Penulis:Nurharyati Husna Ummu Jauharah,Mahasiswi Universiti Sains Malaysia,Major Aquatic Biology,Minor Pengajian Islam.
Assalamu'alaikum,disini ingin saya berkongsi satu ayat daripada al-Quran,Surah an-Nahl:14,Firman Allah swt,
Dan Dialah yang menundukkan lautan(untukmu),agar kamu dapat memakan daging yang segar(ikan) darinya,dan (dari lautan itu) kamu mengeluarkan perhiasan yang kamu pakai.Kamu(juga) melihat perahu belayar padanya dan agar kamu mencari sebahagian kurnia-Nya dan agar kamu bersyukur.
Huraian ayat ini saya memilih Buku Tafsir al-Quran yang ditulis oleh Prof Hamka sebagai rujukan,ayat ini adalah berkisar Lautan...
Dan Dialah yang menyediakan lautan supaya kamu makan daripadanya daging yang segar.Di ayat ini menarik perhatian kita tentang ilmu lautan dan terlebih dahulu soal ikan.Disebut keistimewaan ikan iaitu daging ikan laut ini segar,empuk,tidak keras atau kejang mahupun liat.Sememangnya ikan-ikan mempunyai pelbagai jenis nutrisi,omega-3,lemak ikan yang membantu perkembangan otak manusia,Allah memberi kita ikan untuk kita mengambil khasiat darinya.Oleh itu,banyak saintis-saintis membuat kajian tentang ikan untuk merawat pelbagai penyakit antaranya gamat,ikan haruan dan banyak lagi.
Dan supaya kamu keluarkan daripadanya perhiasan yang kamu pakai.Antara perhiasan yang sungguh cantik dan berkilau adalah mutiara yang berwarna putih,juga kekuningan(pelbagai warna),yang halus permukaannya,bersinar,bentuknya halus bulat,juga ada marjan,giwang dari lokan dan karab.Allah swt meletakkan perhiasan untuk manusia pakai dalam lautan.Kenapa bukan di daratan?Kerana Allah swt mahu kita membaca ayat-ayat-Nya yang dikhabarkan dalam kitab-Nya(al-Quran) dan menyuruh kita mencari-cari perhiasan itu,untuk kita memakainya kemudian kita akan semakin bertambah iman dan keyakinan terhadap kebenaran al-Quran dan semakin bertambah iman terhadap Allah swt sebagai Pencipta sekalian 'alam.
Dan Engkau lihat kapal mengharungi padanya.Sememangnya,Allah swt menjadikan lautan mempunyai campuran Udara(air adalah daripada komponen Hydrogen dan Oksigen),membolehkan Kapal-kapal terapung dan belayar,juga ketumpatan air membolehkan kapal-kapal belayar.Alat pengangkutan penting telah ada di dunia sejak beribu-ribu tahun yang telah lalu,mengharungi lautan menghubungkan benua dengan benua,pulau dengan pulau.
Untuk apa kesemua ini?Jawapannya:
Dan supaya kamu mencari kurnia-Nya dan supaya kamu bersyukur.
Dalam membicarakan lautan dan ikannya,hidupannya,mutiara,marjan serta membicarakan kepentingan kapal,Tuhan di akhir ayat ini telah menganjurkan kita untuk mencari kurniaan Tuhan dengan mempergunakan kapal itu.Ayat ini menyuruh Muslim heruslah mempunyai keaktifan hidup,memimba Ilmu Sains,mengembaralah,belayarlah,berniagalah,membuat kajian juga menjadi nelayan menangkap hasil lautan untuk dimanfaatkan.
Untuk apa?Agar kita bersyukur kepada Tuhan dengan kurniaan-Nya kepada kita,Allah swt bukan sahaja menciptakan kita,namun Allah swt juga mengurniaakan makanan yang enak,perhiasan,pengangkutan(kebolehan bergerak) agar mencukupkan keperluaan kita.
Kemudiaan,barulah timbul syukur setelah apa yang diusahakan berhasil.Nyata sekali dalam ayat ini bahawasanya orang yang malas,yang tidak suka mengkaji hanya terbenam dalam daerah tempat tinggalnya,tidak merasakan kurnia Ilahi itu.
Allah swt telah mentakdirkan bahawasanya tanah daratan adalah 1/5 dari bumi,sedangkan 4/5 adalah lautan.Dengan ketangkasan dan kecerdasan maka bukalah pintu kehidupan,berhubunglah manusia dengan manusia.Dengan demikian timbullah syukur kepada Tuhan.
No comments:
Post a Comment