Sumber Rujukan:Tafsir Prof Hamka
Penulis:Ummu Lu'Lu'ah Nurharyati Husna
Surah ini diturunkan di Makkah,menurut riwayat kebanyakan ahli Tafsir dia diturunkan sesudah Surah al-Mukminun,iaitu surah 23,permulaan dari juzu' 18.
Dinamai as-Sajdah yang ertinya sujud ialah menurut kalimat sujud yang terdapat dalam ayat 15,yang menyebutkan bahawa orang-orang yang beriman kepada Allah itu,apabila diperingatkan kepada mereka ayat Allah,mereka akan tersungkur sujud dan mengucapkan tasbih sambil memuji kepada Tuhan dan tidak mereka sombong.
Sebagai tiap-tiap surah yang diturunkan di Makkah,sudah dapatlah kita ketahui maksud yang terkandung di dalamnya.Iaitu memberi penjelasan tentang hubungan Insan dengan Penciptanya,Khaliqnya Yang Maha Kuasa.Diterangkanlah dalam surah ini bagaimana Tuhan Rabbul 'Alamin menurunkan Kitab kepada nabi-Nya untuk menjadi pimpinan ummat manusia yang selama ini belum pernah dapat peringatan.Lalu diterangkan siapa Tuhan itu dan bagaimana Maha Besar Kuat kuasa-Nya,sebagai pencipta 7 lapis langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya,dalam enam masa.Dan bagaimana Tuhan itu bersemayam di atas singgahsana kebesaran-Nya,mengatur ciptaan-Nya dari langit sampai ke bumi,sehingga yang seribu tahun dalam hitungan kita,hanya sehari dalam perhitungan Tuhan,membayangkan bagaimana cepat lintas kekuatan itu.
Lalu Dia jadikan pula manusia PERTAMA(hanya Adam) daripada tanah,dan keturunan manusia pertama itu(Adam) diciptakannya pula dari pancaran air(air mani) dan diberi-Nya Roh yang datang daripada-Nya sendiri,diberi-Nya pendengaran,diberi-Nya penglihatan dan hati,cuma sayang sekali banyak manusia yang tidal sedar dan lantaran itu mereka tidak bersyukur.
Diterangkan bahawa suatu hal penting yang selalu membuat manusia ragu-ragu ialah sampai mereka tidak percaya ialah keadaan bahawa manusia akan dihidupkan dan dibangkitkan kembali.
Diterangkan pula akibat-akibat bagi orang yang dalam keraguan itu:'Wahai kiranya engkau lihatlah betapa orang-orang yang derhaka dan durjana itu menekurkan kepalanya kelak di hadapan Tuhan kerana tekanan dosa,timbul sesal lalu memohon kepada Tuhan agar diberi kesempatan hidup ke dunia kembali,namun permohonannya tidak dapat dikabulkan lagi..
Setelah itu diuraikan pulalah tingkah laku dan sikap hidup orang yang beriman,bahawa apabila mereka mendengar nama Tuhan diperingatkan kepada orang,mereka tersungkur sujud dan mereka terpisah jauh dari tempat tidur apabila hari telah malam,kerana mereka berdoa memuja Tuhan,penuh takut penuh harapan dan mereka menafkan harta yang dikurniakan oleh Allah.
Dan lebih dijelaskan perbezaan hidup orang yang beriman dengan orang yang derhaka.Orang yang beriman akan dibalasi dengan hidup berbahagia di akhirat dalam syurga,sedang hidup orang derhaka nerakalah yang akan menjadi tempatnya.Kerana adalah aniaya yang sangat besar jika menolak ajaran Bimbingan Tuhan,dan orang yang durjana akan mendapat balasannya yang setimpal.
Kemudian diperingatkanlah kepada Nabi Muhammad saw bagaimana perjuangan Nabi Musa yang banyak serupa dengan perjuangan Nabi Muhammad.Nabi Musa diberi kitab dan Muhammad pun diberi kitab.Keduanya menjadi pimpinan bagi ummatnya.Musa untuk Bani Israel,Muhammad untuk ummatnya pula.Dibelakang Musa datanglah kader-kader pemimpin pelanjut usaha Musa.Mereka diberi Tuhan peluang untuk menjadi pemimpin kaum mereka kerana mereka berjuang dengan penuh kesabaran dan ketahanan.Barangsiapa yang sabar pasti akan dianugerahi Tuhan tingkat yang lebih tinggi,iaitu menjadi pemimpin bagi kaumnya.
Memanglah kita lihat perjalanan sejarah.Setelah Harun dan Musa meninggal dunia,pimpinan diteruskan oleh Yusya' naik lahi pemimpin-pemimpin dan imam-imam yang lain.Apatah lagi Nabi Muhammad saw,di kala hidupnya beliau telah menanamkan jiwa kepimpinan kepada para sahabatnya.Sejak Abu Bakar,Umar,Usman dan Ali.Keempatnya menjadi Khalifah mempertahankan Daulah Islamiyah yang telah tegak.Khalid al-Walid menjadi pahlawan Perang,mengalahkan bangsa Romawi,Sa'ad bin Abu Waqqash tekah menumbangkan Kerajaan Persia,'Amr bin al-'Ash telah mendirikan kedaulatan Islam di Mesir,Mu'awiyah bin Abu Sufyan telah menjadi pengasas pertama dari Kerajaan Bani Umaiyah.
Dibelakang mereka timbullah pahlawan-pahlawan sebagai Umar bin Abdul Aziz,Thariq bin Zayyad yang menaklukkan Semenanjung Iberia(Sepanyol dan Portugal),Muhammad bin Qasim telah memasuki anak benua India dan menyeberangi sungai Sind.
Di lapangan ilmu pengetahuan agama timbul imam-imam besar dalam fiqh,sebagai imam yang berempat:Hanafi,Maliki,Syafi'i dan Hanbali..
Demikian juga dalam lapangan yang lain.Tidaklah akan putus timbulnya Imam-imam pemimpin ummat dan penegak agama asal saja masih ada yang tetap berpegang kepada al-Kitab dan as-Sunnah dengan syarat terpenting iaitu kesabaran dan ketabahan hati dalam perjuangan.
Inilah setengah dari kesimpulam surah as-Sajdah.
terime kasih atas ilmu :)
ReplyDeleteBole tolong jelaskan huraian ayat 21 dr surah as sajdah ini.
ReplyDeleteSyukran atas perkongsian..
ReplyDeleteSyukran atas perkongsian..
ReplyDelete