan akhir tahun" itu adalah satu bentuk pengkhususan, spesifik waktu yang mana hanya pembuat Syariat iaitu Allah SWT sahaja yang berhak menspesifikkan sesuatu ibadah.
Masyarakat umumnya memang tahu doa itu sunnah, tetapi masalah sekarang masyarakat juga dihebahkan dengan 'sunnah spesifik' doa awal dan akhir tahun.
Menyatakan bahawa doa awal dan akhir tahun sebagai bid'ah bukanlah bermaksud kita membenci doa. Kita membenci bid'ah. Kita menyuruh manusia berdoa setiap masa, apatah lagi pada waktu-waktu yang dijelaskan secara spesifik kelebihannya, akan tetapi untuk menyatakan ada nya doa yang khusus buat waktu tertentu, kelebihan untuk doa pada waktu tertentu, ia memerlukan dalil. Kita bukanlah Tuhan si pembuat syariat. Kita adalah makhluk kepada al-Kholiq.
Kenapakah kita cuba mengambil tugas Allah al-Kholiq? Apakah kita cuba menempatkan diri kita di posisi Allah SWT. Doa adalah satu bentuk perhambaan kita kepada Allah, perhambaan apakah ini apabila ia dilakukan dengan cara yang cuba meletakkan kita di tempat al-Kholiq, sedangkan ia sesuatu yang mustahil.
Kita sebagai makhluk menghambakan diri kita kepada Al-Kholiq dengan cara yang dikehendaki Maha Pencipta, bukan dengan cara yang kita reka-reka mengikut kepala akal dan nafsu.
Jangan nanti muncul lagi si pembuat syariat yang menyatakan ada doa khusus ketika 'on' dan 'off' laptop, bahkan dengan fadhilat-fadhilat tertentu.
Berhati-hatilah kita supaya tidak mengkhianati Rasulullah SAW yang telah menjadi Rasul terakhir. Apakah kita cuba menjadi Rasul selepas kewafatan baginda SAW?
Di sini ada satu tulisan menarik berkaitan doa awal dan akhir tahun:
Awal Muharram dan Doa awal dan akhir tahun
Filed under: Hadith Nabawi, Pendapat — aburuqayya @ 6:44 pm
Awal Muharram merupakan merupakan bermulanya tahun baru di dalam kalender Islam. Masyarakat kita telah didedahkan semenjak zaman berzaman lagi upacara membaca doa awal tahun dan akhir tahun. Yang agak sedihnya adalah terdapatnya semacam janji syaitan kepada si pengamal doa ini bahawa : “Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.” dan juga “Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan”.
Kata-kata siapakah ini? Apakah kata-kata dari manusia biasa boleh dijadikan sebagai hujah fadilat sesuatu amalan lebih-lebih lagi perkara yang berkaitan dengan aqidah? Sudah tentu sekali tidak boleh sama sekali. Perkara yang berkaitan dengan fadilat amal, dosa, pahala dan semua perkara yang berkaitan dengan akidah tidak boleh berhujah atau diambil dari kata-kata manusia biasa yang tidak maksum, meskipun ia merupakan seseorang yang begitu alim dan warak di dalam selok belok agama. Hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang berhak.
Yang paling menyedihkan sekali, kata-kata yang terkandung di dalamnya janji-janji syaitan itu disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. Tetapi sayangnya ujaran kata-kata di atas tidak terdapat di dalam kitab-kitab yang menghimpun hadith-hadith baginda s.a.w seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan al-Tirmizi, Sunan Abu Daud, Sunan Nasa’ie, Sunan Ibnu Majah, Musnad Imam Ahmad, Sahih Ibnu Hibban, Sahih Ibnu Khuzaimah dan lain-lain lagi.
Maka jelaslah bahawa fadilat doa awal dan akhir tahun adalah palsu dan batil serta tidak boleh sama sekali disandarkan kepada Nabi s.a.w. Ketahuilah bahawa di situ terdapat amaran keras daripada Rasulullah s.a.w bagi sesiapa yang menyandarkan sesuatu perkara yang bukan dari baginda, Sabdanya: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Beramal dengan riwayat palsu?
Berdasarkan hadith di atas, para ulama hadith menekankan bahawa haram beramal dan menyebarkan hadith-hadith palsu apatah lagi disandarkan kepada baginda s.a.w bagi sesiapa yang mengetahui status kepalsuannya, seperti yang dinyatakan oleh al-Imam Ibnu al-Solah di dalam karangannya ”Ulum al-Hadith‘ m.s 98: “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ianya hadith palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya“.
Al-Imam an-Nawawi juga menjelaskan hukum berkenaan dengan hadith palsu di dalam muqaddimah (pendahuluan sesuatu kitab) karangannya iaitu ‘Syarh Sahih Muslim‘: “Haram meriwayatkan sesuatu hadith palsu bagi orang yang mengetahui bahawa hadith itu maudhu’ atau dia hanya menyangka hadith ini palsu. Siapa yang menceritakan hadith yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya palsu serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad SAW di antara hadith tentang hukum-hukum dan hadith yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadith yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadith-hadith nasihat dan lain lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam.“
Seterusnya an-Nawawi berkata lagi: ” Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga.”.
Selain itu, kebatilan riwayat doa tersebut dan fadilatnya dikuatkan dengan tiada riwayat yang menyatakan amalan ini diamalkan oleh golongan salafussoleh yang terdiri dari golongan sahabat dan tabi’ien. Jika benar amalan ini dari Rasul dan digalakkan di dalam Islam, nescaya para sahabat dan tabi’ien berlumba-lumba untuk melakukannya demi mengarap kebaikan disebalik amalan tersebut yang kononnya hebat fadilatnya. Begitu juga tiada riwayat yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w dan para sahabat r.a membaca doa tersebut secara berjemaah dan beramai-ramai. Apa yang thabit dari baginda s.a.w dan para sahabat r.a adalah membaca semua jenis doa secara bersendirian.
Bolehkah beramal dengan doa ini?
Berasaskan minda yang terbuka, tidak ada salahnya membaca doa ini selagimana tidak terlintas di hati pembacanya bahawa ia disyarakkan atau diperintah oleh agama kita. Begitu juga kerana maknanya pun tidak menyalahi syarak. Kita tidak perlu terhad kepada kaifiat yang didatangkan bersama-sama doa ini, seperti kaifiat doa awal tahun hendaklah di baca selepas Magrhrib 1 Muharram. Disebabkan maknanya baik, tidak kiralah waktu dan hari apapun, baca sahajalah doa ini dengan mengharapkan Allah mengkabulkan doa tersebut.
Pada pendapat penulis, doa ini adalah lebih baik tidak diamalkan samaada individu ada secara berjemaah. Kerana terbukti bahawa ia datang dari riwayat yang palsu dan batil. Kerana ia juga dikuatiri bahawa masyarakat akan menganggap bahawa amalan ini adalah sunnah yang datang dari baginda s.a.w atau dari sahabat nabi r.a. Lihat sahaja bilangan bacaan yang digalakkan untuk membacanya(sebanyak tiga kali), siapakah yang mengesyorkannya begitu? sudah tentu bukan sama sekali dari Allah s.w.t dan RasulNya.
Lihat realiti semasa, betapa ramainya individu muslim menganggap bahawa doa awal dan akhir tahun disyarakkan oleh agama sedangkan ia tidak termaktub sama sekali di dalam al-Quran dan Sunnah mahupun amalan salafussoleh. Jika anggapan seperti ini terus diyakini setelah mengetahui kebatilan riwayat, sanad dan matannya, maka secara jelasnya ini adalah Bid’ah di dalam agama dan perkara yang diketogarikan sesat dan ditolak oleh Islam.
Semua orang maklum bahawa doa tidak perlu terhad kepada apa yang terdapat dari al-Quran dan hadith-hadith Nabi saw sahaja tetapi ia adalah yang terbaik. Ia merupakan manifestasi keikhlasan dan kesungguhan si pemintanya yang dilahirkan dari suara hati dan bait-bait perkataan. Asalkan ia tidak menyalahi syarak dan keterlaluan, maka bacalah apa sahaja doa yang kita hajati.
Artikel Ustaz Abu Umair
Menjadi kelaziman sebahagian orang Islam, apabila berakhir bulan Zulhijjah yang memberi erti bermulanya tahun baru Hijrah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali. Dan dikatakan fadilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.
Begitulah besarnya kelebihan yang disebut-sebut tentang doa awal dan akhir tahun ini. Tidak hairan, ramai yang mempercayainya dengan harapan memperoleh kelebihan itu. Sehingga di sesetengah sekolah, asrama, atau pejabat-pejabat, ia dibaca secara berkumpulan, dengan dipimpin oleh seorang ustaz selaku tekong dalam upacara doa tersebut dan di’amin’kan oleh jemaah.
Jika diteliti doa awal dan akhir tahun tersebut, diakui bahawa lafaz Arabnya sangat elok, susunan kata-katanya menarik, dan maksud kandungan doa juga tidak bersalahan dengan mana-mana prinsip syarak.
Tetapi, oleh kerana doa ini ditetapkan lafaz bacaannya, bilakah waktu dibaca, berapa kali bacaannya diulangi, dan apakah fadilatnya, maka upacara membaca doa ini adalah termasuk dalam bidaah. Kerana bacaan doa ini tidak pernah direkodkan dalam mana-mana kitab hadis muktabar, tidak pernah dinukilkan amalannya di kalangan para sahabat, tabien dan para salaf, dan tidak disebut pun oleh imam-imam yang masyhur.
Sedangkan kita tahu doa adalah ibadah. Dan dimaklumi bahawa ibadah bersifat tauqifiyyah iaitu mesti diambil asal dan kaifiatnya daripada syarak. Tetapi, dalam persoalan doa awal dan akhir tahun ini, tidak didapati sebarang asas pun daripada nas-nas syarak.
Syeikh Bakr Abu Zaid -rahimahullah- menyebut satu kaedah dalam amalan doa, iaitu: Setiap orang yang mengada-ngadakan sesuatu dalam urusan ibadah seperti doa dan zikir dalam bentuk yang ditetapkan dengan menganggap ia adalah satu sunnah, sedangkan ia bukan daripadanya, maka dia dihukum berdosa.
Alasannya perbuatan ini adalah satu bentuk meninggalkan perkara yang disyariatkan, satu penambahan terhadap syarak, satu galakan terhadap amalan yang bukan daripada syarak, dan menyebabkan orang awam menyangka bahawa ia suatu yang masyruk. (Tashih Ad-Dua: 44)
Apabila dikatakan bahawa ia bidaah, pasti ada suara membantah, “Sikit-sikit bidaah, apa salahnya berdoa?”. Ya, berdoa tidak salah. Ibadah doa boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Termasuklah berdoa pada tarikh 29 Zulhijjah. Yang salahnya ialah menetapkan bentuknya seolah-olah ia daripada syarak. Ditambah pula dengan fadilat palsu tentang kata-kata syaitan begitu dan begini, dan jaminan pengampunan dosa selama setahun. Ini semua perkara ghaib yang mesti diambil daripada nas-nas sahih.
Ada juga mengatakan, “Perkara kecil seperti ini pun hendak diperbesar-besarkan?”. Jawapan kepada persoalan ini ialah kata-kata Imam al-Barbahari, “Dan awaslah kamu daripada perkara-perkara kecil yang diada-adakan, kerana bidaah-bidaah kecil akan berulang hingga ia menjadi besar”.
Ibn Taimiyyah pula mengatakan, “Bidaah-bidaah pada permulaannya hanya sejengkal. Kemudian ia bercambah di kalangan pengikut-pengikut, hingga menjadi beberapa hasta, beberapa batu dan beberapa farsakh“. (Satu farsakh bersamaan 3 batu).
Oleh itu, janganlah dipandang mudah terhadap perkara-perkara kecil yang menyalahi syariat, apatah lagi termasuk dalam bidaah. Dan yakinilah bahawa setiap amalan ibadah yang dilakukan, sedangkan ia bukan daripada agama, maka amalan itu ditolak oleh syarak. Wallahu A’lam.
Abu Umair,
28 Zulhijjah 1429
Salam Dik Husna,
ReplyDeleteFirman Allah (SWT), Bismillah..
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (semasa zaman Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.
(Surah Ali-imran, 3: 103)
Rasulullah (SAW) pernah bersabda:
ReplyDelete"Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik (RA), dari Nabi s.a.w. berkata: Tiada beriman seseorang kamu, sehingga ia mencintai saudaranya, sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri. "
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Umat Islam adalah umat yang terkenal dengan sikap berpecah-belah. Baik di dalam negara kita, baik di peringkat dunia mahupun peringkat yang lebih kecil seperti di dalam sebuah surau contohnya. Amat menyedihkan, dalam usaha untuk melakukan kebaikan dan amal ibadat sekalipun kita tetap berpecah belah.
ReplyDeleteAntara faktor yang memecah-belahkan umat Islam adalah percanggahan pendapat dan perbezaan prinsip. Islam yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) bukanlah agama yang menghalang perbezaan pendapat, malah dalam sunnah Baginda ada banyak contoh untuk kita teladani dalam menanggapi percanggahan pendapat dan perbezaan prinsip antara sesama kita.
Dalam sesuatu usaha untuk melakukan kebaikan, yang perlu kita utamakan ialah kebaikan pada jalan usaha itu dan kebaikan pada hasil usaha kita itu sekiranya ia direzekikan Allah untuk berhasil. Bukannya sikap mengambil hanya yang kita suka dan ada faedahnya bagi diri kita sendiri sahaja, tetapi menolak pendapat orang lain walaupun ia ternyata berfaedah untuk orang ramai. Sikap serupa itu bukanlah dari sifat seorang mukmin yang berkasih sayang dan bersaudara.
Begitu juga dalam sikap kita terhadap orang yang lebih rendah daripada kita, baik rendah imannya*, rendah amalnya, rendah ilmunya, rendah kedudukannya dan lain sebagainya berbanding diri kita sendiri. Wajib dan perlu kita menghormati saudara kita yang seperti itu.
Jangan kerana kita adalah ahli jamaah masjid dan surau kita memisahkan diri dan membenci saudara kita yang tidak ke surau atau belum mengamalkan suruhan agama.
(* Sebenarnya kita tidak berhak untuk menilai iman seseorang tetapi iman itu ada tanda-tandanya seperti yang pernah disabdakan oleh Baginda Rasulullah. Salah satu tanda orang yang beriman itu ialah sikap persaudaraan dan kasih mengasihi seperti dalam hadith yang kita bincangkan di sini.)
Faktor lain perpecahan dalam umat Islam semasa melakukan usaha kebaikan ialah sifat mazmumah iaitu hasad dengki dan irihati. Imam Al-Ghazali mengkategorikan hasad dengki dan irihati itu kepada tiga jenis:
(1) Perasaan menginginkan lenyapnya sesuatu nikmat dari saudaranya, agar nikmat itu boleh berpindah pula kepada dirinya sendiri.
(2) Perasaan menginginkan hilangnya sesuatu nikmat dari seseorang, sekalipun dia tidak mengharap untuk mendapatkan nikmat itu, ataupun nikmat yang serupa sudah pun berada padanya, ataupun dia memang tidak menyenangi nikmat itu. Jenis yang ini adalah lebih buruk dari yang pertama.
(3) Tiada Perasaan menginginkan lenyapnya sesuatu nikmat dari orang lain, tetapi dia benci melihat orang lain lebih bernasib baik daripadanya dalam kesenangan dan kedudukan. Dia lebih suka kalau nasibnya dan nasib orang itu sama sahaja. Dia tidak senang melihat orang lain melebihinya.
Perasaan dan sifat mazmumah seperti ini adalah haram hukumnya, kerana yang demikian itu samalah seperti tidak redha dengan pembahagian nikmat oleh Allah (SWT). Orang yang tidak redha dengan pembahagian Allah sama seperti memprotes keputusan Allah dalam pembahagian nikmat-NYA serta hikmah dalam pembahagian tersebut.
Saya suka berpegang kepada pendirian, hukum dalam Islam ada LIMA SAHAJA, iaitu; Halal, haram, sunat, harus dan makruh.
ReplyDeleteAdik,
Kita sebagai hamba yang direzekikan Allah dengan sedikit kelebihan ilmu agama, berlajar dan berlatih lah untuk bersikap sederhana dan bijaksana.
Jika kita melihat sesuatu kemungkaran, kejahatan dan kepincangan dalam umat kita, berusahalah untuk mebendung ia dengan niat kerana sayang kan saudara kita.
Jika kita benar sayang kan saudara kita yang hendak kita tarbiah dan dakwah kan, maka berlatih lah untuk mengawal emosi..
Pesan saya:
ReplyDelete"Ingatlah dik.. Isu bidaah dalam Islam merupakan salah satu jarum 'mereka' untuk memecah belahkan umat Islam. Mereka itu, sekali-kali tidak akan sanggup dan berani melihat umat Islam ini bersatu padu seperti 1400 tahun dahulu.
Maafkan saya, tulisan yang agak panjang ini. (Bergenang air di mata saya, ketika menaip ini. Mengenang kan betapa ramai nya umat kita yang meninggalkan solat. Namun dalam soal ibadat pula, kita-kita ini saling berpecah belah.
Semoga Allah selalu meyayangi adik dan keluarga. Amin.
Assalamualaikum buat semua,
ReplyDeletebagi ana, bila kita melihat di dalam agama sudah tentu kita akan melihat golongan Mubtadik, telah jelas oleh sejarah bahawa semua golongan ulama menentang mereka yang melakukan bid`ah ini..sebab syariat buat sesuatu yang boleh di mainkan..
kepada ustaz cahaya, adakah besar dosa orang yang tinggal solat dibandingkan dengan orang ubah agama mana yang lebih besar?sehingga Rasulullah s.a.w menjanjikan golongan yang mengubah agama ini dengan neraka..
di dalam bidang Usul Feqh kita akan berjumpa dengan 5 perkara utama pensyariatan iaitu, menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga maruah, menjaga harta, menjaga akal,
dalam bab menjaga agama terbahagi kepada 2 iaitu:-
1- Golongan Murtad.
2- Golongan Ahli Bid`ah.
so, bila terletak perkara ini di dalam Maqasid pertama pensyariatan, ia adalah suatu perkara yang penting.
ana xlihat isu bid`ah ini "jarum mereka", tetapi bid`ah tu adalah "jarum mereka" yang sebenarnya.bila kita bincangkan tentang perkara ini terus kita menghukum mereka dengan golongan yang sesat, adakah itu ajaran islam?
kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah baru kita tenang..
setuju dengan ustaz! kerana kita sayangkan umat islamlah kita membuat teguran, kerana kita cinta umat islamlah kita tidak mahu saudara-mara kita terjerumus di dalam api neraka kerana mencipta sesuatu yang baru dalam beribadah.
Delete