Saturday, August 7, 2010

Sekolah Convent vs Sekolah Agama

Ok...saya dulu bersekolah di sekolah Kebangsaan jenis biasa,cuma masa form 4 dengan 5 tue saya masuk sekolah elit sains Tulen,hanya yang dapat cemerlang PMR je dapat enter sekolah tue...alhamdulillah diberi rezeki...dan sekolah tue mmg best la..Smk Bandar Putra,Kulai,Johor..

Topik nak bincang kat sini bukanlah tentang sekolah saya ni...tetapi nak bincangkan sekolah jenis Convent atau Saint dengan Sekolah jenis Agama(SmkA)...erm....beza benar nie...sekolah convent/saint dengan sekolah agama,nama pun dah beza ni,apatah lagi isikandungan sekolah ni...namun,anak-anak Islam dihantar di kedua-dua jenis sekolah ini...hasilnya?sangat-sangat berbeza..

Berbeza dari segi apa?Banyak segi...pemikiran yang utama...kemudian gaya hidup,pergaulan dan budaya...pembelajaran,cara adaptasi pada masyarakat memang ada jurang yang besar...

Saya pergi pada Convent dahulu...saya ada ramai kawan-kawan sekolah convent...budak-budak convent ni sangat-sangat happening,mereka ni suka bersosial,bermasyarakat...mereka memang pandai berkomunikasi terutamanya bahasa Inggeris...sangat-sangat mesra,mudah adaptasi dengan persekitaran mereka,suka akan perkenalan dan pergaulan antara mereka bebas...maknanya tidak terbatas dengan lelaki di luar sekolah...juga pemakaian...mengikuti fesyan dan trend terkini...mereka memang pandai bergaya...dari segi akademik...bergantung pada individu,ada yang hebat,yang memasuki Universiti,yang berkejaya baik...dari segi hubungan dengan keluarga...mereka memang rapat dengan parents..anak-anak manja...memang manja,minta je apa-apa dapat lah tue...

Saya pergi pada sekolah agama pula,saya juga ramai kawan-kawan sekolah agama...budak-budak sekolah agama ni pemalu...banyak yang pendiam....kurang bersosial,tetapi tetap bersosial dengan batasan-batasan tertentu...tidak pandai berkomunikasi...kurang mahir berbahasa Inggeris,namun ada yang hebat...sukar adaptasi pada persekitaran baru,namun boleh dengan masa...pergaulan antara lelaki dan perempuan dijaga dan batas...pemakaian tidak mengikuti trend dan fesyen...tetapi memakai pakaian Islami...tudung labuh,berstokin...walaupun ada antara mereka ni yang nakal,namun mereka masih ada perasaan jaga dan malu...kebanyakannya cerdik...sebab mereka fokus dengan belajar dan mereka tidak menghabiskan masa di luar...mereka juga rapat dengan parents,ada yang manja namun emosi lebih stabil kerana kerohaniaan yang tinggi...juga ramai yang daripada keluarga yang miskin atau tidak mewah hidup mereka,lebih menghargai erti kehidupan dan pemikiran lebih kepada tuhan..

Apabila pelajar convent bersama masyarakat:Apabila budak-budak convent bergaul dengan masyarakat luar,mereka akan menjejaskan kerohaniaan masyarakat kerana budak-budak convent kebanyakannya suka enjoy(tidak semua)...ini menjejaskan akhlak Islam juga seperti pemakaian yang berfesyen tanpa mengikuti syariat,apa yang saya perhatikan,budak-budak convent lebih outstanding berbanding budak-budak sekolah biasa dan lebih berani berpakaian seksi...ini adalah kerana budaya dalam sekolah tersebut yang tidak menekankan aspek keagamaan secara keseluruhan dan tidak membudayakan..

Apabila pelajar agama bersama masyarakat:Wah...indahnya dan sangat-sangat mengalu-alukan,kerana mereka ni macam role model...akhlak Islam diamalkan,saya memang menghormati la,dan kagum dengan budak-budak sekolah agama ni,pemikiran yang matang,kerohaniaan yang tinggi...sangat-sangat dekat dengan Tuhan...subhanallah...dan mereka je yang muda-muda pakai tudung labuh,berjubah,berstokin...macam pelajar Darul Quran misalnya...aduh...memang jaga akhlak,jaga pergaulan,jaga pemakaian...dan apabila mereka dilepaskan ke masyarakat,ramai yang dapat memahami Islam dan cinta akan Islam...

Apa motif saya tulis ni...saya nak habaq...yang setiap manusia itu adalah hasil daripada persekitaran...sebagai seorang pendakwah...jika kita nak sampaikan kebenaran,kita nak sampaikan dalil-dalil al-Quran dan Hadith,kita kena tengok persekitaran hidupnya dahulu...

Jika hendak sampaikan kebenaran kepada budak-budak sekolah agama ni lebih mudah,boleh berbincang...kerana dapat menerima,namun dengan budak-budak sekolah convent nie,sukar untuk mereka menerima kerana budaya hidup mereka,persekitaran hidup mereka yang tidak biasa dengan penjagaan pergaulan,yang memakai hijab...maka,kita kna bijak menilai mad'u dan jangan tergesa-gesa...sedikit-sedikit...nanti mereka akan rasa tertekan...itu lah motifnya tulis begini...semoga bermanfaat...memahami cara orang berfikir...wallahu'alam...

4 comments:

  1. islam kan agama yg mementingkan kebersihan,
    saya ada kwn yg sgt komited wif her kerja dakwah,
    whenever there r any program related to islam, she'll be there,
    but one thng make me wonder, dia tak jaga kekemasan. so, saya fikir, she's gud in doing dakwah thing, but when its come to hygine, sekecil2 thing she cudn't manage it..
    saya seorg yg berterus trg, byk kali saya nasihatkan dia, i tell her directly. no kias2..
    i dont know wut else to tell her. so i wanna ur opinion regarding this matter..thanks.

    ReplyDelete
  2. semoga permulaan yg baik berakhir dgn yg baik juga..ameen

    ReplyDelete
  3. awal yang baik akan berakhir dengan baik pula :)

    ReplyDelete
  4. Lebih bagus sekolah convent daripada sekolah agama.

    ReplyDelete