Friday, August 6, 2010

Kisah pencarianku...

Sewaktu saya remaja di alam persekolahan,saya sangat suka akan muzik...saya belajar main muzik seperti Keyboard,saya suka Koir,kemudian saya suka pula bidang lukisan..saya suka melukis,saya suka warna kerana menceriakan hidup saya,kemudian saya suka pula bermain sukan,saya suka berenang,main bola jaring,basketball,hoki,lari jarak jauh...inilah Passion saya...muzik,melukis dan permainan..

Apabila saya semakin dewasa,saya suka akan bidang teater...saya suka dengan costume dan probes teater,juga skrip dan pementasan...kemudian,saya beralih pula kepada berpidato dan debat bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris...kemudian saya beralih pula kepada bidang sejarah,semua kuiz sejarah dan politik saya akan sertai,kemudian saya suka akan sains,dan mendalami sains..

Semakin saya bertambah umur...waktu itu 17 tahun,saya suka akan agama...saya mula mencari-cari...saya mula membaca al-Quran...sewaktu di PLKN saya sengajakan diri untuk berkawan dengan perempuan-perempuan tudung labuh waktu itu saya masih free hair,tibe-tibe terdetik nak memakai tudung...nak pakai tudung,ye...

Keluar PLKN maknanya keluar result SPM,dapat tawaran ke Matrikulasi Johor..waktu itu,saya mencari-cari apa yang saya nak buat?Nak main muzik?nak berkoir?nak jadi atlet?nak jadi Majlis perwakilan pelajar?nak jadi pemidato>nak jadi pendebat?atau nak jadi full student yang menguasai bidang sains?

Saya tetap bersukan namun tidak masuk pertandingan...hari-hari jogging KMJ tanpa berhenti 2 pusingan,saya memasuki Koir ketika kemerdekaan,main bola jaring mewakili praktikum 42,dan fokus dengan lab repot,tutorial dan belajar...

Dalam masa yang sama berjinak-jinak dengan Masjid...masa inilah berkawan dengan kawan-kawan sekolah dari sekolah agama,yang ibu ayah mereka ada kefahaman Islam...masa inilah faham apa itu Hijab,apa itu ikhtilat,apa itu halal dan haram dengan lebih jelas...dan masa itulah baru tahu isikandungan al-Quran...

Pencarianku tidak pernah berhenti,sehingga kini...ok,dah penat nak berehat...

No comments:

Post a Comment